Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Semua yang perlu diketahui tentang AirCover untuk Hos

    Perlindungan menyeluruh. Sentiasa disertakan, sentiasa percuma. Hanya di Airbnb.
    Oleh Airbnb pada 11 Mei 2022
    Video 5 minit
    Dikemas kini pada 6 Mei 2022

    Sorotan

    • AirCover untuk Hos merangkumi perlindungan kerosakan untuk hos sebanyak USD1 juta dan insurans liabiliti hos sebanyak USD1 juta

    • Perlindungan kerosakan termasuk perlindungan kehilangan pendapatan, serta perlindungan baharu untuk kerosakan akibat haiwan peliharaan, pembersihan intensif dan banyak lagi

    Hos kami adalah jiwa raga Airbnb. Pendapat anda penting bagi kami, dan maklum balas anda yang mendorong kami mencipta AirCover untuk Hos.

    Anda memberitahu kami bahawa anda memerlukan lebih banyak perlindungan, serta proses bayaran ganti yang cepat dan mudah. Bagaimana jika tetamu merokok di ruang anda, dan anda memerlukan pembersihan khas? Bagaimana jika anjing tetamu menggigit sofa anda? 

    Dengan Aircover untuk Hos, anda boleh menerima tetamu dengan yakin. Sebagai tambahan kepada perlindungan liabiliti sebanyak USD1 juta, AirCover untuk Hos memperluaskan perlindungan kerosakan sebanyak USD1 juta yang kami tawarkan kepada hos sebelum ini, dengan perlindungan tambahan untuk kerosakan akibat haiwan peliharaan, pembersihan intensif dan banyak lagi.

    Perlindungan kerosakan sebanyak $1 juta

    Jika penginapan atau harta benda anda dirosakkan oleh tetamu semasa penginapan Airbnb, AirCover untuk Hos menawarkan perlindungan kerosakan sebanyak USD1 juta kepada anda. Kami sudah melindungi anda jika tetamu merosakkan permaidani anda dengan segelas wain merah, dan dengan liputan yang diperluaskan, kami juga akan melindungi anda jika kucing tetamu mencakar langsir anda.

    Perlindungan yang diperluaskan merangkumi:

    • Perlindungan kerosakan akibat haiwan peliharaan: Jangan bimbang, kerosakan yang dilakukan oleh tetamu berkaki empat juga dilindungi
    • Perlindungan pembersihan intensif: Kami memberi pampasan kepada anda untuk kos pembersihan yang tidak diduga, seperti menghilangkan bau rokok jika tetamu merokok di rumah anda
    • Perlindungan kehilangan pendapatan: AirCover untuk Hos membayar ganti kehilangan pendapatan jika anda membatalkan tempahan Airbnb yang disahkan akibat kerosakan oleh tetamu
    • Tempoh pemfailan 14 hari: Jika tetamu menyebabkan kerosakan, anda ada 14 hari untuk memohon bayaran ganti selepas mereka mendaftar keluar; permohonan ini masih boleh dibuat walaupun jika tetamu baharu sudah mendaftar masuk
    • Bayaran ganti yang cepat: Kami membayar ganti kepada anda untuk kerosakan yang disebabkan oleh tetamu dengan cepat; biasanya dalam masa dua minggu
    • Laluan yang lebih pantas untuk Superhost: Anda kini mendapat penghalaan keutamaan dan bayaran ganti yang lebih pantas

    Jika anda perlu memohon bayaran ganti, hanya mulakan permohonan AirCover untuk Hos di Pusat Resolusi kami. Setelah anda menghantar permohonan anda, kami akan memaklumkan tetamu anda tentang barang yang rosak atau hilang. Kemudian, tetamu anda ada 24 jam untuk membayar jumlah yang anda minta. Sekiranya mereka menolak untuk membayar jumlah penuh atau tidak menjawab, anda boleh melibatkan Sokongan Airbnb.

    Dapatkan maklumat lanjut tentang perlindungan kerosakan untuk hos

    Insurans liabiliti hos sebanyak $1 juta

    Insurans liabiliti akan terpakai kepada hos sekiranya tetamu tercedera atau barang milik mereka rosak atau dicuri semasa mereka menginap di penginapan anda. Orang yang membantu anda menerima tetamu, seperti hos bersama dan tukang cuci, juga turut dilindungi, jadi anda boleh menerima tetamu di Airbnb dengan yakin.

    Insurans liabiliti hos melindungi anda jika anda didapati bertanggungjawab di sisi undang-undang ke atas:

    • Kecederaan anggota badan kepada tetamu (atau orang lain)
    • Kerosakan atau kecurian harta benda milik tetamu (atau orang lain)
    • Kerosakan yang disebabkan oleh tetamu (atau orang lain) kepada kawasan umum, seperti lobi bangunan dan hartanah berhampiran

    Jika anda perlu memfailkan tuntutan, hanya pergi ke borang pengambilan insurans liabiliti kami. Maklumat ini akan dihantar kepada penanggung insurans pihak ketiga kami yang dipercayai, yang akan menugaskan seorang wakil untuk menangani tuntutan anda. Mereka akan menyelesaikan tuntutan anda mengikut terma polisi insurans.

    Jika anda hos pengalaman, anda dilindungi di bawah insurans liabiliti pengalaman kami.

    Dapatkan maklumat lanjut tentang insurans liabiliti hos

    AirCover untuk Hos telah diilhamkan oleh maklum balas anda. Kami komited untuk bertindak berdasarkan maklum balas anda, dan menggalakkan anda untuk terus berkongsi pendapat anda dengan kami.

    Perlindungan kerosakan untuk hos, Insurans liabiliti hos, dan Insurans liabiliti pengalaman tidak melindungi hos yang menawarkan penginapan melalui Airbnb Travel, LLC, atau hos yang ada penginapan di tanah besar China dan Jepun, di mana Pelan Perlindungan Hos China, Insurans Hos Jepun, dan Insurans Perlindungan Pengalaman Jepun terpakai. Perlindungan kerosakan untuk hos tidak berkaitan dengan insurans liabiliti hos.

    Perlu diingat bahawa semua had perlindungan ditunjukkan dalam USD dan ada terma, syarat dan pengecualian lain.

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Sorotan

    • AirCover untuk Hos merangkumi perlindungan kerosakan untuk hos sebanyak USD1 juta dan insurans liabiliti hos sebanyak USD1 juta

    • Perlindungan kerosakan termasuk perlindungan kehilangan pendapatan, serta perlindungan baharu untuk kerosakan akibat haiwan peliharaan, pembersihan intensif dan banyak lagi

    Airbnb
    11 Mei 2022
    Adakah ini membantu?