Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Jawapan Airbnb: Proses tuntutan yang lebih pantas dan mudah untuk hos

    Kini, anda diberikan 14 hari untuk melaporkan kerosakan harta benda, dan lebih banyak perubahan yang diilhamkan oleh hos.
    Oleh Airbnb pada 21 Sep 2018
    Bacaan 2 minit
    Dikemas kini pada 19 Mac 2021

    Anda bertanya: Apakah yang Airbnb lakukan untuk memberi sokongan yang lebih baik kepada hos jika berlaku sesuatu masalah?

    Jawapan ringkas ialah: banyak sekali! Sebelum kita bercakap tentang perubahan menarik yang sedang kami usahakan, ada satu perkara penting yang perlu diingat: Kejadian kerosakan harta benda di Airbnb agak jarang berlaku. Secara purata, tuntutan kerosakan ketara yang berlaku tidak sampai 0.004% sepanjang masa. Itu bermakna, anda boleh menjadi hos bagi tempahan baru setiap hari selama 63 tahun dan tidak pernah memfailkan tuntutan kerosakan besar.

    Tetapi kemalangan boleh terjadi, dan jika ia berlaku, kami mahu kediaman dan barang berharga anda dilindungi. Itulah sebabnya kami mencipta perlindungan seperti deposit keselamatan dan Jaminan Hos* USD1 juta, dan itulah sebabnya kami komited untuk memastikan ia bermanfaat untuk anda.

    Kami mendengar maklum balas anda bahawa proses untuk mengakses perlindungan ini mengambil masa terlalu lama dan terlalu rumit. Dan sukar untuk mengakses deposit keselamatan anda atau mendapatkan bayaran balik melalui Jaminan Hos. Dan itu tidak boleh diterima.

    Jadi kami akan merombak proses tuntutan kerosakan sepenuhnya agar ia menjadi lebih mesra hos. Berikut empat perubahan besar yang anda boleh jangkakan:

    Kini anda akan ada lebih banyak masa
    Sebelum ini anda perlu melaporkan kerosakan dalam masa 72 jam selepas daftar keluar atau sebelum daftar masuk tetamu seterusnya, mana-mana yang lebih awal. Kini anda ada 14 hari, atau sebelum daftar masuk tetamu seterusnya, mana-mana yang lebih awal. Kami juga akan memberi anda lebih banyak masa untuk melengkapkan proses tuntutan—ia melebihi dua minggu sekarang.

    Anda tidak perlu membuat begitu banyak kerja leceh
    Kami telah mengurangkan jumlah dokumentasi yang diperlukan untuk kebanyakan tuntutan.

    Anda boleh mengharapkan pampasan yang adil
    Sekarang kami sentiasa memasukkan cukai jualan dan kos berkaitan lain dalam pampasan kami kepada hos.

    Anda boleh menjangkakan jawapan yang lebih pantas
    Kami telah merombak cara pasukan sokongan Airbnb mengendalikan kes seperti ini untuk menjadikannya lebih pantas dan mudah untuk hos. Ternyata, sejak kami memperkenalkan penambahbaikan ini, masa penyelesaian tuntutan telah dikurangkan lebih 20% sejak beberapa bulan lepas.

    Kami sedang meneliti keadaan ini secara keseluruhan, dan kami sedar banyak lagi yang perlu diperbaiki. Tetapi kami sedang berusaha untuk menjadikan keseluruhan pengalaman lebih baik untuk anda apabila anda memerlukan sokongan.

    Terima kasih atas maklum balas anda mengenai isu penting ini, dan sila terus beritahu kami cara untuk menambah baik. Kami akan memaklumkan anda apabila semakin banyak penambahbaikan dilancarkan.

    *Jaminan Hos Airbnb dan Insurans Perlindungan Hos tidak terpakai kepada hos yang menawarkan penginapan melalui Airbnb Travel, LLC, hos di tanah besar China, hos di Jepun, hos pengalaman, atau hos pengembaraan.

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak diterbitkan.

    Airbnb
    21 Sep 2018
    Adakah ini membantu?