Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Cara memberitahu tetamu anda mengenai proses pembersihan anda

    Yakinkan tetamu dengan berkongsi semua yang anda lakukan untuk membersih dan mensanitasikan ruang anda.
    Oleh Airbnb pada 4 Jun 2020
    Bacaan 3 minit
    Dikemas kini pada 13 Apr 2021

    Sorotan

    • Sorotan khas akan dipaparkan pada halaman penyenaraian hos sebaik saja mereka memberi komitmen untuk mengikuti proses pembersihan lima langkah Airbnb yang dipertingkatkan

      • Yakinkan tetamu dengan menghantar mesej kepada mereka mengenai rutin pembersihan anda sebelum mendaftar masuk

        • Ketahui lebih lanjut dalampanduan lengkap kami untuk mengetahui proses pembersihan dipertingkat

        Kami telah mencipta proses pembersihan lima langkah Airbnb yang dipertingkatkan untuk membantu hos melakukan pembersihan dengan lebih berkesan semasa COVID-19 dan seterusnya. Kebersihan sentiasa menjadi keutamaan hos dan tetamu kami, tetapi ia telah menjadi lebih penting sekarang—itulah sebabnya kami mengumpulkan dan menyusun standard pembersihan yang lebih tinggi.

        Airbnb membangunkan proses pembersihan lima langkah yang dipertingkatkan berdasarkan buku panduan pembersihan Airbnb, yang dibangunkan dengan kerjasama pakar. Kami mewajibkan hos mengikuti proses pembersihan lima langkah yang dipertingkatkan untuk semua penyenaraian mereka antara setiap penginapan tetamu. Hos akan menerima sorotan khas pada halaman penyenaraian mereka setelah mereka memberi komitmen untuk mengikuti proses pembersihan, jadi tetamu yang mencari tempat penginapan akan tahu bahawa mereka telah bersetuju untuk mengikuti standard pembersihan Airbnb.

        Berikut adalah beberapa cara anda boleh beritahu tetamu tentang langkah tambahan yang anda ambil:

        Kemas kini keterangan penyenaraian anda untuk menonjolkan proses pembersihan anda. Menyatakan cara anda mengikut standard pembersihan Airbnb boleh membantu tetamu yang ingin mengutamakan kebersihan memilih antara penyenaraian.

        • Kami mengesyorkan anda menyemak keterangan penyenaraian anda untuk menambah beberapa butiran tentang cara anda membersih dan mensanitasikan ruang anda mengikut proses pembersihan 5-langkah Airbnb yang dipertingkatkan. Berikut adalah beberapa bahasa yang anda boleh sertakan:

          Saya mengikuti proses pembersihan lima langkah Airbnb, yang berlandaskan buku panduan pembersihan Airbnb yang dibangunkan dengan kerjasama pakar.

          Berikut adalah beberapa sorotan:

          • Saya mensanitasikan permukaan yang kerap disentuh, hinggake tombol pintu
          • Saya menggunakan pencuci dan disinfektan yang diluluskan oleh agensi kesihatan global, dan saya memakai peralatan perlindungan untuk membantu mencegah pencemaran silang
          • Saya merujuk senarai semak pembersihan untuk membersihkan setiap bilik secara menyeluruh
          • Saya menyediakan bekalan pembersihan tambahan, jadi anda boleh melakukan pembersihan semasa anda menginap
          • Saya mematuhi undang-undang tempatan, termasuk garis panduan keselamatan atau pembersihan tambahan
          • Tambah gambar untuk mempamerkan ruang anda yang bersih bersinar

          Hantar mesej kepada tetamu anda untuk memberikan butiran lanjut tentang rutin pembersihan anda. Berkongsi maklumat tambahan ini boleh membantu tetamu rasa lebih selesa sebelum mereka mendaftar masuk.

          • Sertakan maklumat tentang orang yang membersihkan ruang anda, dan perkara yang mereka lakukan semasa melakukan pembersihan
          • Maklumkan tetamu anda bahawa anda juga mengambil berat tentang menjaga kebersihan ruang anda.
          • Perkara utama yang perlu disampaikan adalah bahawa ruang anda telah dibersihkan dan disanitasikan secara menyeluruh.
          • Untuk menjimat masa, pertimbangkan untuk menggunakanciri mesej disimpan Airbnb

          Tinggalkan bekalan pembersihan untuk tetamu anda, dan nyatakan di dalam keterangan penyenaraian anda. Kami telah mendapat tahu daripada tetamu bahawa mereka mahu melakukan pembersihan semasa menginap. Bantu tetamu anda dengan menyediakan bekalan pembersihan yang mereka boleh gunakan, termasuk:

          • Tuala kertas pakai buang
          • Sarung tangan pakai buang
          • Pembersih pelbagai permukaan
          • Tisu lap atau semburan disinfektan
          • Pensanitasi tangan anti bakteria
          • Sabun tangan tambahan

          Perlu diingat bahawa kami tidak membenarkan anda mendakwa bahawa penyenaraian anda bebas daripada koronavirus. Walaupun anda boleh berkongsi butiran mengenai kaedah pembersihan anda, jangan lupa bahawa tiada cara untuk menjamin bahawa penyenaraian anda bebas daripada virus.

          • Elakkan daripada mempromosikan ruang anda sebagai “bebas COVID” atau “mesra kuarantin. ” Malah, hos dikehendaki membuang sebarang ungkapan “COVID-19,” “koronavirus,” atau “kuarantin” dalam tajuk penyenaraian mereka.
          • Kami juga meminta anda tidak menggunakan kekurangan pembersih tangan, tisu tandas dan keperluan penting lain sebagai cara untuk menarik tetamu. Ketahui lebih lanjut

          Dengan melaksanakan proses pembersihan lima langkah Airbnb yang dipertingkatkan, anda boleh membantu tetamu berasa lebih selesa menginap di ruang anda—dan anda boleh memastikan bahawa anda berusaha sedaya upaya untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan komuniti kami. Seperti biasa, terima kasih kerana menjadi hos dan menjadi sebahagian daripada komuniti Airbnb.

          Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak diterbitkan.Untuk garis panduan pembersihan yang khusus kepada rantau anda, sila tanda buku artikel Pusat Bantuan ini.

          Sorotan

          • Sorotan khas akan dipaparkan pada halaman penyenaraian hos sebaik saja mereka memberi komitmen untuk mengikuti proses pembersihan lima langkah Airbnb yang dipertingkatkan

            • Yakinkan tetamu dengan menghantar mesej kepada mereka mengenai rutin pembersihan anda sebelum mendaftar masuk

              • Ketahui lebih lanjut dalampanduan lengkap kami untuk mengetahui proses pembersihan dipertingkat
              Airbnb
              4 Jun 2020
              Adakah ini membantu?