Cadangan akan ditunjukkan selepas menaip dalam input carian. Gunakan anak panah atas dan bawah untuk menyemak. Gunakan enter untuk memilih. Jika pemilihan adalah frasa, frasa itu akan dimasukkan ke carian. Jika cadangan adalah pautan, penyemak imbas akan menavigasi ke halaman tersebut.
Cara

Tip keselamatan untuk memilih penginapan

Membuat perjalanan secara umumnya bermaksud membelanjakan masa dan wang anda sendiri. Jadi anda perlu memastikan anda menemui penginapan yang sesuai dengan anda. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anda mengembara dengan yakin setelah mengetahui bahawa anda telah membuat keputusan yang betul.

Cari yang sesuai untuk anda

Pertama sekali, cari ruang yang sesuai dengan keperluan anda dengan menggunakan pilihan penapis carian kami. Apabila anda melihat tempat yang anda benar-benar suka, luangkan masa untuk membaca profil hos dan keterangan penyenaraian, memberi perhatian khusus kepada kemudahan, peraturan penginapan dan polisi pembatalan.

Baca penarafan dan ulasan

Kami sentiasa mengesyorkan anda membaca maklum balas daripada tetamu lain sebagai cara terbaik untuk mencari penginapan yang sesuai. Anda akan menemui penarafan berdasarkan perkara seperti kebersihan dan ketepatan, serta ulasan terperinci daripada rakan pengembara. Tetamu hanya boleh meninggalkan ulasan selepas perjalanan mereka, jadi anda boleh berasa yakin bahawa maklum balas dalam ulasan adalah daripada seseorang yang pernah menginap di sana.

Perlukan maklumat lanjut? Ketahui cara ulasan untuk penginapan berfungsi.

Semak ciri-ciri keselamatan

Anda disarankan untuk menyemak alat pengesan asap dan karbon monoksida di penginapan, yang boleh ditemui di senarai kemudahan di bawah Keselamatan rumah.

Baca lebih lanjut tentang pengesan asap dan karbon monoksida dalam Pusat Bantuan kami.

Dapatkan jawapan daripada hos

Alat pemesejan selamat kami adalah cara yang selamat dan mudah untuk anda bertanya bakal hos anda sebarang soalan sebelum membuat tempahan. Selepas membuat tempahan, anda juga boleh menghantar mesej kepada mereka untuk menyelaraskan daftar masuk, bertanya soalan tambahan dan terus berhubung sepanjang perjalanan anda. Ketahui lebih lanjut mengenai menghubungi hos.

Sentiasa berkomunikasi dan membayar di Airbnb

Pastikan diri anda, bayaran anda dan maklumat peribadi anda terlindung dengan berada di platfrom selamat kami sepanjang proses—daripada komunikasi, kepada tempahan dan bayaran. Anda seharusnya tidak sekali-kali diminta untuk menghantar wang melalui pindahan kawat, memberi maklumat kad kredit atau membayar terus kepada hos. Jika perkara ini berlaku, sila laporkan kepada kami dengan segera.

Lakukan pemeriksaan keselamatan

Setelah anda tiba, ada baiknya untuk mencari maklumat keselamatan dan peralatan kecemasan yang berkaitan, seperti alat pemadam api atau kit pertolongan cemas. Jika anda tidak pasti kedudukan sesuatu barang, jangan teragak-agak untuk bertanya hos anda. Anda patut bersedia sepanjang masa.

Kaji peringatan dan amaran perjalanan tempatan

Sama ada anda mengembara dengan Airbnb atau tidak, ada baiknya untuk mendapatkan maklumat tentang destinasi anda sebelum pergi, dan rujuk dengan kedutaan tempatan anda untuk sebarang amaran perjalanan atau keperluan khusus. Sebagai contoh, pelancong dari Amerika Syarikat perlu merujuk dengan Jabatan Negeri AS untuk maklumat visa dan amaran perjalanan. Ketahui lebih lanjut di halaman keselamatan hos & tetamu kami.

Kami sedia membantu

Jika berlaku kecemasan, sila hubungi perkhidmatan kecemasan tempatan atau pihak berkuasa undang-undang untuk mendapatkan bantuan.

Untuk isu keselamatan lain, kami sedia membantu anda 24 jam sehari. Baca lebih lanjut tentang cara untuk menghubungi kami di Pusat Bantuan kami.

Ingat: Dalam keadaan kecemasan, atau jika keselamatan peribadi anda terancam, hubungi pihak polis atau perkhidmatan kecemasan tempatan dengan segera.

Adakah artikel ini membantu?

Artikel berkaitan

Dapatkan bantuan dengan tempahan anda, akaun dan banyak lagi.
Log masuk atau daftar