Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Apakah yuran perkhidmatan Airbnb?

    Catatan: Artikel ini tidak menerangkan yuran untuk penginapan Airbnb Luxe, yang dikendalikan secara berasingan.

    Untuk membantu operasi Airbnb berjalan lancar dan untuk menampung kos produk dan perkhidmatan yang kami sediakan, seperti sokongan pelanggan 24/7, kami mengenakan yuran perkhidmatan apabila tempahan disahkan.

    Yuran untuk menempah tempat penginapan

    Kami ada dua struktur yuran perkhidmatan yang berbeza untuk menempah tempat penginapan: yuran tanggungan bersama di mana hos dan tetamu membayar yuran perkhidmatan, dan yuran tanggungan hos sahaja di mana hanya hos membayar yuran perkhidmatan.

    1. Yuran tanggungan bersama

    Struktur yuran ini paling lazim digunakan. Yuran perkhidmatan ditolak daripada pembayaran hos, dan yuran perkhidmatan dikenakan kepada tetamu.

    Yuran perkhidmatan hos

    Kebanyakan hos membayar yuran perkhidmatan sebanyak 3%, tetapi hos Airbnb Plus, hos yang mempunyai penyenaraian di Itali, dan hos yang menggunakan polisi pembatalan Sangat Ketat mungkin perlu membayar lebih banyak. Yuran ini dikira daripada jumlah kecil tempahan (kadar semalam campur yuran pembersihan dan yuran tetamu tambahan, jika berkenaan, tetapi tidak termasuk yuran Airbnb dan cukai) dan ditolak secara automatik daripada pembayaran hos.

    Untuk menyemak yuran perkhidmatan yang dikenakan untuk tempahan tertentu:

    1. Pergi ke Sejarah transaksi
    2. Di sebelah tempahan yang anda ingin semak, pilih kod tempahan
    3. Di bawah Pembayaran, anda akan temui Yuran Perkhidmatan Airbnb

    Yuran perkhidmatan tetamu

    Kebanyakan tetamu membayar yuran perkhidmatan yang tidak sampai 14.2% daripada jumlah kecil tempahan (kadar semalam campur yuran pembersihan dan yuran tetamu tambahan, jika berkenaan, tetapi tidak termasuk yuran Airbnb dan cukai). Yuran berbeza-beza berdasarkan pelbagai faktor tempahan dan dipaparkan kepada tetamu, termasuk semasa proses bayaran sebelum mereka membuat tempahan.

    2. Yuran tanggungan hos sahaja

    Seluruh yuran perkhidmatan ditolak daripada pembayaran hos, dan tiada yuran perkhidmatan Airbnb dibayar oleh tetamu.

    Yuran tanggungan hos sahaja biasanya antara 14% hingga 16% dan diwajibkan untuk hotel dan beberapa hos lain. Ia juga diwajibkan untuk hos yang bersambung dengan perisian, melainkan hos tersebut mempunyai majoriti penyenaraian mereka di Amerika Syarikat, Kanada, Bahamas, Mexico, Argentina, Taiwan, atau Uruguay. Hos Airbnb Plus, dan hos yang menggunakan polisi pembatalan Sangat Ketat mungkin perlu membayar lebih banyak. Yuran perkhidmatan yang dibayar oleh hos untuk penyenaraian yang terletak di Tanah Besar China ialah 10%.

    Yuran untuk Pengalaman Airbnb

    Yuran perkhidmatan hos

    Kami mengenakan yuran perkhidmatan 20% kepada hos yang menawarkan pengalaman. Ini dikira berdasarkan harga pengalaman dan ditolak secara automatik daripada pembayaran hos. Kami mengetepikan yuran ini untuk pengalaman impak sosial tertentu.

    Yuran perkhidmatan tetamu

    Buat masa ini kami tidak mengenakan yuran perkhidmatan tetamu untuk pengalaman.

    Caj VAT atas yuran perkhidmatan

    Bergantung kepada undang-undang bidang kuasa yang terlibat, VAT mungkin dikenakan selain daripada yuran perkhidmatan hos dan tetamu. Yuran perkhidmatan akan termasuk caj VAT jika berkenaan.

    Adakah anda mendapat bantuan yang anda perlukan?

    Artikel berkaitan