Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Membina kepercayaan dalam komuniti tempatan kami

    Berikut ialah makna larangan “rumah parti” dan halaman Sokongan Kejiranan kami kepada anda.
    Oleh Airbnb pada 17 Dis 2019
    Bacaan 4 minit
    Dikemas kini pada 23 Jul 2021

    Sorotan

    • Larangan “rumah parti” baharu kami melarang semua parti dan acara “undangan terbuka”

      • Parti dan acara besar dalam kompleks berbilang keluarga juga dilarang

        • Parti tanpa kebenaran kekal dilarang dalam semua penyenaraian

        • Ahli komuniti tempatan boleh melaporkan isu menggunakan halaman Sokongan Kejiranan kami yang telah ditambah baik

        Membina komuniti yang selamat dan dipercayai bukan semata-mata tanggungjawab hos dan tetamu. Kejiranan yang anda hoskan juga memainkan peranan penting dalam perkara ini, dan mengekalkan kepercayaan dalam kejiranan ini menjadikan seluruh komuniti kami lebih kukuh.

        Kami tahu bahawa gangguan daripada tetamu atau pelawat Airbnb boleh memberi impak yang besar kepada hos dan komuniti tempatan mereka. Jadi kami telah mengusahakan beberapa inisiatif penting untuk membantu mengelakkan gangguan sedemikian daripada berlaku, dan memberikan cara yang lebih baik kepada jiran-jiran untuk melaporkannya apabila berlaku.

        Menjelaskan larangan “rumah parti” baru kami

        Anda mungkin pernah mendengar berita mengenai larangan “rumah parti” Airbnb. Kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak melarang parti dan acara yang dibenarkan. Kami tahu bahawa kebanyakan parti yang ditempah melalui platform kami dianjurkan oleh tetamu yang bertanggungjawab, untuk perkara seperti perjumpaan keluarga, sambutan kelahiran bayi, acara luar tapak korporat dan banyak lagi.

        Sebaliknya, matlamat kami adalah untuk menangani sebilangan kecil tetamu yang bertindak dengan tidak bertanggungjawab dan segelintir penyenaraian yang terus-menerus mengganggu kejiranan. Dengan mengambil kira perkara ini, larangan “rumah parti” baharu merangkumi:

        1. Semua parti dan acara “undangan terbuka”
        2. Mana-mana parti dan acara besar dalam kompleks berbilang keluarga, seperti bangunan apartmen dan kondominium

        Jawapan kepada soalan anda

        Apa yang akan berlaku jika tetamu mengadakan parti di ruang saya tanpa kebenaran saya?
        Sebarang jenis parti tanpa kebenaran— iaitu parti yang melanggar Peraturan Penginapan dan dilakukan tanpa kebenaran hos—dilarang dalam semua penyenaraian. Pertama sekali, kami sedang berusaha untuk menghentikan parti ini sebelum ia bermula dengan mengukuhkan teknologi pengesan risiko kami. Apabila parti diadakan, bergantung pada tahap gangguan yang mereka timbulkan, tetamu akan diberi amaran, atau boleh menghadapi penggantungan atau penyingkiran daripada platform.

        Apakah yang dianggap sebagai parti atau acara “undangan terbuka”?
        Ini adalah apabila tetamu atau salah seorang pelawat mereka menganjurkan parti atau acara dengan pengetahuan terhad tentang peserta yang hadir. Jika parti diiklankan di media sosial, atau mengenakan yuran masuk di pintu, itu merupakan penunjuk yang cukup baik bahawa ia merupakan acara “undangan terbuka”.

        Saya menjadi hos di kompleks berbilang keluarga. Apakah yang dianggap sebagai parti atau acara “besar”?
        Ini ialah parti atau acara besar seperti perkahwinan, sambutan kelahiran bayi, acara korporat atau seumpamanya. Acara jenis ini kini dilarang di apartmen dan kondominium, walaupun dengan kebenaran hos dan walaupun terdapat senarai tetamu yang terhad dan berdasarkan jemputan sahaja.

        Adakah larangan ke atas parti atau acara “undangan terbuka” terpakai jika saya menjalankan hotel butik, ruang acara profesional, atau penyenaraian hospitaliti tradisional lain?
        Jika anda mengendalikan penyenaraian hospitaliti yang lebih tradisional, anda boleh menetapkan peraturan anda sendiri mengenai parti undangan terbuka. Walau bagaimanapun, untuk jenis penyenaraian ini, Airbnb akan memantau sebarang aduan dan membuat susulan dengan tempat ini jika perlu.

