Cadangan akan ditunjukkan selepas menaip dalam input carian. Gunakan anak panah atas dan bawah untuk menyemak. Gunakan enter untuk memilih. Jika pemilihan adalah frasa, frasa itu akan dimasukkan ke carian. Jika cadangan adalah pautan, penyemak imbas akan menavigasi ke halaman tersebut.
Polisi komuniti

Membantu memastikan komuniti kami sihat

Semakin ramai ahli komuniti kami mengembara ke seluruh dunia dan mengalu-alukan warga global ke ruang mereka, semakin penting untuk kita berusaha mengekang penularan penyakit.

Perkara yang kami benarkan

  • Menangani penyakit ringan yang tidak dapat dielakkan: Jika hos atau tetamu menghidap penyakit ringan tetapi perlu teruskan menjadi hos atau membuat perjalanan, mereka mesti mengambil langkah-langkah berjaga-jaga apabila menginap di ruang yang dikongsi dengan ahli komuniti lain.

Perkara yang kami tidak benarkan

  • Pendedahan dan risiko pendedahan kepada penyakit berjangkit yang teruk: Mana-mana individu yang telah didiagnosis, terdedah kepada dan/atau menunjukkan simptom penyakit berjangkit tidak boleh berinteraksi dengan ahli komuniti lain dalam konteks tempahan. Sekatan sementara mungkin dikenakan ke atas penyenaraian dan akaun yang menunjukkan risiko penularan.
  • Kegagalan untuk mematuhi arahan kesihatan awam: Semua tetamu dan hos mesti mematuhi garis panduan penjarakan sosial dan memakai pakaian keselamatan yang sesuai selaras dengan garis panduan kesihatan awam untuk penyakit berjangkit (cth: COVID-19) apabila berada di kawasan umum atau di kalangan mereka yang bukan daripada kumpulan perjalanan mereka.
  • Kegagalan untuk membersihkan dengan betul: Hos mesti mematuhi proses pembersihan 5 langkah Airbnb yang dipertingkatkan.

Ketahui lebih lanjut mengenai Polisi Penginapan Kuarantin dan Pengasingan kami, Syarat kesihatan dan keselamatan untuk penginapan Airbnb, dan Garis panduan kesihatan dan keselamatan untuk tetamu pengalaman.

Kami sedia membantu

Jika anda menyaksikan atau mengalami tingkah laku yang bertentangan dengan polisi kami, sila beritahu kami.

Walaupun garis panduan ini tidak meliputi semua senario yang mungkin berlaku, ia direka untuk menawarkan panduan umum mengenai polisi komuniti Airbnb.

Adakah artikel ini membantu?

Artikel berkaitan

Dapatkan bantuan dengan tempahan anda, akaun dan banyak lagi.
Log masuk atau daftar