Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan
    Kandungan ini tidak tersedia dalam bahasa pilihan anda, jadi kami telah menyediakannya dalam bahasa terdekat yang tersedia buat masa ini.

    10 cara untuk memanfaatkan pengehosan percutian sepenuhnya

    Daripada menetapkan harga anda hingga menambah sentuhan perayaan, berikut ialah tip terbaik kami.
    Oleh Airbnb pada 1 Okt 2019
    Bacaan 4 minit
    Dikemas kini pada 5 Mac 2020

    Sorotan

    • Berikan perhatian khusus kepada Malam Tahun Baru—ia merupakan salah satu malam yang paling banyak ditempah dalam setahun!

    • Jangan lupa untuk menyekat tarikh apabila anda tidak tersedia untuk menjadi hos

    • Ada kebaikannya untuk menetapkan harga musim sibuk anda seawal mungkin—tetamu sering membuat tempahan jauh lebih awal

    • Tambah sentuhan perayaan untuk menjadikan penginapan tetamu anda lebih mudah diingati

    Musim percutian semakin dekat. Adakah anda bersedia untuk musim tempahan yang sibuk? Daripada memanfaatkan permintaan yang tinggi hingga menambah sentuhan perayaan di seluruh ruang anda, ada banyak cara untuk memanfaatkan musim percutian ini. Berikut ialah 10 tip terbaik kami.

    1. Jadi antara yang terawal

    Adakah anda tahu bahawa Malam Tahun Baru adalah salah satu malam Airbnb yang paling banyak ditempah dalam setahun? “Kami biasanya menerima tempahan untuk Malam Tahun Baru seawal bulan Ogos,” kata Branka dan Silvia dari Zagreb, Croatia. Dan bukan hanya Tahun Baru. Tetamu biasanya membuat rancangan perjalanan mereka beberapa bulan lebih awal, jadi ada kebaikannya untuk mengemas kini kalendar anda untuk musim ini. Anda tidak mahu bakal tetamu menempah ruang anda sebelum anda berpeluang mengemas kini harga, ketersediaan, dan syarat-syarat lain.

    2. Rancang kalendar anda

    Adakah rancangan percutian anda sudah siap sedia? Pastikan anda sekat tarikh dalam kalendar yang anda tidak boleh—atau mungkin tidak—boleh menjadi hos. Dan jika anda menyenaraikan ruang anda di laman web lain, gunakan ciri penyegerakan kalendar untuk mengelakkan tempahan berganda dan pembatalan yang berkaitan.

    3. Ambil perhatian tentang acara khas

    Selain musim percutian seperti Diwali, Hanukkah, Krismas, dan Kwanzaa, sesetengah bandar menganjurkan acara khas yang menarik ramai pelawat. Adakah sebarang perayaan tempatan atau konsert popular akan berlangsung? Anda perlu tahu tarikh-tarikh penting ini apabila anda menetapkan kalendar. Sentiasa ambil tahu tentang perkara yang akan berlangsung di kawasan anda dengan berhubung dengan biro pelancongan tempatan anda, menyertai kumpulan media sosial, dan mendaftar dengan aplikasi atau laman web acara.

    4. Bermain dengan harga

    Lakukan sedikit penyelidikan pasaran untuk memikirkan cara terbaik untuk menetapkan harga penginapan anda untuk musim ini. Ini bermakna memerhati pesaing, sama ada hos Airbnb lain atau hotel tempatan. Pilihan lain? Hidupkan Harga Pintar, yang akan mengemas kini kadar semalam anda secara automatik berdasarkan tetapan anda dan lebih 70 faktor yang boleh mempengaruhi harga, termasuk permintaan bermusim. Pastikan anda menetapkan harga minimum supaya kadar anda tidak akan kurang daripada harga yang anda rasa selesa.

    5. Pertimbangkan syarat penginapan minimum

    Setelah anda tahu semua musim percutian dan tarikh penting lain, suaikan tetapan dalam kalendar anda. Ramai hos memilih untuk menetapkan syarat penginapan minimum pada tarikh popular. Mewajibkan tetamu menempah bilangan malam minimum boleh mengurangkan masa menguruskan ruang anda—dan pembersihan!—sambil memaksimumkan pendapatan anda.

