Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Menjadi hos membantu penternak dari Texas ini meluaskan tanahnya

    Superhost ini melaburkan semula pendapatannya kepada ladang ternaknya yang luas di Texas.
    Oleh Airbnb pada 12 Mac 2021
    Bacaan 3 minit
    Dikemas kini pada 28 Apr 2021

    Sorotan

    • Penternak ini menjadi hos rumah moden terpencil di puncak bukit dengan pemandangan ke arah Mexico

    • Dia menjadi Hos Airbnb sejak tahun 2013, dan menggunakan pendapatannya untuk meluaskan tanahnya

    • Dia menganggap dirinya sebagai penjaga kawasan ini, dan mahu mewariskan tradisi ini kepada anak-anaknya

    Apabila Superhost Michael berdiri di ladang beliau di selatan Texas, beliau boleh menunjuk ke mana-mana arah dan memberitahu anda apa yang ada di ufuk. Dia mengenali jiran-jirannya, pelbagai spesies haiwan liar, serta selok-belok landskap yang luas dan berbatu itu. Beliau pernah tinggal dan mengembara ke serata dunia sejak kecil, tetapi inilah rumah baginya.

    “Perasaan saya terikat dengan tempat ini sejak kanak-kanak lagi," katanya. “Datuk saya menternak lembu di sini. Mungkin ketika itulah saya jatuh cinta dengan tempat ini dan keluasannya, semasa menunggang kuda waktu saya masih kecil.”

    Melalui pengehosan, Michael berazam untuk memastikan tanah ini kekal terpelihara untuk menjaga ternakan dan haiwan liar yang berkeliaran di dalamnya. Dan apabila dia membuka rumah moden berdinding kaca miliknya kepada tetamu, dia berharap mereka mengalami “unsur kemesraan dan budaya” yang transformatif seperti yang dialaminya.

    Keterpencilan adalah benih

    Michael membesar dalam dua dunia. Sebagai anak seorang jurutera, dia telah tinggal di lebih daripada belasan negara semasa dia masih remaja. Tetapi dia menghabiskan musim panasnya di ladang ternak keluarganya —seorang datuk di Texas dan seorang lagi di Mexico—dan kembali ke Texas semasa remaja.

    Ketika menggembala lembu, Michael bersendirian selama berminggu-minggu pada satu-satu masa. Ia sangat berbeza daripada zaman kanak-kanaknya yang selalu berpindah-randah, dan beliau akhirnya memahami kekuatan meluangkan masa bersendirian.

    “Peradaban manusia ada faedahnya, tetapi ia juga meninggalkan kesan, dan menyebabkan semua orang bergerak pantas,” katanya. “Saya menganggap kawasan ini antara tempat terakhir yang masih terpelihara.”

    “Saya menganggap tempat ini antara tempat terakhir yang masih terpelihara.”
    Michael, Airbnb Superhost,
    Texas

    Di ladang ternak ini, Michael benar-benar bersatu dengan alam semula jadi. Dia telah berkahwin, mempunyai dua anak, dan membina kerjaya yang berjaya dalam penyelidikan perubatan. Beliau kini membahagikan masanya antara sebuah rumah tepi tasik di Fort Worth dan sebuah apartmen di New York City, tetapi hubungan dengan alam semula jadi memberikannya semangat—dan beliau mahu orang lain mengalaminya juga.

    Landskap adalah seni

    Pada tahun 2010, dua rakan di Perancis membeli ladang ternak di kawasan ini untuk membina rumah kedua. Michael bersetuju untuk membantu, dan apabila pasangan itu bercerai semasa proses pembinaannya yang mengambil masa dua tahun, dia mengambil alih projek dan hartanah itu.

    Michael, yang kini telah bersara daripada bidang perubatan dan memberi tumpuan kepada bidang hartanah dan penternakan, telah memutuskan untuk menjadi hos rumah ini. Beliau pernah menjadi tetamu Airbnb dalam perjalanan ke luar negara dan sukakan idea menjadi hos untuk berkongsi perkara yang dekat di hati kita. Dan rumah ini dekat di hatinya—berkuasa solar, terpencil, dengan dinding kacanya mempamerkan panorama yang luas.

