Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    6 langkah untuk membuka ruang anda kepada orang yang dipindahkan

    Berikut ialah cara anda boleh membuat persiapan untuk mengalu-alukan jiran yang memerlukan bantuan pada masa yang sukar.
    Oleh Airbnb pada 23 Jul 2019
    Bacaan 4 minit
    Dikemas kini pada 7 Dis 2020

    Sorotan

    • Tempat penginapan percuma boleh membantu jiran yang kehilangan tempat tinggal kembali bertenaga dan bangkit semula

    • Bantu memastikan ruang anda sesuai untuk bakal tetamu dengan menghantar mesej kepada mereka mengenai keperluan mereka

    • Oleh kerana ramai orang yang terpaksa meninggalkan rumah mereka mungkin menghadapi gangguan emosi, penting untuk menghormati ruang mereka jika mereka meminta privasi

    Open Homes kini Airbnb.org

    Program Open Homes Airbnb telah berkembang menjadi Airbnb.org, sebuah organisasi bukan untung 501(c)(3) baharu. Terima kasih kerana mencipta komuniti Open Homes bersama kami. Kami teruja jika anda menjadi sebahagian daripada bab baharu ini.

    Apabila bencana berlaku, anda boleh menawarkan ruang anda kepada orang yang dipindahkan daripada rumah mereka, pekerja bantuan, dan orang lain yang terjejas oleh peristiwa ini dengan program Open Homes Airbnb. Menawarkan ruang tambahan anda dan katil yang selesa boleh membantu anggota komuniti anda kembali bertenaga, merancang langkah seterusnya, dan bangkit semula.

    Ketahui apa yang disyorkan oleh ahli kakitangan organisasi bukan untung dan hos terdahulu untuk mempersiapkan ruang anda untuk menjadi hos kepada jiran yang telah meninggalkan rumah mereka. Kami akan membimbing anda melengkapkan enam langkah yang perlu diambil untuk membuka ruang anda kepada orang ramai yang belum dapat pulang ke rumah mereka.

    Bersiap sedia untuk menjadi hos

    Menjadi hos adalah mudah—anda hanya perlukan seluruh ruang dengan katil yang selesa. “Tekanan yang kebanyakan orang alami selepas bencana hampir sama beratnya dengan kejadian itu sendiri—jadi menawarkan keselamatan, perlindungan dan tempat penginapan ialah pelaburan yang besar dalam kesejahteraan dan masa depan mangsa yang dipindahkan,” ujar Michael Bowers, yang mengetuai operasi kemanusiaan untuk Mercy Corps.

    Dengan menyediakan penginapan yang selamat, anda sudah membantu orang dalam komuniti anda dengan cara yang bermakna pada waktu yang sukar.

    Jawab permohonan

    Anda akan mendapat mesej daripada orang yang sedang mencari tempat penginapan dan fikir bahawa ruang anda mungkin sesuai. Sebelum menerima permohonan tempahan, anda akan dapat berbual melalui pemesejan Airbnb dengan bakal tetamu untuk lebih memahami keperluan mereka. Sebelum menerima permohonan, anda boleh bertanya tentang bilangan tetamu, haiwan peliharaan, dan sebarang maklumat lain yang akan membantu anda mengetahui apa yang boleh dijangkakan.

    Andrew dan Gabriela Berk, yang membuka kediaman mereka di Los Angeles kepada orang yang terjejas akibat kebakaran hutan pada November 2018, mengambil masa beberapa hari untuk mula menerima permohonan di Airbnb. “Meremang bulu roma apabila kami mendapat mesej,” kata Andrew. “Mesej itu berkata: ‘Ibu saya baru saja kehilangan rumahnya. Dia dipindahkan ke Chico, dan kemudian sekali lagi ke bandar lain.’” Selepas berbalas mesej dengan keluarga tersebut, pasangan Berk menawarkan kepada mereka ruang studio tambahan di sisi rumah mereka.

