Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Mengemaskan ruang anda: Apa yang hos perlu tahu

    Pelajari cara untuk memikirkan keperluan tetamu semasa mengemas.
    Oleh Airbnb pada 10 Feb 2020
    Bacaan 4 minit
    Dikemas kini pada 5 Mac 2020

    Sorotan

    • Ruang yang kemas lebih selesa untuk tetamu dan lebih mudah dibersihkan antara penginapan

      • Tetamu memerlukan ruang untuk barang-barang mereka di bilik tidur, bilik air dan dapur

        • Sentiasa periksa jika ada item yang ditinggalkan oleh tetamu terdahulu

          • Cari keseimbangan yang betul supaya ruang anda tidak terasa terlalu kosong

            Adakah tetamu anda benar-benar memerlukan tiga pembuka botol? Bagaimana dengan semua perhiasan di meja solek bilik mandi? Kemungkinan barang-barang yang anda simpan hanya memakan ruang yang berharga. Walaupun mengemaskan barang berselerak mungkin memakan masa, menyusahkan atau mengganggu emosi, ia boleh menjadikan ruang anda lebih selesa untuk tetamu dan lebih mudah diuruskan untuk anda.

            Sama ada anda mengalu-alukan tetamu di bilik persendirian atau seluruh kediaman, dapatkan inspirasi daripada tip hos ini untuk mengemas.

            Jadikan ruang anda sebersih mungkin

            Walaupun anda tidak mengambil pendekatan minimalis dalam kehidupan peribadi anda, ia sangat berguna untuk diamalkan apabila anda menjadi hos. “Saya mendapati bahawa semakin kurang barang, ruang ini kelihatan lebih bersih dan kemas,” kata hos Kath dari Albany, Australia. Dan tetamu sangat mengambil berat tentang kebersihan - menurut data Airbnb, ia merupakan salah satu sebab utama untuk ulasan negatif. Keadaan yang kurang berselerak juga boleh memudahkan kerja pembersihan antara penginapan kerana tidak banyak yang perlu dibersihkan atau dibuang.

            Sediakan ruang untuk barangan tetamu anda

            Kebanyakan tetamu memerlukan tempat untuk meletakkan pakaian, kelengkapan mandi, dan barang peribadi mereka yang lain. Jadi, jika pakaian anda sudah mengambil ruang hingga ke dalam bilik tidur tetamu, mungkin telah tiba masanya untuk melepaskan sebahagian daripada koleksi pakaian anda. “Jika saya tidak menggunakannya atau memakainya dalam satu atau dua tahun terakhir, ia akan dibuang,” kata hos Sarah dari Sayulita, Mexico. Anda mungkin perlu menebus lebih banyak ruang, terutamanya jika anda mahu menerima tetamu untuk penginapan jangka panjang seperti hos Jessica dari Seoul, Korea Selatan. “Saya pasti mereka akan mempunyai buku, cenderahati, gambar keluarga, dan barangan peribadi yang mereka mahu letak di atas meja atau meja tepi katil atau di atas rak,” katanya.

            Memperkemaskan dapur dan bilik mandi anda

            Dapur dan bilik air perlu berfungsi dengan baik, namun ia sering merupakan kawasan pertama yang dipenuhi dengan barangan yang tidak diperlukan. “Saya sendiri tidak suka apabila semua barangan dapur di dalam penyenaraian seolah-olah didapati daripada jualan lambak atau barangan yang dibuang daripada tempat lain,” kata hos Alexandra dari Lincoln, California. Fikirkan tentang perkara yang sangat diperlukan oleh tetamu di ruang tersebut, dan buang yang lain. Kebanyakan tetamu akan berterima kasih jika ada pembuka botol di dapur, tetapi mereka mungkin tidak memerlukan pemotong pisang. Perapi rambut ialah kemudahan yang diperlukan di bilik mandi, tetapi tetamu mungkin tidak mahu empat jenama berbeza untuk dipilih.