    Michael menyenaraikannya pada tahun 2013 dan telah mendapat hampir 200 ulasan yang cemerlang. Rumah ini “salah satu tempat yang paling cantik dan unik di seluruh dunia,” tulis salah seorang tetamu Airbnb. “Kerana keterpencilannya, cara pemikiran anda akan berubah serta-merta.” Seorang tetamu lagi menggelarnya sebagai "pengalaman yang akan kekal abadi dalam ingatan anda."

    Javelina, aoudad, biri-biri bighorn, burung pemangsa, dan “segala jenis reptilia yang anda boleh bayangkan” berkeliaran di sebidang tanah di Texas ini, yang terletak di kawasan Big Bend. “Seni memang tak dapat dipamerkan di rumah ini," kata Michael. "Ia tak mampu bersaing dengan alam semula jadi."

    Menjadi hos adalah tanggungjawab

    Menjadi hos membolehkan Michael berkongsi “antara tempat paling indah yang pernah anda lihat" sambil memastikan ia terpelihara dengan mengembangkan keluasan kawasan tanpa menambahkan jumlah ternakannya.

    “Bagi saya, inilah intipati kisahnya,” kata Michael. “Airbnb bukan sahaja membenarkan saya berkongsi tempat yang indah ini, tetapi menjadikannya sebagai sumber pendapatan. Menjadi hos telah memberi saya cara yang unik untuk menternak lembu secara organik dan harmoni dengan tanah. Kami tidak menternak secara intensif kerana kuncinya adalah keseimbangan. Apabila kami membeli lebih banyak tanah, kami merobohkan pagar dan membiarkannya terbuka.”

    “Menjadi hos telah memberi saya cara yang unik untuk menternak lembu secara organik dan harmoni dengan tanah ini.... Kuncinya adalah keseimbangan.”
    Michael, Airbnb Superhost,
    Texas

    Michael ingin mewariskan pekerjaan ini kepada anak lelaki dan perempuannya. Buat masa ini, dia melawat setiap bulan, sementara pengurus rumah, serta sistem keselamatan dan daftar masuk tetamu automatik, memastikan logistik terurus.

    Michael menghargai hubungan yang dibina dengan tetamu beliau. Mereka sering bercakap melalui telefon—terutamanya tentang keluarga babi javelina yang berkeliaran—dan Michael, kini seorang datuk, mencipta tugas-tugas yang menyeronokkan untuk kanak-kanak, seperti memeriksa palung air dan mencari jejak haiwan.

    “Ini akan menggalakkan mereka untuk mengembara sambil belajar,” katanya. Malah, dia turut membenarkan mereka menamakan anak lembu yang dilahirkan semasa penginapan mereka.

    Walaupun ramai tetamu datang melawat Taman Negara Big Bend, Michael berkata kebanyakan tetamu memutuskan untuk menginap di ladang ternak itu.

    “Itu bermaksud mereka merasainya—pengalaman berada di tempat terpencil, kembali bersatu dengan alam, dan menikmati gaya hidup yang ringkas,” katanya. “Itulah salah satu perkara yang bermanfaat tentang menjadi hos, apabila orang mula memahami apa yang ingin disampaikan."

    Berminat untuk menjadi hos ladang penternakan anda sendiri atau penginapan unik lain?

    Sorotan

    • Penternak ini menjadi hos rumah moden terpencil di puncak bukit dengan pemandangan ke arah Mexico

    • Dia menjadi Hos Airbnb sejak tahun 2013, dan menggunakan pendapatannya untuk meluaskan tanahnya

    • Dia menganggap dirinya sebagai penjaga kawasan ini, dan mahu mewariskan tradisi ini kepada anak-anaknya

    Airbnb
    12 Mac 2021
    Adakah ini membantu?