Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Soalan hos dijawab: Airbnb Keluaran Mei

    Tajuk penyenaraian anda akan kembali, bersama pengemaskinian lain yang bermanfaat.
    Oleh Airbnb pada 10 Jun 2022
    Bacaan 3 minit
    Dikemas kini pada 18 Jun 2022

    Sorotan

    • Kami berkongsi garis panduan baharu untuk menulis tajuk penyenaraian

    • Tajuk penyenaraian anda akan mula dilancarkan selewat-lewatnya pada 30 Jun

    Pada 11 Mei, kami memperkenalkan Airbnb Keluaran Mei 2022 dengan cara baharu untuk membuat carian yang direka bentuk berdasarkan Kategori Airbnb. Sejak itu, kami telah mengumpulkan maklum balas daripada ribuan hos melalui Pusat Komuniti kami, Kelab Hos, e-mel, dan bengkel dengan Lembaga Penasihat Hos dan pemimpin hos lain. Terima kasih atas komen dan cadangan berharga anda. Hari ini, kami ingin berkongsi tindakan yang kami ambil untuk menjawab tiga permohonan utama anda.

    Keupayaan untuk menulis tajuk penyenaraian saya sendiri adalah salah satu cara saya boleh menonjolkan kediaman saya. Adakah anda akan menambah tajuk kembali ke dalam hasil carian?

    Ya, kami akan menambah kembali tajuk penyenaraian yang ditulis oleh hos. Kami ingin menjelaskan mengapa kami membuangnya dan memberitahu anda mengenai proses dan garis masa untuk menambahkannya kembali.

    Kami telah membuang tajuk tersuai untuk mencipta keterangan yang seragam di seluruh Airbnb yang memudahkan tetamu melihat dan membandingkan penginapan. Dalam keadaan tertentu, tajuk yang lebih panjang mengambil beberapa baris atau menyertakan emoji yang mungkin tidak berkaitan dengan penyenaraian. Ketidakkonsistenan ini menyukarkan carian dan kadangkala memberi pengalaman yang buruk kepada tetamu.

    Kami juga memperkenalkan gambar penyenaraian anda yang lebih besar, yang biasanya merupakan pengenalan pertama yang tetamu lihat untuk kediaman anda. Ini bermakna kami terpaksa mengurangkan jumlah maklumat yang dipaparkan di bawah gambar dalam hasil carian.

    Kemas kini: Anda telah memberikan banyak maklum balas mengenai perubahan ini, termasuk banyak permohonan untuk mengembalikan keupayaan anda untuk mencipta tajuk penyenaraian anda sendiri. Kami faham mengapa anda begitu bersemangat tentang isu ini: Tajuk penyenaraian anda adalah salah satu perkara pertama yang tetamu baca dalam hasil carian, dan ini peluang untuk menonjolkan keunikan penginapan anda.

    Hari ini, 17 Jun, kami telah menyiarkan garis panduan baharu untuk mencipta tajuk penyenaraian. Kami cadangkan anda mengehadkan tajuk anda kepada 32 aksara, menulis tajuk anda menggunakan format ayat biasa dengan huruf besar di pangkal ayat, dan mengelakkan emoji atau simbol. Paling penting, terangkan keistimewaan penginapan anda.

    Baca garis panduan baharu tersebut

    Tajuk penyenaraian anda akan muncul dalam hasil carian Airbnb bermula 30 Jun.

    Saya bimbang penyenaraian saya tidak dapat ditemui dengan mudah. Adakah itu sesuatu yang dialami oleh orang lain juga?

    Beberapa faktor boleh mempengaruhi prestasi penyenaraian, termasuk musim dan keadaan ekonomi. Kami ingin menggariskan cara tetamu berpeluang menemui penyenaraian anda, dan perkara yang kami lakukan untuk mengoptimumkan lagi pengalaman tempahan mereka.

    Walaupun ramai tetamu menyemak imbas Kategori Airbnb untuk inspirasi dan tempahan, majoriti terus menempah penginapan dengan memasukkan destinasi dan tarikh perjalanan tertentu dalam carian. Setelah tetamu memasukkan lokasi, mereka menggunakan tab "Semua penginapan "—seperti yang mereka lakukan sebelum ini—untuk melihat semua penginapan yang tersedia di lokasi tertentu dan menempah penyenaraian yang sesuai untuk mereka. Kami kini sedang mencari jalan untuk menjadikan tab “Semua penginapan” lebih menonjol apabila tetamu mencari lokasi.

    Kami juga sedang mempertimbangkan pengemaskinian kepada pengalaman tempahan termasuk paparan kategori, perbaikan lanjut kepada carian peta, dan cara terbaik untuk menunjukkan bilangan ulasan anda. Kami akan terus bekerjasama dengan penasihat hos dan kembali kepada anda pada bulan Julai dengan butiran lanjut.

    Saya suka Kategori Airbnb, tetapi bagaimana saya boleh menyemak kategori penyenaraian saya? Dan bagaimana jika saya mahu berada dalam kategori tambahan?

    Kategori Airbnb ialah koleksi penginapan berdasarkan gaya unik penginapan, lokasi atau kedekatan dengan aktiviti perjalanan. Kategori ialah cara baharu untuk mempamerkan kepelbagaian penyenaraian di Airbnb dan membantu tetamu mencari tempat yang mereka tidak pernah tahu kewujudannya.

    Kami melancarkan kategori dengan kepercayaan bahawa akhirnya akan ada kategori untuk setiap penyenaraian. Kami gembira melihat anda teruja dengan kategori baharu, seperti yang ditunjukkan oleh banyak idea yang anda telah kongsikan untuk kategori tambahan—daripada kediaman lestari dan penyenaraian mesra keluarga hingga penginapan di pusat bandar dan penginapan yang dilengkapi untuk kerja jarak jauh.

    Selain bekerjasama dengan komuniti hos untuk membangunkan proses untuk mencipta kategori baharu, kami meneroka cara untuk membolehkan anda menyemak kategori penyenaraian anda. Kami akan memberikan butirannya dalam beberapa bulan akan datang.

    Sementara itu, anda boleh melakukan beberapa perkara untuk memastikan penyenaraian anda dipertimbangkan untuk ditempatkan dalam kategori. Pastikan butiran penyenaraian anda terkini, lengkap, dan tepat. Selain itu, pastikan anda menambah gambar yang hebat pada penyenaraian anda, kerana kualiti gambar adalah salah satu kriteria utama dalam kategori.

    Seperti biasa, kami menjemput anda untuk berkongsi maklum balas anda atau menyertai Bengkel Hos melalui Kelab Hos tempatan anda.

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Sorotan

    • Kami berkongsi garis panduan baharu untuk menulis tajuk penyenaraian

    • Tajuk penyenaraian anda akan mula dilancarkan selewat-lewatnya pada 30 Jun

    Airbnb
    10 Jun 2022
    Adakah ini membantu?