            Sentiasa periksa jika ada item yang ditinggalkan

            Kadang-kadang, tetamu meninggalkan bekalan yang masih boleh digunakan (fikirkan beg plastik, makanan tin, atau perasa). Anda mungkin ingin menyimpannya, terutama jika ia belum dibuka. Perlu diingat bahawa item yang ditinggalkan tetamu boleh bertambah dan bakal tetamu mungkin tidak berasa selesa menggunakannya. Hos Michelle dari Chicago hanya menyimpan item makanan dan minuman “yang belum dibuka seolah baru dibeli", seperti “air botol, soda, perasa sekali pakai buang, dll.” Menggabungkan perkara-perkara tertentu juga boleh membantu mengawal keadaan berselerak: Contohnya, alihkan beg plastik tambahan ke dalam satu dispenser, atau gabungkan garam daripada bekas yang berbeza.

            Pastikan kemudahan teratur dan mudah dicapai

            Anda tidak mahu tetamu terlepas semua kemudahan menarik yang anda sediakan hanya kerana mereka tidak dapat menemuinya. Hos Kelly dari Austin, Texas, menyarankan "biarkan ruang menentukan barang yang ada di sana” dan bukan sebaliknya: "Jadi, jika rak ini boleh disusun elok degan lima tuala, maka anda tidak sepatutnya memiliki enam tuala.” Periksa linen dan bekalan lain secara kerap, dan derma atau buang apa-apa sahaja yang agak usang. Setelah anda memperkemaskan kemudahan anda, fikirkan cara terbaik untuk mempamerkannya. Hos Chantal dari Yvignac-la-Tour, Perancis, mempunyai kabinet khas untuk tetamu: “Ia ada segala-galanya daripada botol air kecil hingga kertas tandas... semuanya disusun mengikut rak dan kategori dalam bakul berasingan.”

            Cari keseimbangan antara selesa dan tidak berselerak

            “Setiap barang di dalam bilik hendaklah ada fungsinya untuk mengelak barang berselerak atau yang tidak diperlukan,” kata hos Kelly dari Austin, Texas. “Ini tidak bermakna bilik tidak sepatutnya bergaya atau mempunyai suasana yang indah, hangat, dan selesa.” Sudah pasti tiada satu pendekatan yang sesuai untuk semua perkara ini—keseimbangan ideal bergantung kepada ruang, jenis penginapan, dan gaya hos anda. Bagaimanapun berikut ada beberapa garis panduan yang boleh dipertimbangkan:

            • Jangan jadikan ruang terlalu peribadi. Cuba pastikan kawasan tetamu bebas daripada gambar keluarga anda, karya seni kanak-kanak, atau barang peribadi lain.
            • Personaliti pula dialu-alukan. Karya seni tempatan berbingkai, perabot yang pelik, atau cermin unik yang boleh menonjolkan ruang anda.
            • Tambah objek hiasan— jangan terlalu banyak. Sama ada tumbuhan, bantal, atau ukiran kecil, item tiga dimensi boleh membantu menjadikan suasana ruang anda selesa. Helahnya adalah dengan tidak menggunakannya terlalu banyak dan mengaturnya dengan gaya tertentu.
            • Dapatkan inspirasi daripada hos Airbnb Plus, yang ruangnya terkenal dengan reka bentuk kohesif menonjolkan personalitinya. Semak imbas penyenaraian mereka atau tonton video panduan yang merka telah bantu hasilkan.

            Dengan mengingati tip ini, anda akan mendapat ruang yang lebih kemas dan lebih selesa yang tetamu akan suka. Selamat mengemas!

            Sorotan

            • Ruang yang kemas lebih selesa untuk tetamu dan lebih mudah dibersihkan antara penginapan

              • Tetamu memerlukan ruang untuk barang-barang mereka di bilik tidur, bilik air dan dapur

                • Sentiasa periksa jika ada item yang ditinggalkan oleh tetamu terdahulu

                  • Cari keseimbangan yang betul supaya ruang anda tidak terasa terlalu kosong

                    Airbnb
                    10 Feb 2020
                    Adakah ini membantu?