Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Berkenalan dengan Lembaga Penasihat Hos: Omar Covarrubias

    Ketahui cara beliau menyesuaikan diri semasa COVID-19 dan dapatkan maklumat terkini daripada mesyuarat bulan Januari.
    Oleh Airbnb pada 16 Feb 2021
    Bacaan 4 minit
    Dikemas kini pada 25 Feb 2021

    Sorotan

    • Selepas diberhentikan kerja, Omar memutuskan untuk menjadi hos di Airbnb

    • Semasa pandemik, Omar memberi tumpuan untuk berhubung dengan hos dan membuat penyesuaian mengikut trend perjalanan

    • Sebagai ahli Lembaga Penasihat Hos Airbnb, beliau berkongsi berita daripada mesyuarat lembaga bulan Januari

    • Ketahui perkembangan terkini Lembaga Penasihat tahun 2021

    Lembaga Penasihat Hos terdiri daripada 17 ahli dari 14 negara dan lima benua, merangkumi hos yang pelbagai yang akan menyampaikan kepentingan komuniti hos global untuk diambil kira dalam perancangan dan pembuatan keputusan Airbnb pada tahun 2021. Setiap bulan kami akan mengetengahkan seorang ahli Lembaga Penasihat dan berkongsi maklumat terkini daripada lembaga.

    Apabila Omar Covarrubias dibuang kerja daripada karier IT beliau pada tahun 2018 setelah syarikatnya membuat penstrukturan semula, beliau tertanya-tanya akan nasibnya selepas itu. Keseluruhan kariernya tertumpu dalam bidang IT dan telekomunikasi, tetapi beliau tidak yakin ingin meneruskan kerjaya yang sama.

    Selepas Omar berbincang dengan isterinya, pasangan tersebut memutuskan untuk menggunakan wang simpanan mereka untuk melabur dalam apartmen di kawasan Coyoacán Mexico City, tempat mereka tinggal.

    Pada mulanya, apartmen ini dirancang untuk menjadi sewaan jangka panjang, kemudian mereka mendengar tentang Airbnb. Sebaik sahaja mereka sedar bahawa mereka boleh menjadi hos kepada orang ramai dari seluruh dunia, mereka ingin mencipta ruang yang diilhamkan oleh budaya dan tradisi Mexico.

    Pasangan ini mula mengalu-alukan tetamu pada bulan September 2018. Mereka sangat gembira menjadi hos sehingga mereka membeli apartmen kedua untuk disenaraikan di Airbnb pada April 2019.

    Kemudian pandemik melanda. “Tiba-tiba, kami menerima gelombang pembatalan besar-besaran," kata Omar.

    Menyesuaikan diri dengan perkara luar jangkaan

    Walaupun tiada tetamu selama lapan bulan kerana COVID-19, Omar masih komited kepada perniagaan hospitaliti—hanya caranya sahaja yang baharu. “Walaupun pada masa yang sukar, kita perlu memperbaharui diri kita," kata Omar.

    Isterinya yakin industri pelancongan akan kembali pulih, jadi beliau membuat keputusan untuk memberi tumpuan kepada berhubung dengan hos. Melalui Airbnb Mexico, Omar dapat bertemu hos dan pemimpin komuniti lain.

    Kini Omar menjadi penyelaras untuk kelab perkongsian penginapan Mexico City dan ahli kumpulan peneraju hos di Amerika Latin. Beliau juga ahli Alianza Nacional de Anfitriones, sebuah pakatan yang diwujudkan secara bebas oleh lebih 12 orang hos daripada kelab di pelbagai bahagian Mexico untuk menggalakkan peraturan yang adil dalam perkongsian penginapan.

    “Membina komuniti, berhubung dengan orang ramai, mendengar pendapat orang ramai, mendidik diri sendiri, dan belajar daripada pakar, saya rasa ini iktibar penting saya daripada pandemik ini," katanya.

    Komitmen Omar untuk berhubung dengan hos tidak sia-sia. Beliau menerima anugerah daripada Airbnb Mexico kerana menjadi hos yang paling komited dalam membina komuniti.

    Mencari minat baharu

    Omar sangat bersemangat berkongsi pengalaman dan pengetahuannya dengan hos-hos lain. Melalui webinar cara menjadi hos Airbnb, beliau menggalakkan orang ramai mencuba sesuatu yang baharu dan mula menjadi hos. “Dengan webinar cara menjadi hos, saya berasa bersemangat,” kata Omar.

