Langkau ke kandungan
Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Membantu anda menjadi hos yang lebih lestari

    Ketahui tentang pengehosan lestari dalam kemas kini April daripada Lembaga Penasihat Hos.
    Oleh Airbnb pada 21 Apr 2021
    Bacaan 3 minit
    Dikemas kini pada 28 Apr 2021

    Sorotan

    • Ketahui cara Airbnb dan Lembaga Penasihat Hos membantu hos menjadi lebih lestari

    • Anna Jones daripada Lembaga Penasihat juga berkongsi mengapa dia begitu mengambil berat tentang alam sekitar

    • Ketahui perkembangan terkini mengenai kemajuan Lembaga Penasihat Hos tahun 2021

    Setiap bulan kami akan berkongsi maklumat terkini daripada Lembaga Penasihat Hos dan membantu anda mengenali ahli lembaga.

    Hai semua,

    Saya Anna Jones, ahli Lembaga Penasihat Hos dan fasilitator jawatankuasa kelestarian. Kami telah bertemu dengan pemimpin Airbnb sejak beberapa bulan yang lalu untuk meneroka cara kami boleh menyokong hos menjadi lebih mesra alam sekitar.

    Sempena sambutan Hari Bumi pada 22 April, saya begitu teruja untuk berkongsi butiran lanjut tentang apa yang telah kami usahakan!

    Membantu komuniti kami menjadi lebih lestari

    Memang difahamkan bahawa ramai hos tidak tahu cara untuk mula menjadi lebih lestari. Ada banyak maklumat di luar sana dan ia boleh buat kita berasa gentar!

    Apabila saya menyertai Lembaga Penasihat, salah satu matlamat saya ialah untuk menjadikan kelestarian berasa lebih mudah dicapai oleh hos. Saya benar-benar percaya bahawa dengan menyokong dan meraikan satu sama lain, kita boleh mencipta perubahan positif!

    Berikut ialah cara kami bekerjasama dengan Airbnb mengenai perkara ini:

    • Memperkenalkan siri pendidikan lestari: Airbnb bekerjasama rapat dengan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pejuang global bagi alam sekitar, World Wildlife Fund, organisasi pemuliharaan terkemuka di dunia, dan jawatankuasa kelestarian Lembaga Penasihat Hos untuk mencipta kandungan bimbingan untuk hos. Ini termasuk artikel baharu seperti panduan pemula untuk menjadi hos lestari dan tip untuk mempromosikan pelancongan lestari dengan tetamu anda. Kami akan mengembangkan siri ini sepanjang tahun, jadi nantikan lebih banyak cara untuk menjadi lebih mesra alam sekitar!
    • Berkongsi cara hos lain membuat perubahan: Amalan kelestarian boleh sangat berbeza berdasarkan tempat tinggal anda dan apa yang tersedia untuk anda. Untuk menunjukkan kepada hos cara untuk menjadi lestari di tempat dan ruang yang berbeza, kami akan menampilkan hos mesra alam dari seluruh dunia. Pertama ialah Tiffany, Superhost yang mempunyai rumah pantai di Hollywood Beach, California.
    • Meneroka perkongsian tenaga boleh baharu: Untuk membantu menjadikan tenaga boleh baharu lebih mudah diakses oleh hos, Airbnb meneroka perkongsian dengan syarikat utiliti mesra alam sekitar di komuniti terpilih. Airbnb akan melancarkan program perintis di A.S. tidak lama lagi, dan jika hos mendapati ia berguna, kami akan berusaha untuk melanjutkan tawaran serupa kepada komuniti hos global.

    Saya sangat gembira untuk sampaikan bahawa ini hanya permulaannya sahaja! Jawatankuasa kelestarian berhasrat untuk meneroka cara baharu untuk membantu hos menjadi lebih lestari—dan jimat wang juga! Kami akan berkongsi maklumat lanjut mengenai topik ini sepanjang tahun.

    Mengapa saya begitu mengambil berat tentang alam sekitar

    Tinggal berhampiran laut di Pembrokeshire, Wales, mencetuskan minat baharu dan memberi inspirasi kepada saya untuk mewujudkan gaya hidup yang lebih lestari. Saya gembira dapat membantu hos lain memulakan perjalanan ini. Berikut sedikit maklumat tentang diri saya:

    Pada tahun 2017, saya dan keluarga mencari perubahan gaya hidup, dan kami benar-benar mahu menyediakan penyenaraian di Airbnb. Kemudian sebuah ladang lama yang cantik tersedia untuk dijual, dan kami jatuh cinta. Semua bangunan ini didirikan dari tahun 1650, jadi terdapat daya tarikan dan ketenangan di sini.

    Bukan hanya pemandangan dan garis pantainya yang luar biasa di sini. Penduduknya begitu berinspirasi—terdapat hubungan yang begitu erat dengan tanah dan apa yang mereka lakukan. Perasaan itu dapat dirasai bersama! Komuniti tempatan kami merupakan satu bahagian penting dalam pengalaman tetamu—daripada sabun buatan tempatan kami hingga seni tempatan yang menghiasi dinding!

    Kami mempunyai dua penyenaraian. Ibu saya dan saya melakukan semua perubahan dan penggayaan. Ayah saya melakukan semua penyelenggaraan. Semuanya kami lakukan sebagai satu pasukan. Perasaan terlibat begitu menebal dalam diri, dan kami rasa begitu sayangkan tempat tinggal kami ini.

    Saya mengumpulkan pendekatan kami terhadap kelestarian, yang terdapat dalam keterangan penyenaraian kami. Maklumat ini juga dicetak di kotej supaya orang ramai boleh membacanya dan belajar tentang apa yang kami lakukan. Kami juga menanam pokok lestari kami sendiri untuk dijadikan bahan bakar kepada perapian kami!

    Saya merupakan salah seorang ahli pengasas Lembaga Komuniti Airbnb UK, yang bermula pada tahun 2019, dan saya mengetuai inisiatif pengehosan lestari dengan beberapa hos UK dan pasukan Airbnb.

    Perjalanan ini sangat menakjubkan kerana dapat berhubung dengan alam semula jadi. Saya telah menjadi harmoni dengan musim dan rentak laut, dan ia jelas dalam semua yang kami lakukan di sini.

    Ramai orang kembali menyelami dengan diri mereka sendiri dan alam semula jadi apabila mereka menginap di sini—kadang-kadang saya rasa seperti Cupid kerana tetamu jatuh cinta dengan Pembrokeshire dan asyik kembali!

    Lembaga Penasihat Hos akan kembali pada bulan hadapan dengan lebih banyak maklumat terkini daripada mesyuarat lembaga kami. Sementara itu, saya berharap anda mendapati siri kelestarian baharu ini berguna untuk anda!

    Salam mesra! (Atau dalam gaya kami di Wales, 'Iechyd da!’)

    Anna Jones

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Sorotan

    • Ketahui cara Airbnb dan Lembaga Penasihat Hos membantu hos menjadi lebih lestari

    • Anna Jones daripada Lembaga Penasihat juga berkongsi mengapa dia begitu mengambil berat tentang alam sekitar

    • Ketahui perkembangan terkini mengenai kemajuan Lembaga Penasihat Hos tahun 2021
    Airbnb
    21 Apr 2021
    Adakah ini membantu?