Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Cara kami mendidik tetamu tentang insurans perjalanan sekarang

    Ini yang kami lakukan untuk membantu menyokong hos dan meningkatkan keyakinan untuk menempah.
    Oleh Airbnb pada 6 Mei 2020
    Bacaan 2 minit
    Dikemas kini pada 27 Apr 2021

    Sorotan

    • Airbnb telah melancarkan halaman insurans perjalanan baharu untuk tetamu

    • Kami bekerjasama dengan pengumpul insurans perjalanan terkemuka untuk memudahkan tetamu mempertimbangkan insurans perjalanan

    • Kami juga sedang berusaha mencari lebih banyak pilihan sekiranya tetamu terpaksa membatalkan tempahan

    Apabila keadaan tidak berjalan seperti yang dirancang, insurans perjalanan boleh membantu. Apabila tetamu membeli insurans perjalanan sebelum perjalanan, ia mungkin melindungi mereka daripada perbelanjaan yang tidak dijangka seperti pembatalan perjalanan, perkhidmatan bantuan kecemasan, dan bagasi yang hilang atau rosak.

    Untuk menyokong hos dan tetamu, kami akan mula mendidik tetamu mengenai nilai insurans perjalanan—dan di mana mereka boleh membelinya. Ia hanya langkah pertama yang kami ambil untuk menangani kebimbangan hos berkaitan pembatalan tempahan penginapan mereka.

    Ini yang kami lakukan:

    Mendidik tetamu tentang insurans perjalanan. Bagi tetamu yang sedang mempertimbangkan untuk membeli insurans perjalanan, kami telah melancarkan halaman insurans perjalanan dengan maklumat pelbagai manfaatnya.

    • Maklumat ini akan dibentangkan kepada setiap tetamu yang menempah penginapan
    • Kami juga telah menerbitkan beberapa artikel Pusat Bantuan yang menangani soalan lazim, seperti sama ada insurans perjalanan melindungi tuntutan yang berkaitan dengan COVID-19

    Bekerjasama dengan industri pelancongan. Kami bekerjasama dengan pembekal insurans perjalanan untuk mencari cara untuk tetamu membandingkan sebut harga dan membeli pelan insurans perjalanan yang sesuai dengan keperluan mereka.

    • Walaupun keperluan individu mungkin berbeza, ada pelbagai faedah yang boleh dipertimbangkan oleh pengembara
    • Ini mungkin termasuk perlindungan untuk pembatalan atau gangguan perjalanan, perbelanjaan perubatan, perkhidmatan bantuan kecemasan, dan bagasi yang hilang atau rosak, serta perlindungan “pembatalan atas sebarang sebab”

    Mencari pilihan lain untuk hos sekiranya berlaku pembatalan. Sepanjang beberapa bulan akan datang, kami akan kembali kepada anda dengan lebih banyak jawapan.

    • Kami ingin memastikan hos tidak akan kehilangan pendapatan apabila terdapat pembatalan yang dikaitkan dengan sebab-sebab yang dianggap sebagai tanggungjawab tetamu
    • Kami bekerjasama dengan industri insurans untuk mewujudkan laluan untuk tetamu membeli insurans perjalanan—pertama di A.S. dan Kanada, dan kemudian di bidang kuasa lain di seluruh dunia
    • Polisi keadaan peringan kami membolehkan hos dan tetamu membatalkan tempahan yang layak tanpa dikenakan bayaran atau penalti—kami akan menilai polisi agar lebih sejajar dengan jangkaan hos

    Seperti biasa, terima kasih kerana menjadi hos dan menjadi sebahagian penting daripada komuniti Airbnb. Untuk menyokong hos dan tetamu, kami akan terus mendidik tetamu mengenai nilai insurans perjalanan dan langkah lain yang mereka boleh ambil untuk melindungi perjalanan mereka. Sila tandabuku Airbnb.com/COVID, dan semak semula dalam waktu terdekat untuk maklumat terkini selanjutnya.

    Sebarang maklumat disediakan untuk tujuan pendidikan umum, dan Airbnb pada masa ini tidak menawarkan insurans perjalanan atau menyokong produk atau perkhidmatan mana-mana syarikat, ejen, atau broker insurans perjalanan.

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak diterbitkan.

    Sorotan

    • Airbnb telah melancarkan halaman insurans perjalanan baharu untuk tetamu

    • Kami bekerjasama dengan pengumpul insurans perjalanan terkemuka untuk memudahkan tetamu mempertimbangkan insurans perjalanan

    • Kami juga sedang berusaha mencari lebih banyak pilihan sekiranya tetamu terpaksa membatalkan tempahan

    Airbnb
    6 Mei 2020
    Adakah ini membantu?