Menggunakan Zoom untuk menganjurkan pengalaman online
Sama ada Bingo Ratu Drag, bengkel astrologi atau kelas memasak bersama nenek-nenek dari Itali, semua Pengalaman Online Airbnb mempunyai satu persamaan—Zoom. Selain daripada menganjurkan pengalaman online anda melalui Zoom, anda juga akan menggunakannya untuk menghantar demonstrasi anda untuk diluluskan. Muat turun di sini.
Merakam demonstrasi anda
Sebagai sebahagian daripada proses penghantaran, kami akan meminta anda menggunakan Zoom untuk merekodkan demonstrasi pengalaman anda. Berikut ialah beberapa tip untuk membuat rakaman hebat.
Anda boleh menggunakan perkhidmatan lain untuk merakam video penyerahan anda, tetapi kami amat mengesyorkan anda menggunakan Zoom supaya anda dapat membiasakan diri dengannya untuk menganjurkan pengalaman anda.
Mengaktifkan akaun Zoom baharu anda
Apabila Pengalaman anda diluluskan, anda akan digesa untuk mengaktifkan akaun Zoom baharu dalam Tetapan pengalaman anda. Ini ialah akaun Zoom unik yang dipautkan kepada Pengalaman Airbnb anda—akaun baharu ini mesti menggunakan alamat e-mel yang berbeza daripada mana-mana akaun Zoom yang anda sudah ada.
Ia mungkin mengambil masa hingga 30 minit selepas anda melengkapkan semua langkah untuk status pengaktifan Zoom dikemas kini.
Menjadi hos
Mencari pautan Zoom anda
Tetamu anda akan menerima pautan Zoom yang unik untuk setiap sesi pengalaman anda pada kalendar anda. Terdapat 2 cara untuk mencari pautan:
- Dalam e-mel pengesahan yang dihantar setiap kali tetamu menempah
- Dalam e-mel peringatan yang dihantar sebelum pengalaman anda bermula
Mengawal kemasukan tetamu
Ciri Ruang menunggu Zoommembolehkan anda menentukan siapa yang menyertai pengalaman anda dengan membenarkan setiap tetamu masuk seorang demi seorang. Oleh itu, jika tetamu berkongsi pautan Zoom dengan tetamu lain yang tidak termasuk dalam tempahan mereka, anda tidak perlu membenarkan tetamu tambahan yang belum dibayar itu masuk. Walau bagaimanapun, anda boleh memohon bayaran untuk tetamu tambahan tersebut di Pusat Resolusi.
Mengesan dan Menyelesaikan Masalah
Jika anda ada isu yang berkaitan dengan Zoom, hubungi Pusat Bantuan Zoom. Jika tetamu anda menghadapi masalah, hantar artikel mengenai menghadiri pengalaman online ini kepada mereka.
Artikel berkaitan
- Hos pengalaman
Mengapa rakaman video untuk penyerahan pengalaman online saya ditolak?
Ketahui lebih lanjut tentang syarat-syarat penyerahan video khusus untuk pengalaman online. - Tetamu
Apa yang saya perlu tahu sebelum menghadiri Pengalaman Online di Zoom?
Sebelum anda menghadiri pengalaman anda, pastikan peranti anda memenuhi keperluan sistem Zoom dan uji sambungan internet anda dengan menyert… - Tetamu
Syarat-syarat tempahan untuk pengalaman
Anda hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan apabila anda menyertai pengalaman. Sesetengah aktiviti memerlukan kemahiran yan…