Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan
    Kandungan ini tidak tersedia dalam bahasa pilihan anda, jadi kami telah menyediakannya dalam bahasa terdekat yang tersedia buat masa ini.

    Melaraskan tetapan anda untuk memenuhi permintaan tempatan

    Memberi perhatian teliti kepada trend perjalanan boleh meningkatkan pendapatan anda.
    Oleh Airbnb pada 7 Okt 2019
    Bacaan 3 minit
    Dikemas kini pada 14 Mei 2021

    Sorotan

    • Perjalanan hujung minggu lwn. hari bekerja, musim, dan acara istimewa mempengaruhi permintaan

    • Biro pelancongan, kumpulan media sosial dan kaunter tiket boleh memaklumkan anda mengenai acara akan datang

    • Sesuaikan kalendar anda untuk menaikkan atau menurunkan harga anda

    • Gunakan alat Harga Pintar untuk menetapkan harga automatik berdasarkan permintaan

      • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk meningkatkan pengehosan anda ke tahap seterusnya

      Bagi hos Airbnb—seperti mana-mana perniagaan lain—bertindak balas terhadap naik turun permintaan boleh menjadi kunci kejayaan. Tinggal di bandar ski atau kawasan resort musim panas yang mengikut musim melancong? Ada persidangan atau pesta besar di kawasan anda? Jangan terlepas peluang untuk menyediakan ruang anda ketika tarikh popular, dan cuba laraskan harga anda untuk menarik lebih ramai tetamu ketika musim permintaan rendah. Ini beberapa tip untuk membantu anda memahami faktor yang mempengaruhi permintaan bermusim, dan cara memanfaatkannya.

      3 faktor yang paling mempengaruhi permintaan

      Keluarkan kalendar pada awal tahun untuk merancang hari cuti tetap, kemudian fikir selanjutnya untuk melihat acara dan trend yang boleh meningkatkan perjalanan ke kawasan anda.

      Kalendar Airbnb anda juga akan memaparkan wawasan perjalanan untuk kawasan anda secara automatik, seperti malam dengan permintaan dan potensi pendapatan lebih tinggi daripada biasa. Memberi perhatian yang teliti kepada makluman ini boleh membantu memastikan anda sedar tentang trend perjalanan dan bersedia untuk menjadi hos jika anda mahu.

      Faktor utama yang perlu dipertimbangkan:

      1. Trend mingguan
      Permintaan boleh berubah bergantung pada hari dalam seminggu. Untuk kebanyakan pasaran, hujung minggu adalah lebih popular. Tetapi untuk sesetengah tempat yang ada banyak perjalanan perniagaan, hari bekerja adalah lebih meriah.

      2. Anjakan bermusim
      Bergantung pada lokasi ruang anda, masa tertentu dalam setahun akan lebih popular. Adakah kawasan anda destinasi musim sejuk yang popular, atau pengunjung berduyun-duyun ke sana pada musim panas?

      3. Hari atau acara istimewa
      Persidangan, pesta, dan acara besar lain mewujudkan permintaan besar. Untuk terus mengetahui acara yang akan berlangsung di kawasan anda, berhubung dengan biro pelancongan tempatan anda, sertai kumpulan media sosial, dan daftar dengan beberapa kaunter tiket. Surat khabar dan universiti tempatan juga boleh menjadi sumber maklumat yang bagus.

      Sesuaikan tetapan harga anda

      Setelah anda dapat mengagak trend di kawasan anda, anda boleh menetapkan harga tersuai untuk hari bekerja, hujung minggu dan hari cuti, atau melaraskan kadar anda apabila ada persidangan atau acara besar berlangsung di kawasan anda. Anda juga boleh menawarkan diskaun istimewa untuk tempahan luar musim.

