Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Menjadi jiran yang baik

    Sikap hormat menghormati bukan hanya diamalkan di dalam komuniti Airbnb, tetapi juga kepada orang di sekeliling kita. Sikap hormat menghormati itu termasuk mengelakkan daripada mengganggu jiran tetangga dengan parti, acara, bunyi bising, atau tingkah laku dan tindakan lain yang menggangu ketenangan fikiran.

    Perkara yang kami benarkan

    • Peraturan yang dibuat oleh hos: Kami menggalakkan hos menerangkan dengan jelas jangkaan mereka terhadap tetamu mereka dalam peraturan penginapan, keterangan penyenaraian, dan melalui jalur mesej Airbnb. Airbnb menetapkan standard minimum, tetapi hos perlu mempertimbangkan untuk memasukkan maklumat atau garis panduan tambahan yang disesuaikan dengan kejiranan mereka.
    • Acara hospitaliti profesional: Hanya perniagaan hospitaliti profesional seperti hotel atau inap sarapan boleh menawarkan acara berskala besar, dengan syarat ia tidak mengganggu komuniti sekitar atau sebaliknya mewujudkan gangguan komuniti.

    Perkara yang kami tidak benarkan

    • Parti dan acara yang mengganggu: Parti atau perhimpunan yang mengancam keselamatan atau mengganggu masyarakat sekitar tidak dibenarkan, tanpa mengira saiz. Ketahui lebih lanjut mengenai peraturan parti dan acara kami.
    • Senarai "Rumah pesta": Kecuali menjadi hos sebagai sebahagian daripada perniagaan hospitaliti profesional, hos tidak boleh mendorong atau membenarkan pesta atau acara dalam keterangan penyenaraian mereka atau di tempat lain.
    • Gangguan komuniti: Tingkah laku dan tindakan yang mengganggu termasuk merokok berlebihan di sekitar jiran atau merokok di kawasan yang dilarang merokok, membuang sampah, membuat bunyi bising yang melampau, atau menghalang akses jiran ke kediaman mereka tidak dibenarkan.

    Kami sedia membantu

    Jika anda atau orang lain berasa terancam atau tidak selamat, sila hubungi pihak berkuasa undang-undang tempatan terlebih dahulu untuk mendapatkan bantuan. Selain itu, jika anda menyaksikan atau mengalami tingkah laku yang bertentangan dengan polisi kami, sila beritahu kami.

    Walaupun garis panduan ini tidak meliputi setiap senario yang mungkin, ia direka untuk menawarkan panduan umum mengenai polisi komuniti Airbnb.

    Adakah anda mendapat bantuan yang anda perlukan?

    Artikel berkaitan