Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Seorang bapa menjadi hos untuk ruang yang lebih mudah diakses

    Superhost yang anaknya merupakan pengguna kerusi roda menarik perhatian tetamu kurang upaya
    Oleh Airbnb pada 24 Ogo 2021
    Bacaan 2 minit
    Dikemas kini pada 24 Ogo 2021

    Sorotan

    • Mempunyai seorang anak lelaki yang merupakan pengguna kerusi roda telah menunjukkan kepada ayah ini betapa rumitnya perjalanan untuk sesetengah orang

    • Keghairahan beliau untuk menjadikan perjalanan lebih mudah diakses mendorong beliau untuk menerima tetamu di banglo desa beliau

    • Pemilik hartanah di London ini dapat menyesuaikan diri dengan menjadi hos walaupun dengan jadual yang sibuk

    Ketika anak mereka Harri berusia 9 bulan, dia didiagnosis menghidap cerebral palsy. Alpesh dan isterinya membeli kerusi roda dan menaik taraf rumah mereka di London dengan teliti untuk menjadikannya lebih mudah diakses oleh Harri.

    Sedekad berlalu dan Harri masih menghadapi halangan fizikal, dari pintu depan sekolahnya ke anak tangga besar di hadapan kedai gunting rambut tempatan. Mujurlah rumah mereka di London dan rumah percutian yang mereka beli di kawasan pedalaman Norfolk, sejauh dua jam pemanduan, menjadi tempat yang lebih mudah diakses untuk keperluannya.

    Malah, niat ingin membantu menjadikan perjalanan lebih mudah diakses mendorong Alpesh untuk cuba menjadi hos beberapa tahun lalu. Mereka berkongsi kediaman kedua mereka apabila mereka tidak menggunakannya, dan pendapatan daripada itu membantu mereka untuk terus memilikinya.

    Menimba ilmu sepanjang jalan

    Sebagai tuan rumah dan bapa kepada tiga orang anak, Alpesh tidak yakin dia mempunyai masa untuk menambah pengehosan ke jadualnya yang sedia padat. Tetapi dia mahu orang lain dapat menikmati percutian yang tenang.

    Alpesh tidak pernah mencuba Airbnb sebagai tetamu atau hos, tetapi percaya dia akan belajar dalam perjalanannya sebagai hos. “Saya seronok apabila dapat berkongsi ruang dengan ciri kebolehcapaian di Airbnb—saya menggelarnya khazanah tersembunyi kecil kami. Kami benar-benar sukakan kediaman kami, dan kami telah menjadikan semua tingkat boleh diakses, jadi kami terfikir, mengapa tidak berkongsi dengan orang lain?”

    Alpesh mendapati mudah sahaja untuk menyenaraikan banglo empat bilik tidurnya dan membuat persediaan menyambut tetamu pertamanya. Tambahan pula, jirannya yang membantu dengan pembersihan dan daftar masuk dapat meminimumkan masa yang digunakannya bagi setiap tempahan.

    Merancang untuk kebolehcapaian—di dalam dan di luar

    Rumah satu tingkat di Norfolk milik Alpesh merangkumi pelbagai ciri kebolehcapaian: akses tanpa tangga yang terang ke dalam dan ke seluruh ruang, tempat letak kenderaan yang boleh diakses, katil perubatan dengan tilam yang mudah dibersihkan serta kerusi jamban dan alat pengangkat mudah alih.

    Alpesh paling sukakan taman mereka kerana ia ruang yang boleh dinikmati bersama Harri, dan ia dapat juga menampung pelbagai tetamu. Laluan berliku yang rata tanpa anak tangga menghubungkan dapur dengan tab mandi air panas untuk enam orang dan dek dengan pemandangan desa yang indah.

    “Pemandangan dari taman benar-benar menakjubkan,” kata Alpesh. “Apabila saya pergi ke sana sebelum tetamu sampai, saya menghabiskan kebanyakan masanya di taman.”

    Menambah nilai kepada perjalanan

    Alpesh menyedari bahawa ciri-ciri kebolehcapaian membantu membolehkan lebih ramai orang membuat perjalanan—dan menerima tetamu di rumah mereka adalah tindakan bijak semasa mereka tiada di sana.

    “Oleh kerana saya tidak dapat berkongsi rumah itu dengan keluarga saya sepanjang masa, saya suka dapat berkongsinya dengan orang lain,” kata Alpesh. “Saya mendapat kepuasan yang sama seperti keluarga saya berada di sana.”

    Beliau merancang untuk menjadikan pengehosan sebagai cara untuk membiayai sebuah lagi rumah luar bandar dengan ciri-ciri kebolehcapaian yang sesuai dengan keperluan Harri. Mereka mungkin juga berpindah ke sana secara kekal.

    “Itulah idea seterusnya,” kata Alpesh. “Kami akan cuba mencari satu tempat, mungkin sebidang tanah dan mungkin gudang besar, dan mengubah suainya—dan mungkin mengehoskannya di Airbnb sehingga saya dapat meyakinkan keluarga saya untuk berpindah dari London.”

    Bersedia untuk ketahui lebih lanjut?
    Cuba menjadi hos

    Sorotan

    • Mempunyai seorang anak lelaki yang merupakan pengguna kerusi roda telah menunjukkan kepada ayah ini betapa rumitnya perjalanan untuk sesetengah orang

    • Keghairahan beliau untuk menjadikan perjalanan lebih mudah diakses mendorong beliau untuk menerima tetamu di banglo desa beliau

    • Pemilik hartanah di London ini dapat menyesuaikan diri dengan menjadi hos walaupun dengan jadual yang sibuk

    Airbnb
    24 Ogo 2021
    Adakah ini membantu?