Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Perjalanan pasangan untuk menjadi hos rumah pokok impian mereka

    Dengan menyenaraikan kediaman utama mereka, hos ini telah menabung untuk projek impian mereka.
    Oleh Airbnb pada 13 Jan 2021
    Bacaan 24 minit
    Dikemas kini pada 28 Apr 2021

    Sorotan

    • Pasangan ini menerima tetamu di rumah mereka untuk menabung untuk rumah pokok yang mereka inginkan sejak sekian lama

    • Mereka mencipta ruang untuk memutuskan hubungan daripada dunia digital

    • Sebagai Superhost, mereka menemui tujuan yang lebih bermakna dalam membantu menghidupkan komuniti tempatan

    Superhost Taryn dan Colin dari Portland, Oregon, suka pengembaraan yang menarik. Dalam masa beberapa hari selepas pertemuan, mereka memanjat tebing batu dan melompat dari air terjun. Selepas mereka berpindah ke rumah zaman kanak-kanak Taryn di Portland, mereka memutuskan untuk memenuhi impian seumur hidup: untuk membina rumah pokok.

    Colin, yang jatuh cinta dengan hutan semasa kanak-kanak lagi dan membantu ibu bapanya membina rumah pokok mereka sendiri di Ohio ketika sudah dewasa, diilhamkan untuk membina rumah yang direka sepenuhnya, menggunakan pokok sebagai asasnya. Taryn, yang dibesarkan oleh seorang arkitek dan pereka dalaman dan gemar memanjat pokok sejak kecil, sangat tertarik. “Rumah pokok ini merupakan gabungan seimbang antara inspirasi luar dan impian reka bentuk,” katannya.

    Ini bukan sekadar rumah pokok biasa. Ia akan menjadi tempat untuk keluarga dan bakal tetamu mereka menikmati pemandangan, memutuskan hubungan dengan dunia digital, dan hidup di tengah-tengah barangan seni yang meraikan kemahiran tempatan.

    Taryn bekerja dalam bidang pakaian dan Colin dalam pengurusan pembinaan, jadi mereka mempunyai kemahiran untuk membina rumah pokok dan jenama hospitaliti yang unik. Mereka hanya perlu memikirkan cara untuk membiayanya.

    Gambar ihsan daripada Tiny House Expedition

    Menanam benih

    Perkara pertama yang Taryn dan Colin lakukan ialah menyenaraikan rumah Portland mereka di Airbnb. Mereka sememangnya menghabiskan kebanyakan hujung minggu mereka dengan berkhemah, jadi mengapa tidak menyewakan ruang mereka untuk membantu membiayai rumah pokok?

    Ini juga peluang untuk berlatih menjadi hos, dan ternyata mereka menyukainya. Tidak lama kemudian, mereka mula memantau statistik pengehosan mereka dan mempelajari tip dan helah baharu untuk menjadi hos di Pusat Sumber. Ketika mereka sudah sedia untuk membina rumah pokok, mereka telah menjadi Superhost.

    Apabila mereka menemui kawasan hutan seluas 16 hektar dengan pemandangan Mt. Adams di White Salmon, Washington, mereka terus bertindak. Sudah tiba masanya untuk mengubah impian menjadi kenyataan.

    Menerima tetamu di kediaman mereka telah menjadi batu loncatan untuk membantu membiayai projek mereka yang seterusnya, jadi mereka memutuskan untuk mencubanya semula. Kali ini, mereka membeli rumah kecil di mana mereka boleh menginap semasa pembinaan rumah pokok dan menerima tetamu apabila mereka tidak menggunakannya. Tempat itu mempunyai kemudahan asas sahaja, tetapi tetamu mereka menyukainya.

    “Kami risau jika tempat itu terlalu primitif untuk menjadi penginapan Airbnb, tetapi ternyata kami salah,” kata Colin. “Kami mendapat balik modal kami untuk Cedar Shack dalam tahun pertama menyewakannya.”

    Berada lebih tinggi daripada kanopi

    Taryn dan Colin berkata mereka bergantung kepada “pendedahan maksimum” yang diperoleh oleh penyenaraian mereka di Airbnb. “Kami tidak dapat [membina rumah pokok] tanpa Airbnb,” kata Taryn. “Kami yakin dengan pelan perniagaan kami kerana kami tahu kami akan mempunyai kadar penghunian yang tinggi.”

    Selepas setahun membina dan mempersiapkan ruang unik mereka untuk tetamu, mereka bersedia untuk membuka Rumah Pokok Klickitat di Airbnb pada Mac 2020. Sebaik sahaja penyenaraian mereka disiarkan secara langsung, pandemik melanda dan sebahagian besar negara ditutup.

