Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Cara menyediakan penyenaraian yang hebat

    Tingkatkan penyenaraian anda dengan gambar yang berkualiti, harga yang kompetitif, dan banyak lagi.
    Oleh Airbnb pada 18 Nov 2020
    Bacaan 5 minit
    Dikemas kini pada 1 Jul 2021

    Sorotan

    • Tulis keterangan penyenaraian yang terperinci dan tepat

      • Pastikan tetapan kalendar dan tempahan anda terkini

        • Kemas kini penyenaraian anda
        • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk menyediakan penyenaraian yang berjaya

        Penyenaraian anda sangat penting—ini ialah peluang pertama anda untuk menarik perhatian bakal tetamu dengan menggunakan gambar yang cantik, kemudahan popular, dan keterangan terperinci mengenai ruang anda. Penting untuk menetapkan kalendar dan harga anda dengan teliti, yang membantu memastikan anda hanya menerima tempahan yang anda mahukan, apabila anda mahukan, dan pada harga yang sesuai.

        Kemas kini masa dan cara tetamu menempah

        Sebagai hos, anda bebas menentukan masa dan cara tetamu menempah. Berikut ialah beberapa ciri yang perlu dipertimbangkan:

        • Tetapan kalendar: Tetapkan bilangan malam minimum dan maksimum yang boleh ditempah oleh tetamu, mengelakkan permohonan pada hari yang sama dan banyak lagi-semuanya dalam tetapan kalendar anda. Jangan lupa pastikan kalendar anda terkini dengan menyekat tarikh anda ketika anda tiada atau tidak dapat menjadi hos.
        • Permohonan untuk menempah: Ciri ini membolehkan anda menyemak permohonan tempahan sebelum menerimanya. Pastikan anda menjawab pertanyaan tetamu dalam tempoh 24 jam.
        • Tempahan Segera: Tetamu sering mencari penyenaraian yang ada ciri Tempahan Segera.

        Sempurnakan penyenaraian anda dengan butiran utama

        Tip ini boleh membantu menonjolkan penyenaraian anda kepada bakal tetamu dalam hasil carian.

        • Buat keterangan terperinci. Pastikan tajuk dan keterangan anda mencakupi apa sahaja yang tetamu perlu tahu mengenai ruang anda, seperti berdekatan dengan tarikan luar tempatan. Contohnya, seorang hos yang mempunyai ruang selesa di tepi laut menulis, “Berjalan ke pantai dari oasis terpencil.”
        • Senaraikan kemudahan anda. Menurut tinjauan Airbnb*, kemudahan popular termasuk wifi, daftar masuk layan diri, ruang kerja yang mesra komputer riba, tempat letak kenderaan percuma, dan ruang yang mesra haiwan peliharaan, jadi pastikan anda menyenaraikan apa yang anda tawarkan.
        • Beri komitmen untuk menjaga kebersihan. Untuk membantu memastikan keselamatan komuniti kami semasa COVID-19, kami mewajibkan semua hos yang menawarkan penginapan** memberi komitmen untuk mematuhi proses lima langkah protokol pembersihan dipertingkat Airbnb.
        • Peraturan penginapan: Peraturan penginapan menetapkan jangkaan untuk tetamu dan memberikan pratonton gaya pengehosan anda. Gunakan peraturan penginapan anda untuk berkongsi maklumat penting —seperti polisi larangan merokok—dengan bakal tetamu.

        Gunakan gambar berkualiti tinggi untuk menarik tetamu

        Imej berkualiti membantu mempamerkan personaliti dan gaya anda, jadi anda disarankan untuk mengemas kini gambar anda dengan kerap dan jangan lupa untuk menampilkan butiran tertentu.

