Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Jawapan Airbnb: Melindungi anda daripada ulasan buruk sekali lagi

    Ketahui bagaimana Airbnb menjadikan ulasan lebih adil untuk hos.
    Oleh Airbnb pada 21 Sep 2018
    Bacaan 3 minit
    Dikemas kini pada 19 Mac 2021

    Anda bertanya: Bolehkah Airbnb melindungi hos daripada satu ulasan buruk?

    Ulasan adalah begitu penting. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada kejayaan perniagaan anda, ia juga sangat-sangat peribadi. Kami tahu anda meletakkan banyak pertimbangan dan perhatian ke dalam layanan anda dan tentunya kecewa apabila menerima ulasan buruk tidak seperti biasa—sama ada ia satu kesilapan, salah faham atau penilaian yang tidak adil. Anda telah menyuarakan kebimbangan tentang perkara ini, dan kami mahu anda tahu bahawa kami mendengar keluhan anda dan memandang serius isu ini. Kami telah berusaha dan akan terus berfikir dan berusaha untuk menjadikan sistem ulasan lebih adil.

    Berita baiknya adalah kami sudah melakukan banyak kemajuan. Ini beberapa maklumat terkini yang kami boleh kongsi dengan anda sekarang, di bawah, dan kami komited untuk memastikan anda sentiasa dimaklumkan apabila kami melancarkan lebih banyak perubahan.

    Alat untuk mengesan ulasan terpencil
    Semasa Sesi Soal Jawab Hos lepas pada bulan Jun 2018, kami berkata, khususnya, bahawa kami akan meneliti ulasan terpencil. Untuk lebih jelas, satu sahaja ulasan rendah boleh dianggap terpencil apabila hos memperoleh skor ulasan yang memuaskan, tetapi seorang tetamu meninggalkan penarafan buruk yang kelihatan janggal. Ini penyelesaian yang kami telah fikirkan: Kami sedang berusaha untuk membina alat baru yang akan mengesan secara automatik apabila ulasan terpencil seperti ini berlaku—dan memberi kami peluang untuk membetulkannya. Jadi katakanlah tetamu memberi anda 5 bintang untuk kebersihan, ketepatan, daftar masuk, dan sebagainya—untuk setiap subkategori—tetapi kemudian memberi penarafan keseluruhan 2 bintang. Alat baru ini akan menandakan tingkah laku ini dan menggesa tetamu untuk membetulkan penarafan keseluruhan. Kami sedang membangunkan alat baru ini sekarang, dan anda boleh menjangkanya tidak lama lagi.

    Penyelidikan tentang bagaimana ulasan tersebut memberi kesan kepada status Superhost
    Selain itu, kami sedang melakukan penyelidikan untuk melihat bagaimana satu ulasan terpencil boleh memberi kesan kepada keupayaan hos untuk mendapat atau mengekalkan status Superhost. Matlamat utama adalah untuk mencari cara untuk menjadikan ulasan terpencil kurang memberi kesan kepada hos-hos hebat dan memastikan keadilan sistem ulasan.

    Lokasi, lokasi, lokasi
    Akhirnya, kami sedang mengkaji penarafan Lokasi dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada kedudukan hos. Perlu diambil perhatian bahawa Lokasi tidak digunakan dalam mengira penarafan keseluruhan hos. Tetapi anda memberitahu kami bahawa anda kecewa apabila mendapat penarafan rendah dalam kategori ini kerana lokasi rumah anda adalah di luar kawalan anda. Dan kami faham tentang itu.

    Ini sesuatu yang rumit. Kebimbangan ini sukar ditangani kerana menilai kualiti lokasi penginapan adalah begitu subjektif. Sesetengah tetamu mungkin sukakan ruang anda kerana ia terletak di kawasan yang tidak sibuk; tetamu lain mungkin kecewa kerana ia jauh dari pengangkutan awam. Kami sedang melakukan banyak penyelidikan tentang bagaimana kami boleh terus memberi pengembara maklumat yang mereka mahu dan perlukan semasa membuat keputusan tempahan dan, pada masa yang sama, memastikan hos tidak terjejas oleh sesuatu di luar kawalan mereka.

    Jadi kami sedang mencari cara baharu untuk mengumpul dan menonjolkan tanggapan tetamu tentang maklumat lokasi kediaman anda. Walaupun kami belum ada pengumuman nyata tentang perkara ini, anda boleh menjangkakan butiran lanjut tidak lama lagi, mungkin di Sesi Soal Jawab Hos yang seterusnya. Sementara itu, harap maklum bahawa kami sedang mengusahakan perkara ini. Teruskan menghantar maklum balas anda kepada kami tentang cara kami boleh menjadikan sistem ulasan seadil yang boleh.

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak diterbitkan.

    Airbnb
    21 Sep 2018
    Adakah ini membantu?