Cadangan akan ditunjukkan selepas menaip dalam input carian. Gunakan anak panah atas dan bawah untuk menyemak. Gunakan enter untuk memilih. Jika pemilihan adalah frasa, frasa itu akan dimasukkan ke carian. Jika cadangan adalah pautan, penyemak imbas akan menavigasi ke halaman tersebut.
Peraturan

Syarat kesihatan dan keselamatan untuk penginapan Airbnb

Semasa pandemik COVID-19, penting untuk menjaga kesihatan dan keselamatan. Kami telah mencipta satu siri amalan keselamatan COVID-19 mandatori untuk Hos dan tetamu penyenaraian Airbnb, berdasarkan panduan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Pusat Kawalan Penyakit AS. Di samping itu, anda harus lazim dengan garis panduan kesihatan dan keselamatan am untuk keselamatan COVID-19, sentiasa memantau sekatan dan nasihat perjalanan kerajaan yang berkenaan dan mematuhi semua undang-undang dan garis panduan negara dan tempatan.

Airbnb telah memperkenalkan garis panduan dan program untuk membantu menangani kebimbangan kesihatan dan keselamatan, tetapi langkah-langkah ini tidak dapat menyingkirkan semua risiko. Terutamanya jika anda berada dalam kategori risiko yang lebih tinggi (cth: orang yang berusia di atas 65 tahun atau orang yang mengalami masalah perubatan sedia ada seperti diabetes atau penyakit jantung), kami syorkan anda mendapatkan panduan profesional dan mengambil langkah berjaga-jaga tambahan apabila anda membuat keputusan untuk menempah penginapan atau pengalaman di Airbnb. Ketahui lebih lanjut mengenai garis panduan kesihatan dan keselamatan untuk Hos dan tetamu Pengalaman Airbnb.

Amalan keselamatan COVID-19 (wajib)

Pakai pelitup muka dan amalkan penjarakan sosial mengikut ketetapan undang-undang dan garis panduan tempatan

Berdasarkan ketetapan undang-undang atau garis panduan tempatan, semua Hos dan tetamu perlu bersetuju untuk:

  • Memakai pelitup atau penutup muka semasa berinteraksi secara bersemuka
  • Kekalkan jarak 6 kaki/2 meter antara satu sama lain sepanjang masa

Ikuti proses pembersihan 5 langkah Airbnb yang dipertingkat selepas setiap penginapan

Semua hos dan tetamu dikehendaki mematuhi amalan keselamatan COVID-19 yang digariskan di atas, di mana berkenaan, termasuk proses pembersihan 5 langkah Airbnb yang dipertingkat selepas setiap penginapan tetamu. Mana-mana hos atau tetamu yang berulang kali melanggar garis panduan ini boleh berhadapan akibat lain, termasuk penggantungan akaun atau penyingkiran daripada komuniti.

Panduan tambahan untuk mengembara dan menjadi hos semasa COVID-19

Jangan mengembara atau menjadi hos jika anda terdedah atau mempunyai simptom COVID-19 baru-baru ini

Bagi melindungi kesihatan dan keselamatan komuniti kami, polisi Airbnb melarang Hos (dan semua orang yang mungkin berada di penyenaraian sebelum atau semasa penginapan) memasuki penyenaraian mereka atau berinteraksi dengan tetamu mereka, dan tetamu tidak patut mendaftar masuk ke penyenaraian jika mana-mana yang berikut adalah benar:

  • Anda telah dijangkiti atau telah diuji positif dengan COVID-19 dalam tempoh 14 hari yang lalu
  • Anda mengesyaki anda dijangkiti atau telah terdedah dan sedang menunggu keputusan ujian untuk mengesahkan atau menyangkal diagnosis COVID-19
  • Anda mempamerkan simptom atau khuatir tentang dijangkiti oleh COVID-19
  • Anda telah mempunyai kontak rapat yang berterusan dengan individu yang disahkan atau disyaki dijangkiti COVID-19 dalam tempoh 14 hari yang lalu*

Untuk maklumat lanjut mengenai perkara yang perlu dilakukan sekiranya dijangkiti atau terdedah kepada COVID-19, semak dokumen berikut:

Cuci tangan anda dengan kerap

Pastikan anda cuci tangan anda dengan kerap, terutamanya jika anda berhubung dengan orang di luar tempahan anda dan menyentuh permukaan dan peralatan di ruang berkongsi atau kawasan umum.

