Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Penjelasan tentang kemudahan penting: Hos boleh memilih

    Berikut ialah lima kemudahan penting yang boleh ditambah ke dalam penyenaraian anda.
    Oleh Airbnb pada 20 Jun 2018
    Bacaan 1 minit
    Dikemas kini pada 5 Mac 2020

    Pada awal tahun ini, kami mengumumkan bahawa tidak lama lagi hos akan dikehendaki untuk menyediakan set kemudahan khusus di setiap penyenaraian yang kami anggap “asas” untuk penginapan yang selesa.

    Sejak itu, kami mendapat tahu bahawa ia memberi kesan kepada keupayaan sesetengah hos untuk cekap menjadi hos. Jadi sekarang, kami memberi anda pilihan.

    Anda boleh memilih sama ada anda mahu memasukkan kemudahan asas dalam penyenaraian anda atau tidak. Sehubungan itu, hos amat digalakkan untuk menyertakan kemudahan asas. Tetamu datang dari seluruh pelusuk dunia, dan ramai antara mereka memberitahu kami bahawa lima item ini adalah kemudahan asas minimum yang mereka jangka untuk disediakan di penyenaraian.

    5 kemudahan asas ini termasuk:

    • Tisu tandas
    • Sabun (untuk tangan dan badan)
    • Satu tuala bagi setiap tetamu
    • Satu bantal bagi setiap tetamu
    • Cadar untuk setiap katil tetamu

    Kami sedang meneroka cara terbaik untuk memaklumkan tetamu tentang kemudahan yang disediakan di setiap penyenaraian supaya jangkaan tepat boleh ditetapkan.

    Tolong hanya pilih Kemudahan Asas jika anda benar-benar menyediakan item tersebut di penyenaraian. Perkara yang paling penting untuk membina kepercayaan tetamu dan menentukan kejayaan anda sebagai hos adalah memastikan ketepatan maklumat penyenaraian sebaik mungkin.

    Penyenaraian yang memaparkan Kemudahan Asas yang dipilih tetapi sebenarnya tidak menyediakan lima item yang disenaraikan boleh dikenakan penalti, termasuk dikeluarkan daripada Airbnb.

    Baca artikel Pusat Bantuan ini untuk mendapatkan butiran lanjut tentang kemudahan asas.

    Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada komuniti Airbnb dan melakukan segala-galanya untuk memberi tetamu pengalaman yang hebat!

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak diterbitkan.

    Airbnb
    20 Jun 2018
    Adakah ini membantu?