Cadangan akan ditunjukkan selepas menaip dalam input carian. Gunakan anak panah atas dan bawah untuk menyemak. Gunakan enter untuk memilih. Jika pemilihan adalah frasa, frasa itu akan dimasukkan ke carian. Jika cadangan adalah pautan, penyemak imbas akan menavigasi ke halaman tersebut.
Cara
Hos

Cara Tempahan Segera berfungsi

Tempahan Segera adalah cara yang mudah dan pantas untuk membolehkan tetamu menempah penginapan anda tanpa menunggu kelulusan anda. Anda boleh menambah beberapa parameter tetamu, seperti mewajibkan ulasan positif daripada hos lain.

Kelebihan Tempahan Segera

Manfaatnya termasuk:

  • Kemudahan: Terima tempahan tetamu tanpa perlu menjawab setiap permohonan.
  • Menarik minat lebih banyak tetamu: Tetamu boleh menggunakan penapis untuk mencari penyenaraian yang boleh ditempah serta-merta. Penyenaraian Tempahan Segera lebih popular di kalangan tetamu kerana mereka dapat merancang perjalanan mereka dengan lebih mudah.
  • Kedudukan carian: Tempahan Segera memberi kesan positif kepada kadar jawapan anda untuk penyenaraian anda, yang boleh meningkatkan kedudukan penyenaraian anda dalam hasil carian.
  • Status Superhost: Tempahan Segera juga boleh membantu anda mencapai status Superhost, yang memerlukan anda mengekalkan kadar jawapan 90%.

Hidupkan atau matikan Tempahan Segera

  1. Klik Penyenaraian dan kemudian klik penyenaraian yang ingin anda ubah
  2. Di bawah Editor penyenaraian, klik Ruang anda
  3. Ketik Tempahan Segera, dan hidupkan atau matikan Tempahan Segera
  4. Jika anda hidupkan Tempahan Segera, pilih syarat tetamu anda
  5. Klik Simpan

Apabila Tempahan Segera dihidupkan, ia terpakai kepada semua tarikh yang tersedia pada kalendar anda. Tetamu yang memenuhi syarat-syarat anda akan dapat menempah penginapan anda secara automatik.

Lihat Pusat Sumber dan ketahui pendapat hos lain tentang Tempahan Segera atau ketahui lebih lanjut tentang cara menyesuaikan tetapan Tempahan Segera anda

Adakah artikel ini membantu?

Artikel berkaitan

  • Tetamu

    Tempahan Segera

    Penyenaraian Tempahan Segera membolehkan tetamu yang memenuhi syarat hos untuk menempah serta-merta, tanpa perlu menghantar permohonan untuk…
  • Hos

    Tentang Airbnb.org

    Airbnb.org adalah organisasi bukan untung bebas dan beroperasi dengan sumbangan awam yang bekerjasama dengan organisasi bukan untung untuk m…
  • Hos

    Penentuan Harga Pintar semasa bencana dan kecemasan

    Kami mungkin mematikan Penentuan Harga Pintar buat sementara waktu untuk mengelakkan perubahan harga yang ekstrim dan mematuhi undang-undang…
Dapatkan bantuan dengan tempahan anda, akaun dan banyak lagi.
Log masuk atau daftar