        Bolehkah saya terus membenarkan tetamu menganjurkan parti di penginapan keluarga tunggal saya?
        Kami akan terus membenarkan hos penginapan keluarga tunggal membuka penyenaraian mereka untuk parti dan acara jemputan tertutup, yang anda boleh tetapkan dalam Peraturan Penginapan anda. Kami tahu bahawa "penginapan keluarga tunggal” boleh merangkumi penyenaraian rumah ladang tanpa sebarang jiran berhampiran, hingga kepada jalan kediaman yang tenang di mana perhimpunan kecil juga berpotensi mengganggu. Oleh itu, kami lebih suka menangani perkara ini berdasarkan setiap penyenaraian berbanding polisi menyeluruh, yang boleh memberi kesan secara tidak adil kepada hos tertentu.

        Ia melibatkan banyak aspek, tetapi matlamat kami dalam semua kes adalah mudah: Jika parti memberi kesan negatif kepada jiran dan kami menerima aduan, kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Kami akan bermula dengan bekerjasama dengan hos yang mempunyai penyenaraian yang terjejas untuk mengubah Peraturan Penginapan mereka untuk melarang parti. Jika aduan berterusan, hos boleh digantung atau dibuang daripada platform.

        Menambah Baik Sokongan Kejiranan

        Apabila penginapan yang disenaraikan di Airbnb menyebabkan gangguan—sama ada bunyi bising yang berlebihan, parti yang mengganggu, atau tingkah laku yang tidak selamat—ahli komuniti tempatan boleh melaporkannya menggunakan halaman Sokongan Kejiranan kami. Walau bagaimanapun, sehingga kini, alat itu tidak cukup mudah untuk dicari atau digunakan oleh jiran-jiran. Jadi kami telah berusaha keras untuk mengubahsuainya, dan kami ingin berkongsi beberapa perubahan tersebut dengan anda.

        Memudahkan anda mengakses Sokongan Kejiranan
        Ahli komuniti kini boleh melihatSokongan Kejiranan dalam senarai pautan di bahagian bawah halaman utama Airbnb dan semua halaman utama lain. Mereka juga boleh mengakses pautan terus daripada telefon tanpa perlu memuat turun aplikasi Airbnb.

        Menghubungkan komuniti dengan perkhidmatan kecemasan
        Halaman Sokongan Kejiranan kini menyediakan pautan kepada perkhidmatan kecemasan tempatan, jadi jika ahli komuniti menghadapi isu keselamatan yang mendesak, mereka boleh mendapatkan bantuan yang mereka perlukan dengan segera. Mereka juga akan mendapat akses kepada nombor Talian Penting Kejiranan baharu, di sini mereka boleh melaporkan parti yang masih berlangsung.

        Berkomunikasi dengan Airbnb
        Kami tahu bahawa sebelum ini usaha yang kami lakukan tidak memadai dalam memastikan ahli komuniti mendapat pengemaskinian selepas mereka menghantar aduan di halaman Sokongan Kejiranan. Kini, apabila mereka melaporkan isu, mereka akan mendapat mesej daripada kami menjelaskan tindakan selanjutnya.

        Teruskan memberi maklum balas

        Kami tahu masih banyak yang perlu dilakukan—tetapi ini adalah langkah penting untuk meningkatkan kepercayaan dan keselamatan di platform dan di kawasan kejiranan tempat tinggal hos. Seperti biasa, kami ingin memastikan jalur komunikasi sentiasa terbuka sehingga kami menemui jalan yang terbaik, jadi sila teruskan berkongsi maklum balas anda, dan kami akan terus mengusahakan penambahbaikan yang memberi manfaat kepada seluruh komuniti Airbnb.

        Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak diterbitkan.

        Sorotan

        • Larangan “rumah parti” baharu kami melarang semua parti dan acara “undangan terbuka”

          • Parti dan acara besar dalam kompleks berbilang keluarga juga dilarang

            • Parti tanpa kebenaran kekal dilarang dalam semua penyenaraian

            • Ahli komuniti tempatan boleh melaporkan isu menggunakan halaman Sokongan Kejiranan kami yang telah ditambah baik

            Airbnb
            17 Dis 2019
            Adakah ini membantu?