    Melalui latihan ini, Omar berkongsi pandangan baharu perkara yang pengembara mahu semasa COVID-19 dan menjawab soalan mengenai menjadi hos.

    “Saya kini mempunyai minat,” kata Omar. “Minat saya ialah melatih, membimbing, dan menjadi mentor hos baharu, kerana saya mahu mereka berjaya.”

    Sebagai fasilitator jawatankuasa pemerkasaan hos Lembaga Penasihat, beliau bersemangat untuk meneruskan usaha ini.

    Memperbaiki pengalaman untuk hos—dan tetamu

    Selain menyokong hos baharu, Omar juga merupakan penyokong bagi penggunaan teknologi untuk memudahkan aktiviti menjadi hos dan mengembara.

    Contohnya, apabila Omar tiada tempahan selama beberapa bulan sepanjang pandemik ini, beliau mencipta lawatan 3D maya bagi kedua-dua apartmennya. Lawatan ini bukan sahaja membolehkan tetamu memahami dengan lebih baik susun atur penginapannya, malah ia juga membantu mewujudkan jangkaan yang lebih realistik sebelum mereka tiba.

    Omar juga mempunyai banyak idea untuk penambahbaikan buku panduan dan manual penginapan. Contohnya, salinan digital manual penginapan boleh menyertakan video yang menerangkan cara menggunakan peralatan seperti mesin pembuat kopi atau mesin basuh. Selain itu, untuk memudahkan tetamu (dan menjimatkan masa hos), kod QR di sekitar penginapan boleh membantu tetamu mengakses video apabila perlu.

    Usaha semasa Lembaga Penasihat Hos

    Sepanjang bulan Januari, Lembaga Penasihat menumpukan perhatian kepada sesi pembelajaran yang fokus kepada peranan dan tanggungjawab baru mereka. Ini kumpulan pertama Ahli Lembaga Penasihat Hos, jadi mereka mencipta proses untuk membantu menyokong komuniti hos dengan cara yang bermakna.

    Salah satu langkah pertama ialah mewujudkan dua pasukan berdasarkan zon masa. Ini akan memudahkan ahli lembaga berhubung antara satu sama lain sambil memberi tumpuan kepada matlamat mereka sepanjang tahun.

    Mewujudkan jawatankuasa
    Sebagai sebahagian daripada proses baharu, lembaga ini melancarkan jawatankuasa untuk lima bidang utama berdasarkan input daripada komuniti hos, termasuk kepelbagaian dan kekitaan, kelestarian, dan pemerkasaan hos.

    Setiap orang daripada 17 ahli lembaga akan terlibat secara aktif dalam sekurang-kurangnya satu jawatankuasa, dengan berkhidmat sebagai fasilitator atau ahli jawatankuasa. Buat masa ini, mereka fokus kepada mengenal pasti bidang utama yang perlu ditumpukan oleh jawatankuasa, mencipta hasil yang boleh diukur, dan mendapatkan input terus daripada ketua hos dari seluruh dunia.

    Melibatkan diri dengan komunti hos
    Lembaga Penasihat menggunakan Pusat Komuniti sebagai saluran komunikasi utamanya dengan hos, dan ahli lembaga akan bergilir-gilir berkhidmat sebagai orang hubungan untuk perbualan Pusat Komuniti

    Selain itu, lembaga ini juga akan terlibat secara langsung dengan ketua komuniti secara bulanan untuk membantu memastikan kelab perkongsian kediaman Airbnb di media sosial sentiasa terkini.

    Omar berkata Lembaga Penasihat Hos komited untuk memberikan maklum balas yang jujur dan telus kepada Airbnb, serta idea baharu mengenai cara meningkatkan kualiti hos. Salah satu matlamatnya ialah untuk "mengutip input yang berharga daripada komuniti hos kami menjadi perkara yang boleh diambil tindakan."

    Nantikan lebih banyak maklumat daripada Lembaga Penasihat Hos. Kami akan berkongsi maklumat terkini daripada mesyuarat bulanan lembaga, bersama tip daripada ahli lembaga.

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Sorotan

    • Selepas diberhentikan kerja, Omar memutuskan untuk menjadi hos di Airbnb

    • Semasa pandemik, Omar memberi tumpuan untuk berhubung dengan hos dan membuat penyesuaian mengikut trend perjalanan

    • Sebagai ahli Lembaga Penasihat Hos Airbnb, beliau berkongsi berita daripada mesyuarat lembaga bulan Januari

    • Ketahui perkembangan terkini Lembaga Penasihat tahun 2021
    Airbnb
    16 Feb 2021
    Adakah ini membantu?