      Kami biasanya menerima tempahan untuk Malam Tahun Baru seawal bulan Ogos, jadi tetapkan harga percutian anda lebih awal.
      Branka and Silvia,
      Zagreb, Croatia

      Cuba gunakan alat Harga Pintar

      Cara paling mudah untuk melaraskan harga mengikut permintaan? Hidupkan Harga Pintar. Alat ini akan mengemas kini kadar semalam anda secara automatik berdasarkan tetapan anda dan lebih 70 faktor yang mempengaruhi harga, daripada permintaan bermusim kepada bilangan ulasan positif yang diperolehi penyenaraian anda. Perlu diingat bahawa anda yang mengawal harga anda dan Harga Pintar tidak akan mengambil kira semua perkara yang mempengaruhi harga yang sanggup dibayar oleh tetamu, seperti pemandangan yang menakjubkan atau tahap hospitaliti anda kepada pengalaman tetamu.

      Jika anda menggunakan Harga Pintar, pastikan anda menetapkan harga minimum supaya kadar anda tidak akan kurang daripada harga selesa anda.

      Menonjol semasa permintaan rendah

      Ketika tempoh permintaan rendah, banyak penyenaraian dalam pasaran anda tidak akan ditempah. Cuba tarik tetamu ke penyenaraian anda dengan menggunakan promosi atau menurunkan harga anda. Airbnb menonjolkan harga menarik—harga penyenaraian yang lebih rendah daripada biasa—dan menguar-uarkannya sebagai tawaran hebat. Malah tawaran terbaik juga akan dihantar melalui e-mel kepada tetamu yang sedang membuat carian tetapi belum membuat tempahan.

      Cuba petua hos ini

      Mengetahui kadar yang patut dicaj, dan bila harga anda perlu dikemas kini, memerlukan sedikit kemahiran. Ini beberapa taktik kegemaran yang pernah dicuba oleh hos:

      • Rancang lebih awal. “Kami biasanya menerima tempahan untuk Malam Tahun Baru seawal bulan Ogos, jadi berhati-hati dan tetapkan harga percutian anda lebih awal.” —Branka dan Silvia dari Zagreb, Croatia
      • Gunakan syarat malam minimum. “Saya tetapkan harga percutian dengan minimum empat malam, dengan Malam Tahun Baru pada kadar tertinggi.” —Letti dari Atascosa, Texas
      • Tetapkan harga yang lebih tinggi untuk tarikh yang jauh ke hadapan. “Ini bermakna saya boleh membuka kalendar saya untuk tempahan tetapi tidak mengisinya terlalu cepat. Ini juga membolehkan tetamu yang mahu menempah jauh lebih awal (dan membayar harga premium) peluang untuk berbuat demikian.” —Paul dari London
      • Jadikan Harga Pintar berkesan untuk anda. “Anda sentiasa boleh menetapkan harga tersuai sendiri untuk tarikh atau tempoh tertentu untuk mengatasi Harga Pintar.” —Emiel dari Leeuwarden, Belanda
      • Manfaatkan musim permintaan rendah. “Saya cadangkan anda menurunkan harga untuk musim perlahan agar menyeimbangkannya sedikit. Atau gunakan waktu ini untuk menambah baik/menyelenggara kerana anda pasti akan kembali sibuk dan kesuntukan masa.” —Sandra dari Daylesford, Australia
      • Bersedia untuk mencuba dan belajar. “Panduan terbaik anda adalah sama ada anda mendapat tempahan dan ulasan yang baik,” —Jeff dan Jess dari Durham, Carolina Utara

      Dengan tip dan alat ini, dan sedikit latihan, anda boleh memanfaatkan sepenuhnya harga anda setiap hari sepanjang setahun.

        Sorotan

        • Perjalanan hujung minggu lwn. hari bekerja, musim, dan acara istimewa mempengaruhi permintaan

        • Biro pelancongan, kumpulan media sosial dan kaunter tiket boleh memaklumkan anda mengenai acara akan datang

        • Sesuaikan kalendar anda untuk menaikkan atau menurunkan harga anda

        • Gunakan alat Harga Pintar untuk menetapkan harga automatik berdasarkan permintaan

          • Ketahui lebih lanjut dalam panduan lengkap kami untuk meningkatkan pengehosan anda ke tahap seterusnya
          Airbnb
          7 Okt 2019
          Adakah ini membantu?