Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    4 cara untuk menyokong pekerja bantuan apabila berlaku bencana

    Berikut ialah cara untuk mempersiapkan ruang anda untuk golongan yang membantu membina semula komuniti.
    Oleh Airbnb pada 18 Jul 2019
    Bacaan 3 minit
    Dikemas kini pada 7 Dis 2020

    Sorotan

    • Selepas bencana, organisasi bukan untung dan kerajaan sering menghantar pekerja bantuan untuk membina semula komuniti

    • Sebagai hos Open Homes yang menyediakan tempat penginapan percuma, anda perlu memberitahu tetamu anda tentang ruang, kemudahan, dan kawasan sekitar tempat anda

    • Pekerja bantuan seringkali bekerja dalam syif 12 jam, jadi anda disarankan untuk mempersiapkan ruang anda dengan mengambil kira hari kerja yang panjang

    Open Homes kini Airbnb.org

    Program Open Homes Airbnb telah berkembang menjadi Airbnb.org, sebuah organisasi bukan untung 501(c)(3) baharu. Terima kasih kerana mencipta komuniti Open Homes bersama kami. Kami teruja kerana anda menjadi sebahagian daripada fasa baharu ini.

    Selepas dilanda bencana, komuniti berganding bahu untuk membantu golongan yang terjejas. Walaupun bantuan segera diperlukan, dalam sesetengah keadaan usaha pemulihan berlarutan beberapa bulan selepas itu.

    Pada peringkat pemulihan, organisasi bukan untung dan agensi kerajaan mengerahkan pekerja bantuan untuk membantu komuniti yang terjejas ketika mereka membina kekuatan untuk pulih. Pekerja bantuan dan sukarelawan—yang membantu menjayakan projek seperti membaiki sambungan internet dan membina semula rumah dan jalan utama—boleh mencari tempat penginapan yang berhampiran dengan tempat kerja mereka melalui program Open Homes Airbnb.

    Kami telah berbincang dengan pekerja bantuan dan pengurus organisasi bukan untung tentang cara mempersiapkan seluruh ruang untuk menempatkan pekerja bantuan semasa mereka memberikan bantuan. Berikut adalah senarai lima cara anda boleh menyokong penginapan pekerja bantuan, supaya mereka boleh memberi bantuan kepada mangsa bencana dengan berkesan—dan memberi tumpuan kepada kerja-kerja kritikal yang perlu dilakukan.

    Balas mesej tentang kediaman anda

    Pekerja bantuan, sukarelawan, atau ahli kakitangan organisasi bukan untung mungkin akan menghubungi anda untuk bertanya soalan tentang ruang anda, termasuk bilangan katil dan bilik tidur, dan tarikh mereka yang sebenar. Terdapat pelbagai jenis ruang yang mungkin sesuai dengan keperluan mereka.

    Berkongsi maklumat terperinci tentang kediaman anda sebelum meneruskan proses tempahan boleh memastikan ruang anda dilihat sesuai oleh kumpulan ini. “Peralatan ialah perkara utama yang kami uruskan,” kata Felicia Carmichael, yang menguruskan hubungan korporat untuk All Hands and Hearts. “Anda disarankan untuk mengambil tahu terlebih dahulu sama ada terdapat ruang untuk meletak trak besar atau halaman belakang untuk menyimpan bahan. ”

    Tanya tentang kemudahan yang diperlukan oleh pekerja bantuan

    Mempunyai akses kepada kemudahan asas seperti cadar bersih, tuala, dan mesin basuh boleh membuat mereka berasa selesa seperti di rumah sendiri. “Pekerja mungkin menguruskan ratusan sukarelawan sehari dan memerlukan ruang untuk mencuci pakaian atau memasak makanan,” kata Kellie Bentz, yang mengetuai pasukan Tindak Balas & Bantuan Bencana Airbnb.

    Pertimbangkan untuk berkongsi pengetahuan anda tentang kawasan ini

    Sebelum pekerja bantuan tiba di kediaman anda, dan sepanjang penginapan mereka, anda boleh berkongsi maklumat tentang jalan di tempat anda, maklumat keselamatan, kedai runcit, dan sumber lain yang berkaitan. Pengetahuan unik anda tentang kawasan sekitar amat berharga—dan boleh membantu pekerja bantuan memaksimumkan masa mereka di tempat mereka bertugas.

    “Kami memberi bantuan dengan segera, dan ada kalanya kami tidak berapa tahu jalan di kawasan sekitar,” kata Carmichael. Pengurus organisasi bukan untung sering menggalakkan orang yang menjadi hos kepada pekerja bantuan untuk berkongsi maklumat yang hanya diketahui oleh penduduk tempatan tentang kawasan sekitar, seperti jalan yang disekat oleh pokok dan serpihan.

    Jika anda akhirnya tidak bertemu pekerja bantuan yang menginap di ruang anda secara peribadi, anda boleh berkongsi maklumat ini pada bila-bila masa dalam mesej di Airbnb.

    Siapkan kediaman anda dengan mengambil kira hari kerja yang panjang

    Dengan menjadi hos kepada pekerja bantuan dan sukarelawan, anda sudah mengambil langkah yang bermakna untuk membantu komuniti anda pulih. Jika anda menginap berhampiran dan ada kemampuan, inisiatif seperti menyediakan peti sejuk dengan snek sihat dan menyediakan air minuman bersih—atau hanya meninggalkan nota terima kasih kepada mereka atas usaha mereka membina semula komuniti anda—boleh membuat mereka rasa amat dihargai.

    “Pekerja bantuan lazimnya bekerja 12 jam sehari, 7 hari seminggu,” kata Bowers. “Jadi amat penting untuk memastikan pemakanan sihat dan minum yang cukup.”

    Sertai komuniti yang semakin berkembang yang memanfaatkan kuasa perkongsian pada masa yang memerlukan.

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Sorotan

    • Selepas bencana, organisasi bukan untung dan kerajaan sering menghantar pekerja bantuan untuk membina semula komuniti

    • Sebagai hos Open Homes yang menyediakan tempat penginapan percuma, anda perlu memberitahu tetamu anda tentang ruang, kemudahan, dan kawasan sekitar tempat anda

    • Pekerja bantuan seringkali bekerja dalam syif 12 jam, jadi anda disarankan untuk mempersiapkan ruang anda dengan mengambil kira hari kerja yang panjang

    Airbnb
    18 Jul 2019
    Adakah ini membantu?