Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Pasangan berkongsi kediaman mereka di dalam hutan.

    Dua peminat rumah kecil menikmati fleksibiliti menjadi hos
    Oleh Airbnb pada 19 Okt 2021
    Video 2 minit
    Dikemas kini pada 19 Okt 2021

    Sorotan

    • Superhost ini menawarkan kumpulan penginapan unik gaya tapak perkhemahan di luar bandar Georgia

    • Mereka suka dapat menjadi hos pada bila-bila masa dan dengan cara yang mereka mahu

    • Berhubung dengan tetamu membantu mereka dari segi kewangan dan emosi

    Ketika Superhost John dan Fin melawat New York beberapa tahun yang lalu, pasangan ini tiba di sebuah bilik hotel yang usang. Demi menyelamatkan lawatan mereka, mereka mencuba Airbnb buat kali pertama yang membawa mereka menyusuri jalan kediaman yang unik dengan karya seni bergantungan dari pokok.

    Saat mereka membuka pintu ke apartmen hos mereka, mereka disambut oleh boneka pakaian gergasi yang dilitupi dengan permata. “Kami mula seronok menjadi tetamu,” kata John. "Jika tidak, kami tak mungkin berpeluang melihat bahagian New York ini."

    Dan benih idea telah tertanam. John dan Fin menggambarkan diri mereka sebagai “nerda pemilik rumah kecil di kawasan pedalaman”. Mereka telah membina kabin seluas 304 kaki persegi di dalam hutan Eatonton, Georgia, dan merasakan kediaman kecil mereka ini berbaloi untuk dikongsi. Pada tahun 2018, mereka menyenaraikan gerabak Vardo di Airbnb.

    Mereka membuat komitmen pertama untuk tinggal di rumah kecil selepas bertemu dalam talian pada tahun 2010. Apabila Fin, seorang penganut Buddha dari Thailand, melawat John, seorang ahli imunologi di Miami, dia berkata rumahnya yang seluas 2,500 kaki persegi memerlukan terlalu banyak pembersihan, tidak kira siapa yang melakukannya.

    Mereka kemudian menubuhkan United Tiny House Association untuk menyokong kehidupan yang berpatutan dan mengendalikan festival rumah kecil. Tetapi apabila pandemik ini membantutkan kerja festival mereka, mereka memutuskan untuk menumpukan kepada menjadi hos penginapan unik.

    Antara Mac dan Ogos 2020, mereka menambah rumah kecil, yurt dan bas sekolah kepada koleksi penginapan unik mereka. Menjelang musim luruh, dengan mengamalkan langkah-langkah keselamatan Covid, tempahan melonjak. “Pendapatan pasif daripada Airbnb menyelamatkan kami,” kata John.

    Mereka sukakan fleksibiliti menjadi hos. Mereka boleh menjadi hos bila-bila mereka mahu dan menetapkan peraturan penginapan mereka sendiri, semuanya dari kabin kecil mereka di dalam hutan. Dan berkongsi landskap dan gaya hidup mereka dengan orang lain menyemarakkan semangat mereka.

    “Menjadi hos membolehkan saya mencipta keajaiban dengan mencipta sesuatu yang indah untuk orang lain,” kata Fin. “Apabila anda melihat sinar di mata seseorang, dan anda tahu anda membuat mereka gembira, itulah yang saya inginkan.”

    Berminat untuk menjadi hos penginapan anda sendiri?
    Cuba menjadi hos

    Sorotan

    • Superhost ini menawarkan kumpulan penginapan unik gaya tapak perkhemahan di luar bandar Georgia

    • Mereka suka dapat menjadi hos pada bila-bila masa dan dengan cara yang mereka mahu

    • Berhubung dengan tetamu membantu mereka dari segi kewangan dan emosi

    Airbnb
    19 Okt 2021
    Adakah ini membantu?