    Fikirkan tentang peralatan mandian, wifi, dan banyak lagi

    Apabila mempersiapkan ruang anda, Bowers menggalakkan hos untuk “memikirkan pelbagai perkara yang anda boleh manfaatkan di rumah anda sendiri.” Keperluan penting seperti bekalan pembersihan, tuala bersih, dan kelengkapan mandi, serta akses kepada wifi dan dobi, semuanya membantu. Beliau juga menyatakan, “keperluan asas yang tersedia di kabinet bilik mandi anda atau di bawah rak sinki dapur anda” mungkin sangat berguna. “Ini yang tidak lagi dimiliki oleh kebanyakan orang. ”

    Tawarkan keselesaan seperti di rumah sendiri

    “Apabila anda kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran hutan, gempa bumi, atau bencana alam semula jadi yang lain, ia merupakan masa yang sangat menekankan dan emosional,” kata Felicia Carmichael, yang menguruskan hubungan korporat untuk All Hands and Hearts Smart Response. “Untuk dapat pulang ke rumah pada penghujung hari—bukan bilik hotel yang steril atau gimnasium yang penuh dengan orang ramai—adalah pengalaman yang sangat menyenangkan. ” Selimut tambahan atau nota peribadi boleh membuat tetamu rasa dihargai.

    “Rumah adalah tempat anda pergi untuk bersama keluarga anda, untuk memasak, untuk berehat,” katanya. “Ia tempat untuk merasa selesa. ”

    Bercakap dengan tetamu sebelum mereka mendaftar masuk

    Selepas anda menerima tempahan, sila hantar SMS atau mesej kepada tetamu anda mengenai perkara yang akan membuat mereka selesa semasa penginapan mereka. Jiran anda mungkin mempunyai barang-barang yang mereka perlukan—seperti kereta sorong bayi, pengecas telefon, atau keperluan penting lain. Menawarkan barang tambahan seperti bar tenaga, bahan bacaan, dan/atau mainan yang sesuai dengan usia untuk kanak-kanak tidak diharapkan, tetapi ia adalah peluang untuk berusaha lebih jauh.

    Apabila keluarga Berk bersiap sedia untuk menjadi hos, Gabriela bersemangat untuk membeli pakaian dan barangan runcit untuk tetamu mereka, sementara Andrew gementar kerana bimbang mereka salah anggap tentang keperluan mereka. “Saya suka pepatah, 'memberi kail adalah lebih baik daripada memberi ikan,’” katanya. “Saya fikir, 'Tunggu, mari kita bercakap dengan mereka terlebih dahulu dan melihat apa yang mereka perlukan’ - berbanding menawarkan sesuatu seperti troli besar penuh makanan. ”

    Fikirkan tentang privasi

    Sesetengah orang mahu bersembang dan berkongsi makanan dengan hos mereka, sementara yang lain lebih suka makan sendiri. Orang yang terpaksa meninggalkan rumah mereka mungkin menghadapi masalah emosi. Oleh itu, penting untuk menghormati ruang mereka jika mereka meminta privasi. Sila bertanya berapa banyak privasi yang mereka inginkan pada bila-bila masa dalam proses ini.

    “Saya tidak dapat memahami kesakitan yang dialaminya,” kata Gabriela tentang tetamu. “Dia kehilangan semuanya.” Andrew mengulangi sentimen isterinya. “Memberikan ruang dan privasi kepada mereka sangat penting bagi kami,” katanya, “kerana kami tidak tahu apa yang mereka lalui daripada segi emosi dan juga luaran.”

    Dengan membuka ruang anda selepas bencana kepada orang yang belum dapat kembali ke rumah mereka, anda boleh membantu komuniti anda pulih daripada satu peristiwa dan membina ketahanan.

    Sertai komuniti yang semakin berkembang yang membuka kuasa perkongsian semasa masa genting.

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Sorotan

    • Tempat penginapan percuma boleh membantu jiran yang kehilangan tempat tinggal kembali bertenaga dan bangkit semula

    • Bantu memastikan ruang anda sesuai untuk bakal tetamu dengan menghantar mesej kepada mereka mengenai keperluan mereka

    • Oleh kerana ramai orang yang terpaksa meninggalkan rumah mereka mungkin menghadapi gangguan emosi, penting untuk menghormati ruang mereka jika mereka meminta privasi

    Airbnb
    23 Jul 2019
    Adakah ini membantu?