Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Cara menambah baik penyenaraian anda dari semasa ke semasa

    Daripada menaik taraf gambar anda kepada menambah kemudahan, pengemaskinian ini boleh memberi impak.
    Oleh Airbnb pada 9 Dis 2019
    Bacaan 3 minit
    Dikemas kini pada 9 Jun 2021

    Sorotan

    • Kemas kini gambar anda untuk menjadikan ruang anda lebih menarik

    • Gunakan maklum balas tetamu—yang baik dan buruk—untuk menambah baik penyenaraian anda

    • Semak harga anda dengan kerap untuk kekal kompetitif

    • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk meningkatkan pengehosan anda ke tahap seterusnya

    Hos yang berjaya tahu penyenaraian mereka tidak pernah selesai—mereka mencari peluang untuk berkembang pada setiap langkah. Anda boleh mengemas kini penyenaraian anda untuk menyerlahkan ciri-ciri popular, menunjukkan sebarang perubahan kepada ruang anda, atau menjadi lebih kompetitif.

    Tidak pasti hendak bermula di mana? Ini beberapa idea:

    Jadikan gambar anda menyerlah

    Tetamu tidak semestinya membaca penerangan anda, tetapi mereka pasti akan membelek (dan meneliti!) gambar anda. Oleh itu, jika anda telah mereka bentuk semula ruang anda baru-baru ini, menambah beberapa kemudahan baru, atau cuma ada sedikit masa atau bajet untuk fotografi, sila pertimbangkan untuk mengambil gambar sekali lagi.

    • Utamakan gambar muka depan anda. Gambar muka depan anda akan kelihatan terlebih dahulu dalam hasil carian, jadi pastikan ia dapat menarik perhatian pengembara.
    • Masukkan kapsyen ringkas. Kapsyen akan membantu tetamu mengetahui maklumat penting mengenai ruang anda, contohnya jika ada katil saiz king di dalam suite utama atau mesin espresso mewah di dapur.
    • Dapatkan khidmat pakar. Fotografi profesional boleh memberi pulangan wang. Periksa jika Airbnb menawarkan fotografi profesional di kawasan anda.
    • Rakam gambar seperti pakar. Ada banyak yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan kualiti gambar penyenaraian anda menggunakan telefon pintar. Rakam gambar sendiri dengan lebih baik menerusitip fotografi ini.

    Semak butiran penyenaraian anda

    Cuba pastikan butiran penyenaraian anda tepat dan terkini. Contohnya, jika anda tiada lagi akses kepada kolam renang komuniti, pastikan anda tidak lagi menyebutnya.

    • Ringkaskan penerangan anda. Kebanyakan tetamu tidak mempunyai masa untuk membaca banyak butiran, jadi tumpukan kepada perkara yang paling penting buat mereka.
    • Pamerkan gaya anda sebagai hos. Sekarang, anda mungkin sudah tahu gaya anda sebagai hos. Jangan takut untuk menyerlahkan personaliti anda dalam butiran penyenaraian anda.
    • Bercakap dengan tetamu yang anda inginkan. Mungkin anda menjadi hos kepada banyak keluarga atau pengembara perniagaan selama ini. Cuba laraskan gaya penyampaian anda untuk menarik tetamu jenis ini, dan tekankan ciri-ciri yang paling menarik bagi mereka.

    Tambah kemudahan baharu

    Pernahkah tetamu anda meminta alat pengering rambut? Menyebut tiada cerek dalam ulasan mereka? Ini semua maklum balas yang berguna. Manfaatkannya untuk menentukan barang yang perlu dibeli untuk ruang anda, dan pastikan anda mengemas kini senarai kemudahan anda sebaik sahaja anda menambahnya. Ini beberapa kemudahan yang paling banyak dicari:*

    • Daftar masuk sendiri
    • Ruang kerja yang mesra komputer riba
    • Tempat letak kenderaan percuma
    • Wifi
    • TV
    • Pemanas, penyaman udara
    • Pengering rambut
    • Sarapan

    Semak semula harga

    Jika anda baru menjadi hos di Airbnb, anda boleh cuba menetapkan kadar semalam di bawah nilai pasaran untuk membantu menjadikan penyenaraian anda lebih menarik. Setelah anda menjadi hos buat beberapa lama dan mendapat ulasan positif untuk mengukuhkan penyenaraian anda, cuba kaji semula harga anda untuk mencari kadar yang paling kompetitif.

    Tingkatkan kedudukan carian anda

    Algoritma carian Airbnb mempertimbangkan lebih daripada 100 isyarat untuk memadankan tetamu dengan penyenaraian yang mereka mahukan.

    Untuk membantu meningkatkan kedudukan carian anda, anda mungkin patut cuba menghidupkan Tempahan Segera, menerima lebih banyak tempahan, bersikap responsif dan mengekalkan ulasan positif.

    Minta pandangan penting daripada tetamu anda

    Gunakan maklum balas tetamu—ulasan yang memuaskan dan yang kurang baik—untuk membantu anda menambah baik penyenaraian anda. Adakah mereka menyebut-nyebut tentang patio luar rumah anda?Cuba tampilkannya di dalam gambar. Sebaliknya, mungkin tetamu terkejut mendapati lokasi penginapan tidak begitu mudah untuk diakses ulang-alik dari lapangan terbang. Menjelaskan maklumat sebegini dalam penerangan penyenaraian anda akan membantu menetapkan jangkaan untuk tetamu akan datang.

    Jika anda boleh menggunakan pengalaman ini untuk memperbaiki penyenaraian anda, anda akan mendapat lebih banyak tempahan, tetamu yang lebih gembira, dan penarafan yang lebih tinggi—dan anda akan selangkah lebih hampir dengan status Superhost.

    *Menurut data dalaman Airbnb yang mengukur kemudahan yang paling kerap dicari pada Disember 2020.

    Sorotan

    • Kemas kini gambar anda untuk menjadikan ruang anda lebih menarik

    • Gunakan maklum balas tetamu—yang baik dan buruk—untuk menambah baik penyenaraian anda

    • Semak harga anda dengan kerap untuk kekal kompetitif

    • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk meningkatkan pengehosan anda ke tahap seterusnya
    Airbnb
    9 Dis 2019
    Adakah ini membantu?