Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Bagaimana hotel butik Portland menarik tempahan baharu

    Hotel Society menggunakan Airbnb untuk mendapatkan pelanggan dan membuat tempahan.
    Oleh Airbnb pada 22 Okt 2018
    Bacaan 3 minit
    Dikemas kini pada 27 Okt 2020

    Hotel Society terletak di tengah-tengah kawasan kejiranan Old Town di pusat bandar Portland. Pernah menjadi tempat perlindungan yang selamat untuk pelaut, kemudian rumah sebuah keluarga gipsi, kemudian dimiliki oleh usahawan hospitaliti Jepun, bangunan bersejarah 38 bilik yang telah diubah suai mempunyai, secara harfiah, kisah masa lampau. Jessie Burke, Jonathan Cohen, Matt Siegel, dan Gabe Genauer adalah pemilik keempat dalam lebih daripada satu abad. Mereka mengendalikan Hotel Society sebagai sebahagian daripada kumpulan hospitaliti yang berfokus kepada mewujudkan hubungan yang menjadi kenangan, digabungkan dengan perjalanan mampan dan tidak memerlukan terlalu banyak belanja.

    Sejak dibuka pada tahun 2015, mereka telah menggunakan Airbnb sebagai saluran pengedaran utama mereka, selain daripada mengambil tempahan terus di laman web mereka. Mereka ingin menggandakan tempahan mereka melalui Airbnb tahun ini. Sebagai alat pemasaran dan perkhidmatan bantuan, Airbnb menjangkau khalayak yang lebih besar daripada yang dapat direalisasi oleh hotel sendiri.

    Pemilik Jessie Burke dan Matt Siegel menghabiskan beberapa tahun mengembara di dalam dan luar negara sebagai atlet, dan pengalaman itu merupakan sebahagian daripada perkara yang mendorong mereka mewujudkan Hotel Society. Mereka dapati bahawa ada sesuatu kekurangan bagi pengembara tunggal––peluang untuk berhubung dengan orang lain semasa dalam perjalanan.

    Untuk menggalakkan tetamu memanfaatkan ruang komuniti di seluruh penginapan, serta keluar ke bandar yang mereka lawati, bilik direka bentuk agar berciri minimalis sambil menekankan sejarah ruang ini. “Ia seperti berada di dalam buku sejarah hidup. Kami mahu tetamu dapat menghayatinya tanpa banyak perkara yang berlebihan, dan kemudahan yang seringkali tidak digunakan,” kata Jessie.

    Airbnb telah membantu Society Hotel menarik tetamu yang sedang mencari pengalaman unik seperti ini. Penting untuk kami menyasarkan khalayak kami, dan Airbnb membantu kami menjangkau lebih ramai orang yang mencari sesuatu yang berbeza daripada apa yang mereka boleh jangkakan daripada pengalaman hotel tradisional,” kata Jessie. Tetamu daripada semua peringkat umur (dari 25-55 tahun, secara umumnya) termasuk pengembara individu, pelancong antarabangsa, dan pasangan sebagai pelawat yang paling kerap berkunjung.

    Secara umumnya, hotel ini menawarkan kemudahan yang dicari oleh golongan yang inginkan cabaran dan pengalaman. Mewujudkan tempat untuk komuniti dan hubungan antara pelbagai pengalaman perjalanan, tetamu boleh berkongsi tentang tempat yang mereka pergi dan aktiviti yang mereka lakukan di Portland pada dinding “Pilih Pengembaraan Anda Sendiri” di kawasan daftar masuk utama. Mengambil idea daripada buku tetamu atau forum perjalanan dalam talian, dan mengubahnya menjadi pengalaman sebenar untuk pelawat adalah salah satu cara Hotel Society mentakrifkan layanan unik mereka.

    Penting untuk kami menyasarkan khalayak kami, dan Airbnb membantu kami menjangkau lebih ramai orang yang mencari sesuatu yang berbeza daripada apa yang mereka boleh jangkakan daripada pengalaman hotel tradisional.
    Jessie Burke, The Society Hotel

    Sama ada tetamu merancang lebih awal atau secara sepontan, Airbnb membantu memberikan maklumat yang seringkali memberikan kepuasan yang lebih tinggi kepada hos dan tetamu. Memandangkan setiap penyenaraian ada kawasan yang boleh digunakan oleh hos untuk memperincikan tawaran hospitaliti mereka, tetamu akan lebih bersedia kerana mereka lebih jelas tentang apa yang boleh dijangkakan. Sebelum tempahan, tetamu juga boleh melihat tarikan tertentu yang berdekatan pada peta, yang disertakan dalam keterangan penyenaraian. Jessie berkata beliau dapati bahawa ini telah membantu menggalakkan lebih banyak tempahan dengan memberikan lebih banyak konteks dan tempat menarik.

    Seiring dengan industri perjalanan yang terus berkembang, para profesional hospitaliti mengambil pelbagai pendekatan untuk memenuhi keperluan tetamu, tanpa menyimpang daripada nilai individu mereka. Apabila ditanya tentang jangkaan masa hadapan pengembaraan, pemilik bersama Jonathan Cohen berkata beliau melihat satu pengembaraan yang lebih cekap dan fokus untuk membuat hubungan.

    “Kami amat sedar tentang pentingnya untuk tidak menawarkan kemudahan yang berlebihan dan merancang reka bentuk sistem operasi hotel kami dengan cermat dengan mengambil kira kelestarian. Ini membolehkan kami mengenakan kadar serendah mungkin, sambil menyediakan lebih banyak akses terus kepada pengalaman yang berkaitan dengan sejarah dan makna, ” katanya.

    Ingin menjadi hos profesional di Airbnb?
    Ketahui lebih lanjut

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Airbnb
    22 Okt 2018
    Adakah ini membantu?