Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Cara menjadi hos khemah di Airbnb

    Kami telah bekerjasama dengan pakar industri untuk membantu anda menyediakan khemah, yurt, atau kubah.
    Oleh Airbnb pada 19 Apr 2021
    Bacaan 3 minit
    Dikemas kini pada 23 Apr 2021

    Sorotan

    • Tapak glamping boleh didapati dengan harga yang berpatutan dan senang disediakan

      • Cipta suasana selesa dalam alam semula jadi

      • Dapatkan inspirasi daripada hos khemah lain di Airbnb

      • Aktif di media sosial

      Apabila Mary menyenaraikan khemah Airbnb pertamanya berhampiran Taman Negara Joshua Tree di California pada tahun 2018, dia tidak tahu bahawa dalam masa dua tahun dia akan menjadi Superhost bertaraf tinggi dengan lebih 1,000 tetamu dan memiliki beberapa khemah bulat.

      Menjadi hos khemah, katanya, telah membolehkannya untuk “mengejar impian saya untuk menjadi pereka seni bina mengikut kehendak saya sendiri, serta menghubungkan orang ramai ke tempat seperti taman negara dan pengalaman seperti perkhemahan yang saya benar-benar sukai.”

      Tapak glamping—seperti khemah, yurt, atau kubah—boleh didapati dengan harga yang berpatutan dan senang disediakan. Kebanyakan khemah berharga antara USD500 dan USD2,000, sekaligus membolehkan anda memperoleh semula modal anda untuk tapak ini dengan cepat—semuanya sambil berkongsi landskap atau gaya hidup yang anda suka.

      Tetamu Airbnb yang ingin berhubung semula dengan alam semula jadi juga tertarik dengan jenis penyenaraian ini; hampir dua kali ganda lebih ramai mencari khemah di Airbnb pada Ogos 2020 berbanding pada Ogos 2019.

      Sediakan tapak glamping anda

      Sama ada anda ingin menambah suasana bandar yang ringkas atau percutian luar bandar yang luar biasa, pertimbangkan tip ini untuk bermula.

      • Cari tempat anda. Adakah penginapan anda mempunyai ruang persendirian yang lapang dan rata dengan akses kepada denai gunung, pantai yang tenang, langit berbintang, atau perayaan popular? Anda mungkin mempunyai tempat yang ideal untuk mencipta “tapak glamping yang sempurna", menurut panduan menyeluruh Life inTent. (Sebelum menjadi hos, pastikan anda menyemak peraturan di kawasan anda dan patuhi undang-undang tempatan.)
      • Pilih khemah, yurt, atau kubah anda. Fikirkan tentang bentuk dan fungsi. Nova daripada Boutique Camping menawarkan ruang dalaman bebas tiang yang unik dan tingkap besar. Fernweh daripada Life inTents adalah “kotej kanvas mewah” yang direka untuk didirikan dalam masa 20 minit. Dan Bubble Huts menawarkan perundingan percuma untuk membantu pelanggan memilih khemah yang sesuai untuk keperluan mereka.
      • Sediakan ruang anda. Cipta kawasan rata atau platform kayu dengan terpal agar sentiasa kering. Sediakan kemudahan penting, serta kemudahan asas seperti tilam yang selesa dan peralatan mambancuh kopi. Fikirkan tentang pencahayaan (kuasa suria dan lampu rentetan adalah sesuai), pemanas (ramai hos menggunakan dapur kayu atau selimut elektrik), dan kemudahan bilik mandi (tandas kompos adalah pilihan popular).
      • Cipta suasana selesa dalam alam semula jadi. Sasarkan untuk mendapat ulasan 5 bintang dengan meningkatkan keselesaan semasa tetamu berhubung dengan alam semula jadi. Tambah perabot, cadar, dan beberapa penambah seri seperti seramik tempatan dan tumbuhan sukulen yang tahan lasak. Tetamu glamping sering memuji tentang buaian rajut, tab mandi atau pancuran mandi terbuka, dan buku panduan. Pastikan tempat anda kemas—Donna, Superhost yang memiliki khemah Lotus Belle, menyediakan “semua yang anda perlukan dan tiada apa-apa yang anda tidak perlukan.”

      Persiapkan diri anda untuk menempa kejayaan

      Setelah anda menyediakan tapak glamping anda, sudah tiba masanya untuk menyediakan penyenaraian anda untuk hasil maksimum yang tidak putus mendapat kunjungan tetamu yang berpuas hati.

      • Dapatkan inspirasi. Anda boleh belajar banyak daripada Hos Airbnb yang menempa kejayaan melakukan perkara yang mereka gemari. Lihat kubah milik Daphne, Superhost di Belgium, yurt milik Rachel, Superhost di Georgia, dan khemah milik Donna, Superhost di New Zealand, yang mengubah ladang yang indah menjadi tempat percutian glamping yang mewah.
      • Pastikan penyenaraian anda siap sedia. Serlahkan apa yang unik dalam tajuk dan keterangan penyenaraian anda; terangkan perkara asas, seperti lokasi dan kemudahan; dan ambil gambar berimpak tinggi menggunakan cahaya semula jadi. Anda juga perlu mengemas ruang anda dan mengatur logistik, daripada menyediakan kalendar anda hingga memberikan butiran daftar masuk.
      • Bersosial. Sama ada anda mengikuti hos glamping, berkomunikasi dengan tetamu atau menyiarkan gambar penyenaraian anda, melibatkan diri dengan komuniti anda di media sosial—dan bekerjasama dengan orang berpengaruh dalam bidang glamping sebanyak mungkin—ialah cara terbaik untuk mempamerkan ruang anda, membina pengikut dan mengembangkan perniagaan hos anda.

      Berminat menjadi hos khemah di Airbnb?

      Sorotan

      • Tapak glamping boleh didapati dengan harga yang berpatutan dan senang disediakan

        • Cipta suasana selesa dalam alam semula jadi

        • Dapatkan inspirasi daripada hos khemah lain di Airbnb

        • Aktif di media sosial

        Airbnb
        19 Apr 2021
        Adakah ini membantu?