Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Seorang guru membiayai persaraannya dengan menjadi hos

    Berkongsi pondok mencukur bulu kambing biri-biri di Airbnb menambahkan keseronokan dan fleksibiliti kewangan.
    Oleh Airbnb pada 4 Ogo 2021
    Video 2 minit
    Dikemas kini pada 4 Ogo 2021

    Sorotan

    • Mempersiapkan ruang dan penyenaraiannya sangat mudah

    • Pendapatan tambahannya membiayai persaraannya—dan hobinya memelihara kuda

    • Menjadi hos memastikan beliau aktif secara sosial sejak dia bersara menjadi guru

    Apabila Viv, seorang guru sejarah sekolah menengah, menganjurkan majlis perkahwinan anaknya di ladang keluarga mereka di New South Wales, Australia, dia rasa seronok mengubah pondok mencukur bulu biri-biri yang lama menjadi tempat menginap untuk pengapit pihak pengantin lelaki.

    Setelah sambutan selama seminggu itu berakhir, dia berfikir, “Apa seterusnya?”

    Viv, seorang pencinta haiwan dengan minat yang mendalam terhadap kuda, mula mempertimbangkan idea menjadi hos pondok di Airbnb, tetapi tertanya-tanya apa yang akan pengunjung fikirkan. Adakah ia bilik gaya desa di tepi kandang kuda atau kotej taman unik berhampiran kampung Cowra yang menawan?

    Semasa melawat penginapan Airbnb pertamanya di Portugal beberapa tahun kemudian, Viv berfikir, “Saya boleh melakukannya.” Mungkin menjadi hos adalah tiketnya untuk membiayai minatnya terhadap kuda sambil kekal aktif secara sosial apabila dia bersara selepas 40 tahun mengajar.

    “Saya mahukan sumber pendapatan yang membolehkan saya memupuk minat saya terhadap kuda, yang menuntut kos yang mahal,” katanya. “Saya sentiasa mempunyai citarasa mahal dengan belanjawan terhad.”

    Beliau menyenaraikan podok beliau pada akhir 2016. Selain daripada menambah peralatan dan penebat, Viv menghiasi ruang menggunakan barang-barang sedia ada—kulit lembu, telur segar dari ladang, bunga dari taman.

    Tempahan masuk dengan cepat. Tetamu teruja dengan langit yang dipenuhi bintang dan sambutan mesra daripada "rakan-rakan berbulu"—antaranya seekor kuda bernama Topaz dan seekor anjing bernama Chardonnay—di pintu depan. "Pengalaman ini adalah sebabnya saya lebih suka menginap di Airbnb berbanding hotel," tulis seorang tetamu.

    Viv sukakan sinergi yang beliau dapat daripada menjadi hos penginapan ladang. Kuda-kuda beliau “ditaja sepenuhnya oleh Airbnb,” dan ia menggembirakan komuniti tetamu globalnya.

    “Saya mendapat begitu banyak kegembiraan daripada tetamu yang datang dan pergi,” katanya. “Sebagai guru sejarah, saya rasa ia suatu pengalaman yang mengayakan. Dan menjadi sebahagian daripada keluarga Airbnb sememangnya satu perasaan yang indah. Ia satu bonus yang tidak pernah saya jangkakan.”

    Berminat untuk menjadi hos penginapan anda sendiri?
    Cuba menjadi hos

    Sorotan

    • Mempersiapkan ruang dan penyenaraiannya sangat mudah

    • Pendapatan tambahannya membiayai persaraannya—dan hobinya memelihara kuda

    • Menjadi hos memastikan beliau aktif secara sosial sejak dia bersara menjadi guru

    Airbnb
    4 Ogo 2021
    Adakah ini membantu?