Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Jawapan Airbnb: Alat penetapan harga yang memacu kejayaan hos

    Ketahui cara menetapkan harga tersuai untuk hujung minggu, cuti dan banyak lagi.
    Oleh Airbnb pada 26 Apr 2018
    Bacaan 3 minit
    Dikemas kini pada 29 Jun 2021

    Anda bertanya: Bolehkah Airbnb menawarkan hos lebih fleksibiliti dan pilihan untuk menetapkan harga kami?

    Semasa sesi Soal Jawab Hos yang terkini, anda meminta lebih fleksibiliti dengan pilihan penetapan harga anda. Kami terus ke pasukan yang merangka dan membina alat-alat ini untuk melihat apa yang telah dirancang. Apa yang kami pelajari cukup mengejutkan. Rupanya kami telah membina penyelesaian untuk kebanyakan perkara yang anda minta, tetapi ramai hos tidak tahu mengenai tetapan harga yang tersedia atau tidak menggunakannya. Kami juga mendapati bahawa adakalanya menawarkan jenis diskaun tertentu tidak membantu perniagaan anda, malah memberi kesan buruk kepadanya. Terkejut? Kami juga.

    Untuk memastikan anda mendapat maklumat terkini mengenai penetapan harga, mari kita lihat pilihan anda dan bagaimana maklum balas anda mempengaruhi apa yang kami bina.

    Pilihan harga semasa
    Anda khususnya meminta keupayaan untuk menetapkan harga yang berbeza-beza mengikut tempoh penginapan tetamu, atau berdasarkan hari dalam seminggu (contohnya, mengenakan harga yang berbeza untuk penginapan pertengahan minggu berbanding penginapan hujung minggu). Kami sebenarnya mempunyai alat yang membantu anda melakukan kedua-duanya! Anda boleh menawarkan diskaun untuk penginapan lebih daripada seminggu atau sebulan, dan anda boleh menetapkan harga hujung minggu tersuai.

    Anda juga bertanya mengenai mengenakan caj kepada tetamu berdasarkan bilangan katil yang mereka gunakan berbanding bilangan tetamu yang menginap di penyenaraian. Walaupun kami faham bahawa lebih banyak katil digunakan bermakna lebih banyak linen untuk dibersihkan, adakalanya sukar untuk tetamu menjangkakan berapa banyak katil yang akan mereka gunakan pada masa tempahan dibuat. Contohnya, bukan semua penyenaraian menerangkan sama ada katil tersebut bersaiz queen atau kelamin, berapa bilangan katil sofa yang tersedia, atau bagaimana katil disusun di dalam bilik. Sesetengah tetamu mungkin mahu melihat ruang tersebut sebelum membuat keputusan sama ada mereka akan berkongsi katil kelamin bersama rakan atau tidur di sofa tarik keluar. Walau bagaimanapun, tetamu boleh menyatakan berapa ramai orang yang akan menginap dengan tepat dan yakin, dan anda boleh mengenakan yuran tetamu tambahan untuk itu. Jika kos pembersihan dan daftar masuk untuk penginapan yang lebih pendek membimbangkan anda, anda boleh menambahkan yuran pembersihan* untuk membiayai kos tersebut.

    Cara-cara maklum balas hos merangka kerja kami
    Maklum balas anda menunjukkan kepada kami perkara yang tidak serasi dengan anda, dan apa yang boleh kami perbaiki. Berdasarkan maklum balas anda, kami menumpukan usaha ke arah menjadikan setiap alat lebih mudah dicapai dan bersifat intuitif. Dan kami membantu hos memahami cara alat penetapan harga saling berfungsi, peraturan mana yang lebih utama apabila berlaku pertindihan peraturan, dan cara menggunakan alat yang ada untuk memberikan manfaat maksimum kepada anda.

    Apabila membina alat harga baharu, kami cuba untuk mengambil kira pelbagai pilihan hos sambil memastikan segalanya kekal mudah untuk tetamu terus berminat menempah ruang anda dengan Airbnb. Untuk ini, kami meminta maklum balas hos, menguji idea baharu, dan mengenal pasti apa yang berlaku kepada tempahan apabila kami menambah pilihan baru.

    Berikut ialah sedikit gambaran mengenai cara kami menguji dan menyampaikan pemerhatian kami kepada anda: Ada masanya kami boleh menjangkakan peluang yang baik untuk meningkatkan pendapatan anda. Contohnya, anda mungkin telah melihat mesej pandangan pada kalendar anda dan e-mel yang menggariskan peluang diskaun untuk tarikh-tarikh tertentu yang sebaliknya mungkin tidak akan ditempah. Apabila anda mengenakan diskaun ini, kami menonjolkan kepada pengembara nilai yang anda tawarkan dan yang dapat menarik tempahan.

    Sebaliknya, adakalanya kami mendapati ringkas itu lebih baik. Contohnya seperti ujian baru-baru ini di mana hos menambah diskaun untuk penginapan 3- hingga 6-malam di kawasan yang kami dapati pengembara mencari penginapan. Ternyata tetamu yang menempah ruang pada harga diskaun tersebut bersedia menempah penyenaraian tersebut pada harga biasa untuk tempoh yang sama. Pemerhatian seperti inilah yang kami sampaikan kepada anda dalam cara kami membina dan apa yang kami cadangkan.

    Anda sentiasa mempunyai kawalan ke atas harga yang anda tetapkan untuk ruang anda. Dan kami komited untuk berkongsi apa yang kami tahu mengenai amalan penetapan harga terbaik. Kami teruja kerana Airbnb menawarkan fleksibiliti harga yang kompetitif untuk anda, pengalaman tempahan yang ringkas untuk tetamu anda, dan janji bahawa kami akan terus mendengar idea anda tentang cara menjadikan penetapan harga lebih baik.

    *Kecuali hos yang menawarkan penginapan di tanah besar China. Ketahui lebih lanjut Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.
    Airbnb
    26 Apr 2018
    Adakah ini membantu?