    6. Semak semula Peraturan Penginapan anda

    Dengan semua perayaan yang akan datang, sekarang masa yang sesuai untuk menjelaskan apa yang tetamu boleh dan tidak boleh lakukan di ruang anda. Adakah mereka dibenarkan menganjurkan parti Malam Tahun Baru? Bagaimana kalau ada beberapa ahli keluarga datang untuk makan malam Hari Kesyukuran? Anda mungkin mahu menjadikan Peraturan Penginapan anda lebih ketat atau longgar pada masa ini, dan mengingatkan tetamu bahawa mereka perlu bersetuju dengan peraturan ini sebelum mereka membuat tempahan. Catatan Editor: Kami telah mengemas kini Polisi Parti dan Acara kami pada bulan Disember 2019—kami menggalakkan anda untuk menyemak perubahan, terutamanya apabila anda bersedia untuk mengalu-alukan tetamu semasa musim perayaan.

    7. Sambut tetamu berkeluarga

    Bagi ibu bapa yang mengembara dengan kanak-kanak, ruang mesra keluarga boleh menjadi sesuatu yang menggembirankan. Tarik lebih ramai tetamu dan jadikan pengalaman mereka lebih menyeronokkan dengan menyediakan kemudahan yang disukai keluarga, seperti katil bayi, kerusi tinggi, mainan dan permainan papan. Pertimbangkan untuk memberi maklumat yang membantu tetamu menikmati bandar anda sepenuhnya. Superhost Elsie dari Nashville memasukkannya ke dalam buku panduan beliau. “Memperuntukkan ruang khusus dalam buku panduan anda untuk aktiviti yang boleh dilakukan dengan kanak-kanak sangat membantu.”

    8. Tambah sentuhan perayaan

    Ingin mencipta penginapan yang lebih istimewa untuk tetamu? Biar musim ini memberi inspirasi kepada anda, daripada mencantikkan ruang dengan hiasan percutian yang meriah hingga berkongsi makanan dan tradisi tempatan. “[Tetamu] benar-benar menghargai usaha tambahan dan suasana rumah yang selesa,” kata hos Kelly dan Larry dari New Braunfels, Texas. “Saya gembira apabila melihat mereka di beranda dengan labu yang dinyalakan atau di tepi pokok Krismas sambil menghirup coklat panas dalam koleh yang saya tinggalkan untuk mereka.”

    9. Fikirkan tentang cuaca

    Adakah kawasan anda mendapat banyak salji semasa musim cuti? Atau mungkin musim panas anda bermula pada bulan Disember. Pelawat mungkin tidak biasa dengan keadaan cuaca biasa rantau anda. Cuba sediakan barang-barang penting seperti payung, penyodok salji, atau juga pelindung suria di ruang anda—jenis kemudahan ini meningkatkan keselesaan tetamu. Dan jangan lupa memberikan semua arahan yang perlu diketahui. Sebagai contoh, hos Monica dari Ormstown, Kanada, memberitahu tetamu: “Laluan masuk dibersihkan oleh salah satu traktor kami apabila salji berhenti turun; anak tangga depan dan anjung adalah tanggungjawab tetamu.”

    10. Jangan lupa tentang keselamatan

    Untuk menangani isu cuaca, pemanas gas, penjana, dan cerobong asap anda mungkin lebih banyak digunakan dalam bulan-bulan yang lebih sejuk. Namun, penggunaannya boleh meningkatkan risiko kebakaran rumah dan keracunan karbon monoksida (CO). Lengkapkan ruang anda dengan satu atau lebih alat pemadam kebakaran, serta penggera asap dan karbon monoksida. Anda juga perlu menyelenggara cerobong asap dan ventilasi pemanasan setiap tahun, untuk memastikan tidak ada bahagian yang tersumbat atau berkarat. Ia adalah masa yang sibuk dalam setahun—lakukan beberapa langkah berjaga-jaga yang mudah supaya anda tidak perlu risau tentang keselamatan.

    Maklumat yang terkandung dalam artikel ini mungkin telah berubah sejak penerbitan.

    Sorotan

    • Berikan perhatian khusus kepada Malam Tahun Baru—ia merupakan salah satu malam yang paling banyak ditempah dalam setahun!

    • Jangan lupa untuk menyekat tarikh apabila anda tidak tersedia untuk menjadi hos

    • Ada kebaikannya untuk menetapkan harga musim sibuk anda seawal mungkin—tetamu sering membuat tempahan jauh lebih awal

    • Tambah sentuhan perayaan untuk menjadikan penginapan tetamu anda lebih mudah diingati

    Airbnb
    1 Okt 2019
    Adakah ini membantu?