  • Cuci tangan anda dengan betul dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat
  • Jika sabun dan air tidak tersedia, gunakan pensanitasi tangan yang mengandungi sekurang-kurangnya 60% alkohol; telangkupkan tangan anda dan gosok kedua-duanya sekali hingga terasa kering

Patuhi undang-undang atau garis panduan tempatan anda mengenai pelitup muka dan penjarakan sosial di kawasan umum dan ruang berkongsi

Apabila anda berada di kawasan umum atau ruang berkongsi (sebagai Hos atau tetamu), patuhi undang-undang dan garis panduan tempatan anda mengenai pemakaian pelitup muka dan amalkan penjarakan sosial dengan sesiapa sahaja yang bukan sebahagian daripada tempahan anda. Hos harus mempertimbangkan untuk menyediakan kemudahan daftar masuk tanpa kontak jika boleh.

Ingat, jika anda berasa tidak selesa menginap di bilik persendirian atau ruang berkongsi, pertimbangkan untuk menempah seluruh penginapan. Jika anda berasa tidak selesa menjadi hos bilik persendirian atau ruang berkongsi, anda boleh menyenaraikan seluruh penginapan anda, atau berhenti menjadi hos buat sementara jika itu tidak boleh dilakukan.

Hos juga harus mematuhi garis panduan tempatan mengenai menjadi hos bilik persendirian, ruang berkongsi dan jumlah orang yang dibenarkan berkumpul di penyenaraian.

Makluman: Mulai 20 Ogos 2020, Airbnb telah mengumumkan larangan global terhadap semua parti dan acara di penyenaraian Airbnb, dan jumlah tetamu dihadkan kepada 16 orang. Larangan parti ini terpakai kepada semua tempahan akan datang di Airbnb dan ia akan berkuat kuasa bagi tempoh masa yang tidak pasti, hingga notis lanjut. Baca Dasar Parti dan Acara kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Garis panduan tambahan untuk Hos bilik persendirian dan ruang berkongsi

Hos penyenaraian bilik persendirian atau ruang berkongsi juga perlu:

  • Hadkan bilangan tetamu dengan sewajarnya bagi membolehkan penjarakan sosial di semua kawasan umum berdasarkan ketetapan undang-undang atau garis panduan tempatan
  • Mengudarakan kawasan umum semasa penginapan, apabila keadaan selamat untuk berbuat demikian, seperti yang dinyatakan dalam protokol pembersihan
  • Membersihkan dan mensanitasi kawasan umum (seperti bilik mandi dan dapur) sekerap mungkin

Sesetengah kerajaan mungkin meletakkan sekatan ke atas penerimaan tetamu untuk bilik persendirian atau berkongsi, atau mengenakan kewajipan atau syarat tambahan ke atas ruang tersebut. Pastikan anda menyemak dan mematuhi sebarang panduan pembersihan dan keselamatan tambahan daripada kerajaan atau pihak berkuasa kesihatan di bidang kuasa tempatan anda.

Perkara yang perlu dilakukan jika anda diuji positif untuk COVID-19 semasa atau selepas penginapan anda

Jika baru-baru ini anda diuji positif untuk COVID-19 atau telah mula merasakan sebarang simptom COVID-19, pertimbangkan untuk memaklumkan sesiapa sahaja yang mungkin terjejas atau berpotensi terdedah, di samping daripada pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.

Adakah artikel ini membantu?
Dapatkan bantuan dengan tempahan anda, akaun dan banyak lagi.
Log masuk atau daftar