Cadangan akan ditunjukkan selepas menaip dalam input carian. Gunakan anak panah atas dan bawah untuk menyemak. Gunakan enter untuk memilih. Jika pemilihan adalah frasa, frasa itu akan dimasukkan ke carian. Jika cadangan adalah pautan, penyemak imbas akan menavigasi ke halaman tersebut.
Cara
Tetamu

Menempah perjalanan: perkara yang perlu dilakukan jika anda pengguna baharu

Selamat datang ke Airbnb! Dari sini, anda boleh pergi ke mana-mana saja—tetapi sebelum itu, ini sedikit bantuan untuk memulakan perjalanan anda.

Perkenalkan diri anda kepada hos

Memang sudah tak sabar untuk mulakan carian, tetapi perkara pertama anda perlu lakukan: lengkapkan profil anda. Ini memberi bakal hos peluang untuk mengetahui tentang anda sambil menyemak permohonan perjalanan anda. Pastikan anda mengesahkan ID anda dan sertakan gambar profil, juga —sesetengah hos mewajibkannya.

Cari penginapan yang sesuai untuk anda

Bagi kami, merancang perjalanan sama seronoknya dengan membuat perjalanan. Setuju tak? Dengan berjuta-juta penginapan unik di seluruh dunia, anda pasti akan jumpa penginapan yang memenuhi semua keperluan anda, selesa dan sukar dilupakan.

Apabila mencari penginapan, sertakan tarikh dan bilangan tetamu anda untuk mendapatkan harga yang paling tepat. Semak perkara berikut dengan teliti untuk setiap penyenaraian:

  • Keterangan
  • Gambar
  • Ulasan
  • Peraturan penginapan
  • Kemudahan
  • Polisi pembatalan

Jangan ragu untuk menghantar mesej kepada hos dengan sebarang soalan sampingan—mereka biasanya akan menjawab dalam tempoh 24 jam.

Apabila anda sudah pasti dengan pilihan anda, tempah penginapan tersebut! Setiap hos mempunyai gaya masing-masing: ada yang senang membiarkan anda membuat tempahan dengan serta-merta, manakala yang lain mewajibkan anda menghantar permohonan kelulusan. Ketahui cara menempah dan apa yang boleh dijangkakan.

Nantikan jemputan dan tawaran istimewa

Jika anda menghantar mesej kepada hos mengenai tarikh-tarikh tertentu, mereka mungkin menjawab dengan jemputan atau tawaran istimewa. Anda memang bertuah! Ini bermakna anda boleh menempah serta-merta melalui jalur mesej tersebut, tetapi anda perlu bertindak pantas. Ketahui lebih lanjut tentang cara jemputan berfungsi.

Tempahan penginapan bergabung

Anda juga boleh membahagikan tempoh masa anda antara 2 penginapan yang berbeza. Ketahui cara menempah penginapan bergabung.

Adakah artikel ini membantu?

Artikel berkaitan

  • Bermula di Airbnb

    Sama ada anda ingin menempah penginapan impian jauh dari rumah atau menganjurkan Pengalaman Airbnb di halaman belakang anda sendiri, berikut…
  • Tetamu

    Cara menempah Tempahan Segera dan penyenaraian biasa

    Sebaik sahaja anda sudah bersedia untuk membuat tempahan, anda boleh menghantar permohonan kepada hos, atau menghantar mesej kepada mereka d…
  • Cara menempah dan tempahan berfungsi

    Di sinilah anda boleh mencari maklumat penting; seperti cara mengendali tempahan syarikat supaya anda dan pasukan anda boleh memberi tumpuan…
Dapatkan bantuan dengan tempahan anda, akaun dan banyak lagi.
Log masuk atau daftar