Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Mesej daripada pengasas kami

    “Keutamaan kami adalah kesihatan orang awam dan komuniti kami.”
    Oleh Airbnb pada 17 Mac 2020
    Bacaan 2 minit
    Dikemas kini pada 27 Apr 2021

    Kami tahu ini adalah waktu yang mencabar untuk hos-hos dalam komuniti kami, dan kami faham bahawa hari yang mendatang mungkin membawa dengan lebih banyak persoalan dan ketidakpastian.

    Hari ini, pengasas Airbnb Brian Chesky, Joe Gebbia, dan Nate Blecharczyk memperbaharui komitmen mereka untuk menyokong hos sepanjang waktu sukar ini dan memastikan semua orang dalam komuniti kami selamat.

    Hos yang dihormati,

    Memandangkan krisis global semasa, kami tahu ramai di kalangan anda mengalami kekurangan tempahan yang ketara dan sejumlah besar pembatalan tempahan. Beberapa hari yang lepas sangat mencabar dan mengelirukan untuk semua orang. Matlamat kami adalah untuk menjadi telus dan proaktif sebaik yang mungkin.

    Pertama sekali, kami akan mengharungi krisis ini sebagai rakan kongsi—kejayaan kami bergantung pada kejayaan anda, hos Airbnb. Kami bekerja siang dan malam untuk merancang pelan tindakan yang akan membantu anda mengharungi waktu yang amat sukar ini. Kami akan berkongsi pelan ini dengan anda secepat yang mungkin dalam beberapa minggu akan datang.

    Kedua, dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan pandemik, kami membuat keputusan yang sukar pada hari Sabtu untuk melaksanakan polisi global yang membolehkan semua tetamu membatalkan tempahan yang layak untuk bayaran balik penuh—termasuk semua yuran Airbnb. Kami tahu keputusan ini telah menyebabkan kesukaran yang luar biasa untuk kebanyakan anda. Ramai hos telah menerima pembatalan di luar polisi yang ditetapkan. Anda telah bertanya kepada kami mengapa kami melakukan ini walaupun beberapa syarikat lain di ruang kami belum melakukannya. Kami ingin memastikan anda memahami pemikiran kami.

    Pandemik ini telah mengakibatkan beberapa bandar dan negara-negara terkemuka mengambil langkah-langkah yang ekstrim. Dalam krisis ini, keutamaan kami ialah kesihatan awam dan komuniti kami. Kami tidak mahu tetamu membuat keputusan yang menyebabkan diri mereka berada dalam situasi yang tidak selamat dan menimbulkan bahaya terhadap kesihatan awam disebabkan oleh komitmen kepada tempahan mereka. Kami percaya ini adalah perkara yang bertanggungjawab untuk dilakukan berdasarkan panduan kerajaan dan pakar kesihatan.

    Walaupun koronavirus jelas telah memberi kesan yang teruk kepada komuniti kami, kami tahu bahawa masa ini akan berlalu dan perjalanan luar negara akan kembali seperti sediakala. Memandangkan semakin ramai orang mula menggunakan Airbnb untuk tempahan dan penginapan jangka panjang yang berhampiran, ini jelas bahawa kita perlu memainkan peranan untuk membantu semua orang mengharungi keadaan ini secepat yang mungkin. Kita semua mempunyai keinginan untuk berhubung, dan kita akan bersua kembali, tetapi buat masa ini keutamaan kami adalah menjalankan peranan kami bagi memastikan semua orang selamat.

    Kita adalah rakan kongsi, dan kita akan hadapi ini bersama-sama.

    Pengasas Airbnb,

    Brian, Joe, dan Nate

    Airbnb
    17 Mac 2020
    Adakah ini membantu?