Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Sekiranya anda terlepar: Kemas kini Lembaga Penasihat Hos

    Daripada Dana Komuniti kepada pengehosan lestari, lihat inisiatif-inisiatif yang mereka usahakan.
    Oleh Airbnb pada 25 Jun 2021
    Bacaan 6 minit
    Dikemas kini pada 28 Jun 2021

    Sorotan

    • Lembaga Penasihat Hos Airbnb dilancarkan pada bulan Disember dan terdiri daripada 18 ahli dari seluruh dunia

    • Kami menonjolkan pencapaian Lembaga Penasihat untuk tahun ini—daripada memperjuangkan Superhost hingga memberikan maklum balas mengenai penaiktarafan Sokongan Komuniti

    • Ikuti perkembangan terkini tentang kemajuan Lembaga Penasihat sepanjang tahun 2021

    Apabila kami mengumumkan bahawa kami sedang membentuk Lembaga Penasihat Hos tahun lalu, matlamat kami adalah untuk membuka ruang kepada hos di seluruh dunia untuk menyertai serta mendapat hak bersuara dalam proses perancangan dan pembuatan keputusan Airbnb.

    18 orang ahli Lembaga Penasihat Hos 2021 terdiri daripada rakyat dari 15 negara dan enam benua. Setiap hos membawa perspektif unik dan keinginan yang kuat untuk mewujudkan masa depan yang lebih baik untuk komuniti hos.

    Mereka telah memberi impak yang besar, dan kami ingin mengambil peluang ini untuk mengiktiraf semua yang mereka lakukan setakat ini. Mereka akan terus menyokong hos dan komuniti sepanjang tahun 2021, jadi nantikan pengemaskinian selanjutnya.

    Melancarkan Lembaga Penasihat Hos

    Bagi melancarkan tahun pertama program ini, Lembaga Penasihat Hos telah menyenaraikan keutamaan mereka untuk tahun ini, termasuk memudahkan pengehosan, kelestarian, kepelbagaian dan semangat kekitaan. Lembaga ini bermesyuarat dengan kerap untuk memberikan maklum balas mengenai dasar komuniti dan program serta alat-alat baharu mengenai topik-topik ini dan banyak lagi. Ketahui lebih lanjut daripada Omar di Mexico, dan baca untuk mendapatkan butiran mengenai pencapaian Lembaga Penasihat setakat tahun ini.

    Memberi maklum balas mengenai peningkatan Sokongan Komuniti

    Oleh kerana perkhidmatan pelanggan adalah sumber yang penting untuk hos, Airbnb mengumumkan pada bulan Mei bahawa kami akan melancarkan beberapa penaiktarafan besar kepada Sokongan Komuniti kami. Lembaga Penasihat telah memberikan maklum balas mengenai perkara ini sejak awal tahun, seperti menawarkan input berguna untuk membuat pembaikan kepada Pusat Bantuan.

    Memperjuangkan Superhost

    Memandangkan banyak cabaran yang dihadapi oleh hos semasa pandemik, ahli Lembaga Penasihat telah memperjuangkan hak Superhost, yang kini dapat mengekalkan status mereka sehingga akhir 2021 jika mereka memenuhi dua kriteria.

    Ketahui lebih lanjut daripada Merrydith di Australia

    Menyumbang kepada sumber maklumat berkaitan pengehosan lestari

    Untuk menyokong komuniti hos kami ke arah menjadi lebih mesra alam sekitar, ahli jawatankuasa kelestarian Lembaga Penasihat menawarkan tip mengenai:

    Ketahui lebih lanjut daripada Anna di Wales

    Menyertai program Dana Komuniti

    Tahun lalu, Airbnb mengumumkan penciptaan program Dana Komuniti, sebuah inisiatif jangka panjang yang melabur di kejiranan dan pekan tempat tinggal anda. Pada tahun 2021, Dana Komuniti mengagihkan $10 juta kepada organisasi tempatan dan nasional di seluruh dunia, dengan angka yang dijangka bertambah pada masa hadapan.

    Lembaga Penasihat Hos merupakan rakan kongsi utama dalam proses Dana Komuniti:

    • Lembaga Penasihat telah memilih tema program Dana Komuniti 2021: usaha bantuan COVID-19, pemerkasaan ekonomi, dan pendidikan
    • Mereka menyemak hampir 500 organisasi daripada rakan niaga Airbnb, GlobalGiving, kemudian menjemput para pemimpin komuniti dan Kelab Hos di seluruh dunia untuk mengundi penerima Dana Komuniti
    • Ahli lembaga juga menyertai Lawatan Hos Global Airbnb pada bulan Mei untuk berkongsi lebih lanjut mengenai Dana Komuniti dan menyoroti penerima geran tempatan

    Ketahui lebih lanjut daripada Bez di Kanada

    Menyokong kepelbagaian dan inisiatif semangat kekitaan

    Lembaga Penasihat Hos telah menjadi suara penting dalam pembangunan dasar kepelbagaian dan penerimaan baharu serta penambahbaikan produk di Airbnb. Ketahui lebih lanjut daripada Peter di California

    Ahli Lembaga Penasihat juga telah berkongsi maklum balas mengenai Project Lighthouse, inisiatif Airbnb untuk mengesan dan memerangi diskriminasi di Airbnb. Ketahui lebih lanjut daripada Sam di Pennsylvania

    Lembaga Penasihat akan kembali pada bulan depan dengan lebih banyak maklumat terkini. Sementara itu, anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif mereka dan kenali ahli-ahlinya.

    Sorotan

    • Lembaga Penasihat Hos Airbnb dilancarkan pada bulan Disember dan terdiri daripada 18 ahli dari seluruh dunia

    • Kami menonjolkan pencapaian Lembaga Penasihat untuk tahun ini—daripada memperjuangkan Superhost hingga memberikan maklum balas mengenai penaiktarafan Sokongan Komuniti

    • Ikuti perkembangan terkini tentang kemajuan Lembaga Penasihat sepanjang tahun 2021
    Airbnb
    25 Jun 2021
    Adakah ini membantu?