        • Beri perhatian khusus kepada gambar pertama yang anda sertakan. Selain tajuk penyenaraian anda, inilah perkara pertama yang akan dilihat oleh tetamu dalam hasil carian. “Apabila saya mencari penginapan Airbnb, saya sentiasa pergi terus ke gambar. Jadi fikirkan tentang apa yang membezakan penginapan anda daripada penginapan lain,” kata hos Candida.
        • Sertakan imej keseluruhan penyenaraian anda. Menambahkan kira-kira tiga gambar setiap bilik dari sudut yang berbeza membolehkan tetamu meninjau ruang anda secara maya.
        • Tulis kapsyen deskriptif. Pastikan kapsyen anda memberitahu tetamu anda mengenai butiran penting. Sebagai contoh, jangan lupa untuk menunjukkan meja 'pool' atau tab berendam.
        • Tonjolkan ciri-ciri kebolehcapaian. Ramai tetamu mencari ciri-ciri kebolehcapaian, jadi penting untuk menambahkannya kepada butiran dan gambar penyenaraian anda.

        Lihat tutorial fotografi kami untuk lebih banyak tip mengenai cara mengambil gambar penyenaraian yang hebat

        Pastikan harga anda sentiasa kompetitif

        Anda bebas menentukan harga yang dikenakan untuk penginapan anda. Berikut beberapa perkara yang perlu diberi perhatian:

        • Tetamu sering mengutamakan harga apabila mencari penginapan, jadi penting untuk memastikan harga penginapan anda berbaloi dengan lokasi dan kemudahan yang anda tawarkan. “Buat carian secara online dan lihat penyenaraian, hotel dan sewaan jangka pendek lain yang berhampiran. Apa yang tersedia? Apakah caj yang mereka kenakan?” saran Nick, superhost. Baca lebih lanjut
        • Apabila menetapkan kadar semalam anda, anda boleh mempertimbangkan yuran tambahan—seperti yuran pembersihan**, yuran tambahan tetamu, yuran perkhidmatan dan cukai tempatan—dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada jumlah harga yang akan dibayar oleh tetamu anda.
        • Sebagai hos baharu, anda mungkin mahu bermula dengan kadar semalam yang lebih rendah daripada kadar purata sehingga anda mendapat satu atau dua ulasan positif.
        • Ciri Penentuan Harga Pintar membantu anda menetapkan harga kompetitif dengan melaraskan kadar anda secara automatik berdasarkan permintaan untuk penyenaraian seperti penginapan anda.

        Dapatkan butiran lanjut mengenai yuran perkhidmatan

        Senarai semak anda untuk memastikan kejayaan penyenaraian

        Bersedia untuk memanfaatkan penyenaraian anda sepenuhnya? Berikut senarai semak ringkas untuk membantu anda bermula:

        • Adakah tetapan kalendar anda terkini?
        • Sudahkah anda cuba Tempahan Segera?
        • Adakah keterangan dan tajuk penyenaraian anda jelas dan menarik?
        • Sudahkah anda menambah semua kemudahan anda?
        • Adakah anda ada pelbagai gambar dan kapsyen berkualiti tinggi?
        • Adakah anda menetapkan harga semalam yang kompetitif?

        Setelah anda mula menjadi hos dan menerima maklum balas daripada tetamu, anda disarankan untuk mengemas kini penyenaraian anda secara kerap, memastikan ringkasan dan gambar anda benar-benar menyerlahkan keunikan penginapan anda.

        *Dijalankan oleh Pasukan Penyelidikan Airbnb pada Mei 2020, tinjauan ini merangkumi 2,660 tetamu Airbnb di A.S., U.K., Kanada, dan Australia

        **Kecuali hos yang menawarkan penginapan di tanah besar China. Ketahui lebih lanjut

        Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

        Sorotan

        • Tulis keterangan penyenaraian yang terperinci dan tepat

          • Pastikan tetapan kalendar dan tempahan anda terkini

            • Kemas kini penyenaraian anda
            • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk menyediakan penyenaraian yang berjaya
            Airbnb
            18 Nov 2020
            Adakah ini membantu?