Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Tarik golongan pekerja jarak jauh dengan alat wifi baharu

    Kini anda boleh mempamerkan kelajuan khusus internet di penyenaraian anda.
    Oleh Airbnb pada 11 Ogo 2021
    Bacaan 2 minit
    Dikemas kini pada 11 Ogo 2021

    Sorotan

    • Wifi merupakan salah satu kemudahan paling popular yang tetamu cari

    • Alat kelajuan wifi baharu membolehkan anda menguji kelajuan wifi anda

    • Anda juga boleh menyimpan kelajuan wifi selepas ujian dan memaparkannya pada penyenaraian anda, yang boleh membantu menarik tetamu

    Ramai tetamu bergantung pada internet pantas untuk mendapat pengalaman perjalanan yang hebat, dan ia penting untuk tetamu yang bekerja dari jauh. Malah, wifi merupakan salah satu kemudahan yang paling banyak dicari di Airbnb tahun ini, dan sesetengah hos yang menambah “ruang kerja mesra komputer riba” kepada senarai kemudahan mereka memperoleh pendapatan lebih tinggi berbanding mereka yang tidak melakukannya.*

    Kelajuan wifi sememangnya penting. Ia menjadi penentu keupayaan untuk menonton filem mahupun menyertai panggilan persidangan. Untuk mengukur kelajuan anda dan membantu meyakinkan tetamu yang mencari ruang dengan wifi sebelum mereka menempah, cuba ujian kelajuan wifi. Alat baharu ini membolehkan anda menguji kelajuan wifi penginapan anda, kemudian memaparkannya terus pada halaman penyenaraian anda.

    Menguji wifi anda menggunakan aplikasi Airbnb anda

    Ujian kelajuan wifi kini tersedia di aplikasi Airbnb untuk iOS dan Android. Untuk bermula, anda perlu berada di ruang anda dan bersambung ke rangkaian wifi penginapan anda.

    Selepas itu, ikut langkah-langkah ini:

    1. Ketik Profil dan kemudian ketik Tukar kepada mod hos
    2. Ketik Penyenaraian dan ketik penyenaraian yang anda inginkan
    3. Di bawah Mengenai penyenaraian, pergi ke Kemudahan
    4. Di sebelah Popular, ketik Edit
    5. Pergi ke Wifi, kemudian ketik Tambah kelajuan wifi anda (anda perlu membenarkan akses lokasi jika ia belum diluluskan)
    6. Ketik Mulakan ujian
    7. Selepas keputusan dipaparkan, ketik Simpan untuk ia dipaparkan pada halaman penyenaraian anda

    Ketahui lebih lanjut mengenai menawarkan akses internet kepada tetamu

    Memahami kelajuan wifi anda

    Kelajuan internet diukur dalam megabit sesaat dan boleh menunjukkan betapa pantas wifi anda. Berikut ialah keupayaan kelajuan yang berbeza:

    • 0 Mbps: Tiada wifi tersedia. Anda tidak mempunyai wifi atau tidak dapat menyambung—cuba but semula penghala anda atau pindah ke ruang lain di penginapan anda.
    • 1-6 Mbps: Wifi anda berada pada kelajuan asas. Tetamu boleh menghubungi rakan dan rakan sekerja melalui mesej dan e-mel, tetapi sembang video mungkin sukar dilakukan.
    • 7-13 Mbps: Kelajuan wifi anda kukuh. Kelajuan ini sesuai untuk seorang atau dua tetamu yang ingin bekerja dari jauh atau berkumpul bersama untuk menstrim filem.
    • 14-49 Mbps: Wifi anda memang laju! Tetamu boleh melepak dengan rakan atau rakan sekerja dalam panggilan video atau menstrim berbilang video HD.
    • 50-100+ Mbps: Wifi anda sangat laju! Kelajuan ini sesuai untuk tetamu yang ingin sembang video atau menstrim video HD daripada berbilang peranti.

    Ketahui lebih lanjut mengenai mengesahkan kelajuan internet anda

    Memberitahu tetamu tentang kelajuan wifi anda

    Setelah ujian selesai, kelajuan (dalam megabit sesaat) akan muncul dalam Kemudahan anda di sebelah Wifi. Anda juga patut mempertimbangkan untuk menambah butiran mengenai kelajuan wifi anda dan keupayaannya mengendalikan penstriman video, penyemakan imbas internet, dll. dalam keterangan penyenaraian anda untuk membantu menetapkan jangkaan dengan tetamu.

    Oleh kerana wifi adalah kemudahan yang sangat penting, kami teruja untuk menawarkan anda alat yang boleh membantu anda mempamerkan kelajuan wifi anda kepada tetamu—dan membantu meningkatkan daya tarikan penyenaraian anda di Airbnb.

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Sorotan

    • Wifi merupakan salah satu kemudahan paling popular yang tetamu cari

    • Alat kelajuan wifi baharu membolehkan anda menguji kelajuan wifi anda

    • Anda juga boleh menyimpan kelajuan wifi selepas ujian dan memaparkannya pada penyenaraian anda, yang boleh membantu menarik tetamu

    Airbnb
    11 Ogo 2021
    Adakah ini membantu?