Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Kejelasan mengenai perubahan kriteria Superhost baru-baru ini

    Ketahui mengapa perubahan skor ulasan baharu lebih baik untuk tetamu dan hos.
    Oleh Airbnb pada 20 Jun 2018
    Bacaan 2 minit
    Dikemas kini pada 5 Mac 2020

    Kami mendapati bahawa kriteria baru Superhost banyak diperbincangkan kebelakangan ini, jadi kami ingin menjelaskan mengapa kami membuat pengemaskinian ini.

    Program Superhost mengiktiraf hos yang terbaik dan paling ikonik di Airbnb. Sejak ia bermula, untuk menjadi Superhost anda perlu memenuhi beberapa kriteria. Anda perlu menjadi hos untuk sekurang-kurangnya 10 penginapan setahun, anda langsung tiada pembatalan (kecuali untuk keadaan peringan), anda perlu menjawab 90% daripada mesej yang anda terima dalam tempoh 24 jam, dan 80% daripada penarafan anda mestilah 5 bintang.

    Tiga kriteria pertama akan tetap sama, tetapi mulai bulan Julai, di sebalik memerlukan 80% ulasan 5 bintang, kini Superhost memerlukan purata skor ulasan Airbnb sebanyak 4.8.

    Kami memutuskan untuk membuat perubahan ini atas beberapa sebab. Sebab pertama dan paling penting, kerana ia lebih ringkas dan mudah untuk difahami. Salah satu maklum balas terbaik yang kami terima tentang kriteria program lama ialah tetamu tidak dapat memahami secara intuitif syarat-syarat untuk menjadi Superhost. Dengan membuat perubahan daripada 80% ulasan 5 bintang kepada penarafan keseluruhan sebanyak 4.8, tetamu dapat memahami dengan lebih mudah apa maknanya untuk menjadi Superhost. Selain itu, menukar kepada penarafan keseluruhan sebanyak 4.8 bintang juga memberi konsistensi kepada semua program baharu kami seperti Plus, yang memerlukan penarafan keseluruhan sebanyak 4.8 serta beberapa kriteria lain.

    Setelah melihat data terkini, kami menganggarkan bahawa antara 90% hingga 95% Superhost kami tidak akan menghadapi masalah untuk layak memenuhi kriteria baru program Superhost. Akhirnya, matlamat kami adalah untuk melahirkan seberapa ramai Superhost yang boleh dan supaya semua hos menyediakan pengalaman tetamu yang menakjubkan dan wajar diberikan ulasan cemerlang. Kami merancang untuk terus memantau rapat bagaimana standard ini memberi kesan kepada program Superhost dan mengembangkannya berdasarkan apa yang berkesan dan tidak berkesan. Kami amat menghargai maklum balas yang anda berikan setakat ini, dan kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan anda supaya program ini lebih jelas dan konsisten.

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak diterbitkan.

    Airbnb
    20 Jun 2018
    Adakah ini membantu?