Langkau ke kandungan
Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan
    Kandungan ini tidak tersedia dalam bahasa pilihan anda, jadi kami telah menyediakannya dalam bahasa terdekat yang tersedia buat masa ini.

    Bagaimana Airbnb melindungi hos

    Ketahui tentang perlindungan terbina dalam Airbnb untuk hos.
    Oleh Airbnb pada 4 Feb 2020
    Bacaan 3 minit
    Dikemas kini pada 7 Jun 2021

    Sorotan

    • Tuntutan kerosakan dan insiden keselamatan jarang berlaku, tetapi Airbnb mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi hos dan tetamu

    • Jaminan Hos Airbnb dan Insurans Perlindungan Hos disertakan untuk setiap tempahan, dengan perlindungan sehingga USD1,000,000 di bawah setiap program

    • Sokongan global tersedia 24/7 dalam 11 jenis bahasa

    • Ketahui lebih lanjut di panduan lengkap kami untuk menerokai dunia pengehosan

    Sama ada anda baru menjadi hos atau baru mula meneroka idea ini, anda mungkin ada soalan mengenai melindungi ruang dan barang anda dengan orang yang anda tidak kenal menginap di kediaman anda. Tuntutan kerosakan dan insiden keselamatan amat jarang berlaku, tetapi mungkin membantu anda mengetahui bahawa Airbnb mempunyai beberapa perlindungan untuk hos dan tetamu.

    “Pada awalnya, kami ragu-ragu untuk membenarkan orang asing masuk ke dalam rumah,” kata Guy dari San Francisco mengenai perasaan gementarnya sebelum menjadi hos. "Namun demikian, perlindungan yang diberikan oleh Airbnb memberi kami keyakinan untuk menyenaraikan penginapan dan mencubanya." Dan keberaniannya untuk mencuba membawa hasil. “Kami menerima lebih 120 tetamu, dan kami tidak pernah perlu membuat tuntutan.”

    Pengenalan tetamu dan syarat lain

    Tetamu memberikan nama penuh mereka, tarikh lahir, nombor telefon, alamat e-mel dan maklumat bayaran kepada Airbnb sebelum membuat tempahan. Hos juga mempunyai pilihan untuk mewajibkan tetamu memberikan ID kerajaan kepada Airbnb sebelum mereka boleh menempah penginapan.

    Anda digalakkan untuk menetapkan Peraturan Penginapan anda—contohnya, catat sebarang sekatan mengenai haiwan peliharaan dan bilangan tetamu. Semua tetamu dikehendaki bersetuju dengan peraturan penginapan anda sebelum menempah. Jika penyenaraian anda ditempah segera, ingat bahawa anda boleh memanfaatkan pembatalan tanpa penalti jika keperluan timbul.

    Profil dan ulasan

    Selain memberi ketenangan fikiran, pengesahan pengenalan Airbnb membantu anda mengenali tetamu sebelum mereka membuat tempahan. Anda boleh melihat profil mereka dan membaca ulasan daripada hos-hos terdahulu. Oleh sebab hos dan tetamu hanya boleh memberi ulasan antara satu sama lain selepas tempahan selesai, pastinya maklum balas yang anda baca sememangnya ditulis berdasarkan pengalaman sebenar. Anda juga boleh menggunakan alat mesej Airbnb yang selamat untuk bertanya soalan dan menetapkan jangkaan pada bila-bila masa sebelum penginapan tetamu.

    Perlindungan yang diberikan Airbnb memberi kami keyakinan untuk menyenaraikan penginapan dan mencubanya.
    Guy,
    San Francisco

    Perlindungan kerosakan harta benda

    Jaminan Hos* Airbnb memberikan perlindungan tanpa kos tambahan, hingga USD1 juta atas kerosakan harta benda, dengan setiap tempahan. Tuntutan boleh difailkan terus melaluiPusat ResolusiAirbnb.

    Keselamatan akaun

    Airbnb mengambil beberapa langkah untuk melindungi akaun anda, seperti mewajibkan pengesahan tambahan apabila berlaku percubaan log masuk daripada telefon atau komputer baru, dan menghantar amaran akaun apabila berlaku perubahan. Selagi anda kekal di platform sepanjang proses ini—daripada komunikasi, hingga tempahan, hingga pembayaran—anda dilindungi oleh polisi dan Jaminan Hos Airbnb.

    Insurans terhadap kemalangan

    Airbnb juga menyediakan Insurans Perlindungan Hos* percuma yang melindungi tuntutan liabiliti hingga USD1 juta. Insurans ini ialah untuk keadaan tidak diduga sekiranya seseorang memfailkan tuntutan terhadap anda untuk kerosakan harta benda tetamu atau kecederaan yang berlaku di penginapan anda semasa penginapan.

    • Terpakai secara automatik kepada setiap tempahan
    • Tuntutan boleh difailkan terus melalui Airbnb

    Sokongan sepanjang masa

    Pasukan global Airbnb bersedia 24/7 dalam 11 jenis bahasa untuk memberikan bantuan yang berkaitan dengan:

    • Bantuan tempahan semula
    • Bayaran balik
    • Pembayaran balik
    • Jaminan Hos dan tuntutan insurans
    • Pengantaraan

    Dengan perlindungan ini dan beberapa langkah keselamatan asas di pihak anda, anda boleh mula menjadi hos dengan yakin. Untuk butiran lanjut mengenai cara penting Airbnb memastikan hos dan tetamu selamat, lawati halaman Kepercayaan dan Keselamatan Airbnb.

    *Jaminan Hos Airbnb dan Insurans Perlindungan Hos tidak terpakai kepada hos yang menawarkan penginapan melalui Airbnb Travel, LLC, hos di tanah besar China, hos di Jepun, hos pengalaman, atau hos pengembaraan. Jaminan Hos Airbnb tidak berkaitan dengan Insurans Perlindungan Hos atau Airbnb UK Services Limited.

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Sorotan

    • Tuntutan kerosakan dan insiden keselamatan jarang berlaku, tetapi Airbnb mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi hos dan tetamu

    • Jaminan Hos Airbnb dan Insurans Perlindungan Hos disertakan untuk setiap tempahan, dengan perlindungan sehingga USD1,000,000 di bawah setiap program

    • Sokongan global tersedia 24/7 dalam 11 jenis bahasa

    • Ketahui lebih lanjut di panduan lengkap kami untuk menerokai dunia pengehosan

    Airbnb
    4 Feb 2020
    Adakah ini membantu?