Langkau ke kandungan
    Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Adakah polisi keadaan peringan terpakai kepada tempahan saya semasa pandemik COVID-19?

    Artikel rasmikami menerangkan dengan terperinci bagaimana polisi keadaan peringan terpakai kepada pembatalan akibat COVID-19.

    Berikut ialah ringkasan untuk membantu anda menentukan sama ada tempahan anda layak.

    Tempahan anda layak jika semua perkara berikut adalah benar

    • Anda menempah pada atau sebelum 14 Mac 2020
      • dan tarikh daftar masuk antara esok dan 31 Oktober 2020
      • dan anda belum membatalkannya
      • dan anda belum mendaftar masuk
      • dan pandemik ini menghalang anda melengkapkan tempahan anda

    Jika semua perkara tersebut adalah benar, anda boleh membatalkannya sendiri dan anda akan diberi pilihan untuk pembatalan dan bayaran balik semasa proses berlangsung. Untuk membatalkan tempahan di bawah polisi ini, anda perlu mendokumenkan atau membuktikan bahawa anda tidak dapat melengkapkan tempahan anda akibat COVID-19.

    Catatan: Jika anda sakit kerana dijangkiti COVID-19, anda boleh membatalkan tempahan di bawah polisi ini tanpa mengira butiran tempahan anda dengan menghubungi pasukan sokongan komuniti kami. Anda akan diminta untuk mengesahkan perkara ini dengan dokumentasi.

    Tempahan anda tidak layak jika anda membuat pembatalan akibat COVID-19 dan mana-mana perkara berikut adalah benar

    • Tempahan dibuat selepas 14 Mac 2020 atau
    • Tarikh daftar masuk selepas 31 Oktober 2020 atau
    • Tempahan sudah dibatalkan atau
    • Anda sudah mendaftar masuk

    Jika anda tidak layak dan anda membatalkan tempahan, bayaran balik anda ditentukan oleh polisi pembatalan hos anda, dan kami akan paparkan jumlah bayaran balik anda sebelum anda mengesahkan pembatalan. Dalam kes ini, pembayaran hos dan bayaran balik tetamu dikeluarkan mengikut polisi pembatalan hos yang anda persetujui apabila anda membuat tempahan.

    Catatan: Apabila tempahan dibatalkan, Airbnb mengeluarkan semua pembayaran yang perlu dijelaskan kepada hos dan semua bayaran balik yang perlu dijelaskan kepada tetamu mengikut polisi pembatalan hos. Oleh sebab itu, tempahan yang dibatalkan sebelum perlindungan diumumkan atau dilanjutkan tidak akan dipertimbangkan semula.

    Pilihan tambahan jika tempahan anda tidak layak

    Jika rancangan anda fleksibel, anda mungkin mahu mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan hos anda untuk mengubah tempahan ke tarikh lain.

    Anda juga boleh menghubungi hos anda untuk memohon bayaran balik tambahan, dan jika mereka bersetuju, mereka boleh menggunakan Pusat Resolusi untuk memindahkan wang kepada anda dengan selamat.

    Butiran lanjut

    Kami terus memantau pandemik COVID-19 dan akan memberikan maklumat terkini tentang polisi pada 1 dan 15hb setiap bulan. Jika tempahan anda bermula selepas 31 Oktober 2020, sila semak semula pada 1 Oktober 2020 untuk maklumat terkini tentang kelayakan.

    Harap maklum bahawa polisi yang berbeza terpakai untuk tempahan domestik di tanah besar China dan untuk tempahan Luxe atau Luxury Retreats.

    Artikel berkaitan
    Adakah anda mendapat bantuan yang anda perlukan?

    Log masuk untuk mendapatkan sokongan peribadi

    Dapatkan bantuan dengan tempahan anda, akaun dan banyak lagi.
    Daftar