    “Keadaan sangat sunyi,” kata Colin. “Kami tidak mendapat sebarang tempahan untuk 30 hari pertama selepas kami melancarkan tempat ini. Dan kami telah mempertaruhkan segala-galanya untuk menjalankan projek ini.”

    Tetapi ramai orang rindu untuk mengembara di tempat yang jarang dikunjungi, dan akhirnya tempahan masuk. “Jika difikirkan kembali, kami beruntung kerana dapat menghabiskan banyak masa di sana terlebih dahulu,” kata Colin. “Kami dapat menghayati sepenuhnya apa yang kami tawarkan. ”

    Memutuskan hubungan untuk berhubung semula

    Tiada wifi di Rumah Pokok Klickitat. Taryn dan Colin mencipta ruang untuk memutuskan hubungan diri daripada dunia digital dan berhubung semula dengan alam semula jadi.

    “Melihat keluarga memutuskan hubungan dengan dunia digital adalah sesuatu yang hebat," kata Taryn, yang telah membaca banyak ulasan tetamu mengenai manfaat menjauhkan diri daripada skrin. “Tetamu sangat seronok menikmati pengalaman tersebut. Mereka mengatakan bahawa mereka sudah lama tidak berbual dengan anak-anak mereka seperti ini.”

    Selain daripada buku tetamu, mereka menyediakan “almanac”, yang membolehkan tetamu —termasuk kanak-kanak dan peminat burung—meninggalkan catatan lapangan. Ia dipenuhi dengan catatan tentang beruang hitam, rusa, dan ayam belanda liar yang dilihat—termasuk lukisan kanak-kanak.

    Semuanya sebahagian daripada rancangan yang lebih besar. “Bagaimana kita menanam benih untuk orang menjadi pemelihara alam sekitar yang lebih baik? ” Taryn bertanya. “Menghubungkan orang dengan hutan belantara, supaya mereka dapat memahaminya dan oleh itu mengambil berat mengenainya, adalah sebahagian besar daripada visi kami. ”

    Bagaimana kita menanam benih untuk orang menjadi penjaga alam sekitar yang lebih baik?
    Superhost Taryn

    Seruan yang lebih tinggi

    Memandangkan Taryn dan Colin taksub dengan seni bina dan reka bentuk, mereka mahu rumah pokok mereka menjadi cantik dengan gayanya yang tersendiri. Jika ruang ini ingin dijadikan benar-benar unik, ia hendaklah dipenuhi dengan perkara-perkara yang unik.

    Mereka dengan bangganya mempamerkan seramik, cadar dan seni tempatan di rumah pokok— kedai di laman web mereka menampilkan jenama ini—dan mereka telah menyusun buku-buku mengenai rumah pokok di atas meja kopi, termasuk buku guru rumah pokok Pete Nelson yang memaparkan rumah pokok ibu bapa Colin.

    Taryn dan Colin bercita-cita untuk menjadi usahawan hospitaliti sepenuh masa. “Kami sentiasa mencari penginapan di mana kami boleh membina lima hingga 10 rumah pokok, dan meningkatkan usaha kami,” kata Colin.

    Tetapi mereka tidak hanya memikirkan masa depan kewangan mereka. Setelah menghabiskan banyak masa di kawasan luar bandar, mereka melihat rumah pokok yang meraikan flora asli dan pembuat tempatan membantu menghidupkan semula komuniti.

    “Kami sentiasa memikirkan bagaimana kami boleh mencetuskan dan menyumbang sesuatu,” kata Colin. “Sama ada pendidikan, pemeliharaan alam sekitar, atau membantu komuniti kurang berkemampuan mendapat pengalaman luar, semua ini sangat penting dalam visi kami.

    “Sangat penting bagi kami untuk bekerjasama dengan perniagaan kecil lain di kawasan ini untuk mempromosikan satu sama lain—aspek lain menggunakan Airbnb untuk mengukuhkan komuniti, bukan memecahbelahkannya. ”

    Berminat untuk menjadi hos penginapan unik?
    Ketahui lebih lanjut

    Sorotan

    • Pasangan ini menerima tetamu di rumah mereka untuk menabung untuk rumah pokok yang mereka inginkan sejak sekian lama

    • Mereka mencipta ruang untuk memutuskan hubungan daripada dunia digital

    • Sebagai Superhost, mereka menemui tujuan yang lebih bermakna dalam membantu menghidupkan komuniti tempatan

    Airbnb
    13 Jan 2021
    Adakah ini membantu?