Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Memperkenalkan Airbnb.org: Menyediakan kediaman pada saat genting

    Kami bangga mengumumkan Airbnb.org, organisasi bukan untung baharu yang diilhamkan oleh hos.
    Oleh Airbnb pada 7 Dis 2020
    Bacaan 3 minit
    Dikemas kini pada 15 Dis 2020

    Sorotan

    • Open Homes kini Airbnb.org, organisasi bukan untung 501(c)(3) bebas

    • Kami juga memperkenalkan lencana penyokong Airbnb.org, untuk meraikan komuniti yang kemurahan hatinya mengilhamkan Airbnb.org

    • Hos yang mendaftar untuk menawarkan penginapan percuma atau menjadi penderma tetap layak mendapat lencana

    Memperkenalkan Airbnb.org
    Program Open Homes dan Frontline stays kami diilhamkan oleh hos-hos seperti anda. Hari ini, kami bangga mengumumkan program ini menjadi Airbnb.org, organisasi bukan untung baharu yang membuka kediaman pada masa krisis.

    Airbnb.org adalah organisasi bebas 501(c)(3) yang disokong oleh komuniti hos kami. Sejak tahun 2012, anda telah menjadi hos kepada lebih 75,000 orang —daripada pekerja barisan hadapan COVID-19, hingga mangsa yang dipindahkan daripada bencana alam yang paling membawa maut di dunia. Dan dalam dua tahun kebelakangan ini, penderma telah mengumpul lebih USD1 juta untuk usaha ini.

    Mendapatkan lencana penyokong Airbnb.org
    Kami meraikan kemurahan hati komuniti dengan melancarkan lencana penyokong Airbnb.org. Ada dua cara hos boleh menyokong Airbnb.org dan mendapat lencana:

    • Daftar untuk menjadi hos kepada golongan yang memerlukan penginapan sementara dengan percuma
    • Menjadi penderma tetap

    Menjadi Hos
    Lencana ini mengiktiraf hos yang mempunyai sekurang-kurangnya satu penyenaraian aktif yang menawarkan penginapan percuma untuk menyokong Airbnb.org (sebelum ini Open Homes dan Frontline stays).

    Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang menjadi hos untuk kebaikan.

    Menderma
    Lencana ini meraikan hos yang mempunyai penyenaraian aktif di Airbnb dan telah mendaftar untuk menderma sebahagian daripada pembayaran mereka daripada setiap penginapan.

    Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang menderma daripada pembayaran anda di sini.

    Soalan Lazim

    Apakah hubungan Airbnb.org dengan Open Homes dan Frontline stays? Inisiatif
    Open Homes dan Frontline Stays Airbnb sedang beralih kepada Airbnb.org, sebuah organisasi bukan untung 501(c)(3). Walaupun Airbnb berkongsi ahli komuniti dan ahli pasukan dengan Airbnb.org, Airbnb.org adalah organisasi bebas dengan lembaga pengarah yang bebas. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang Airbnb.org di sini.

    Di manakah lencana penyokong Airbnb.org dipaparkan?
    Lencana akan dipaparkan pada profil hos anda dan pada halaman penyenaraian anda selepas anda mendaftar untuk menjadi hos secara percuma atau menderma. Lencana anda akan kelihatan sekarang jika anda hos Open Homes sedia ada atau penderma dengan sekurang-kurangnya satu penyenaraian aktif. Jika anda ingin menyembunyikan lencana anda, hubungi pasukan sokongan kami di sini.

    Adakah lencana memberi kesan kepada penyenaraian saya dalam carian?
    Lencana ini menjadi lambang sokongan baik anda terhadap Airbnb.org. Ia tidak menjejaskan cara penyenaraian dipaparkan dalam carian, dan tetamu tidak dapat menapisnya buat masa ini.

    Adakah ini memberi kesan kepada lencana atau status Superhost saya?
    Lencana penyokong Airbnb.org tidak memberi kesan kepada lencana atau status Superhost anda. Lencana akan dipaparkan bersebelahan dengan lencana Superhost anda.

    Adakah saya akan kehilangan lencana jika saya memilih untuk tidak menjadi hos atau menderma untuk Airbnb.org?
    Ya, tetapi lencana akan muncul semula jika anda menyambung semula menjadi hos atau menderma.

    • Jika anda ingin buang penyenaraian kediaman anda daripada Open Homes, anda boleh mendapatkan cara untuk berbuat demikian di sini.
    • Jika anda ingin menghentikan atau menjeda derma berulang anda, anda boleh mengetahui caranya dalam Pusat Bantuan.

    Bagaimanakah Airbnb membantu?
    Airbnb telah komited untuk membiayai kos operasi Airbnb.org, jadi semua sumbangan boleh disalurkan terus kepada organisasi bukan untung dan orang yang Airbnb.org layani.

    Jika anda ada maklum balas mengenai pelancaran Airbnb.org, kami bersedia untuk mendengar. Anda boleh menghantar e-mel kepadatogether@airbnb.org. Walaupun kami membaca semua maklum balas komuniti, harap maklum bahawa anda tidak akan menerima jawapan terus daripada pasukan kami.

    Sorotan

    • Open Homes kini Airbnb.org, organisasi bukan untung 501(c)(3) bebas

    • Kami juga memperkenalkan lencana penyokong Airbnb.org, untuk meraikan komuniti yang kemurahan hatinya mengilhamkan Airbnb.org

    • Hos yang mendaftar untuk menawarkan penginapan percuma atau menjadi penderma tetap layak mendapat lencana

    Airbnb
    7 Dis 2020
    Adakah ini membantu?