Menjadi hos yang bertanggungjawab di Amerika Syarikat
Kami menggalakkan hos untuk berfikir dengan teliti tentang tanggungjawab mereka. Menjadi hos menawarkan pengalaman yang berharga, tetapi ia menuntut komitmen yang tinggi. Selain daripada syarat-syarat asas yang kami harapkan daripada semua hos, berikut ialah beberapa cara yang membolehkan anda menjadi hos yang bertanggungjawab.*
Kesihatan dan kebersihan
Maklumat global mengenai protokol pembersihan 5 langkah Airbnb yang dipertingkatkan boleh didapati dalam maklumat umum tentang menjadi hos penginapan.
Cadangan utama mengenai pembersihan
- Cadangan mengenai masa menunggu untuk memasuki ruang sebelum melakukan pembersihan dan disinfeksi daripada Pusat Kawalan Penyakit AS (CDC)
- Penjelasan mengenaicara membaca label kimia daripada Pentadbiran Keselamatan dan Kesihatan Kerja AS (OSHA)
Sumber am
- Untuk garis panduan pembersihan dan disinfeksi, cadangan sementara daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC)
- Untuk panduan Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS mengenai COVID-19, sumber EPA utama mengenai penyakit koronavirus
Keselamatan
Apakah yang boleh saya lakukan untuk memastikan ruang saya selamat untuk tetamu?
Prosedur Kecemasan
Maklumat Hubungan
Nyatakan nombor kecemasan tempatan dan hospital terdekat. Berikan nombor hubungan kecemasan yang jelas untuk diri anda, serta orang sandaran, untuk memudahkan tetamu merujuk. Jelaskan juga cara anda boleh dihubungi jika tetamu mempunyai soalan atau terdapat isu yang timbul.
Bekalan
Sediakan kit pertolongan cemas yang boleh didapati dengan mudah.
Pencegahan Kebakaran
Pastikan anda mempunyai penggera asap dan pengesan karbon monoksida yang berfungsi, dan kediaman anda mematuhi garis panduan keselamatan kerajaan bagi kawasan anda (contohnya, Kod Bangunan Antarabangsa). Pastikan anda menyediakan alat pemadam api yang berfungsi dan menyempurnakan penyelenggaraan yang diperlukan.
Laluan keluar
Pastikan anda mempunyai laluan keluar kecemasan yang ditandakan dengan jelas, dan tampalkan peta di kediaman anda.
Kurangkan bahaya
Privasi
Sentiasa ambil berat tentang privasi tetamu anda. Maklumkan sepenuhnya jika terdapat kamera keselamatan atau peralatan pengawasan lain di penginapan anda atau di sekitar penyenaraian anda. Pastikan anda tahu tentang undang-undang persekutuan, negeri, dan tempatan yang berkenaan dan mematuhinya.
Penghunian
Tetapkan had penghunian yang selamat - kerajaan tempatan anda mungkin mempunyai garis panduan.
Akses
Periksa seluruh kediaman anda untuk mengenal pasti kawasan yang tetamu boleh tersadung atau jatuh dan sama ada buang atau tandakan perkara yang mengundang bahaya dengan jelas. Baiki wayar yang terdedah. Pastikan tangga selamat dan mempunyai pemegang. Keluarkan atau kunci objek yang mungkin berbahaya kepada tetamu anda.
Keselamatan kanak-kanak
Pastikan kediaman anda selamat untuk kanak-kanak, atau maklumkan kepada tetamu tentang kemungkinan bahaya.
Iklim
Pastikan kediaman anda diudarakan dengan baik dan alat kawalan suhu ditandakan dengan jelas dan berfungsi. Pastikan tetamu jelas tentang cara menggunakan pemanas dengan selamat.
Jiran
Bagaimana caranya untuk mengelakkan masalah dengan jiran saya?
Peraturan bangunan
Pastikan anda menyampaikan peraturan kawasan umum bangunan kepada tetamu anda. Anda mungkin mahu memaklumkan jiran-jiran anda bahawa anda akan menerima tetamu, dan ingatkan tetamu untuk tidak mengganggu jiran anda (cth: jangan ketuk pintu atau bunyikan loceng mereka untuk membenarkan anda masuk).
Merokok
Jika anda tidak membenarkan tetamu merokok, kami cadangkan anda tampal tanda untuk mengingatkan tetamu. Jika merokok dibenarkan, pastikan anda menyediakan bekas abu di kawasan yang ditetapkan.
Tempat letak kereta
Pastikan anda menyampaikan peraturan tempat letak kereta untuk bangunan dan kawasan kejiranan anda kepada tetamu.
Bunyi bising
Ingatkan tetamu untuk tidak membuat bising. Pertimbangkan sama ada anda mahu membenarkan bayi, haiwan peliharaan, atau parti. Sediakan polisi mengenai tetamu yang ingin menjemput orang lain masuk, dan pastikan tetamu anda jelas tentang 'polisi parti' anda.
Haiwan Peliharaan
Jika anda membenarkan haiwan peliharaan, pastikan tetamu dimaklumkan tentang perkara tertentu seperti taman di tempat anda dan adat tempatan (contohnya, membersihkan najis anjing anda). Buat rancangan sandaran sebagai persediaan sekiranya haiwan peliharaan tetamu mengganggu jiran (seperti nombor telefon hotel haiwan peliharaan yang berhampiran).
Peraturan Penginapan
Untuk mengelakkan kejutan, anda mungkin mahu memasukkan maklumat yang dinyatakan di atas ke dalam Peraturan Penginapan anda ke dalam profil penyenaraian Airbnb.
Kebenaran
Siapa yang saya harus maklumkan bahawa saya menjadi hos di Airbnb?
Kontrak
Semak peraturan HOA atau Lembaga Ko-Op untuk memastikan tiada larangan terhadap subsewa--atau apa-apa sekatan lain terhadap pengehosan. Baca perjanjian pajakan anda dan semak dengan tuan rumah anda jika berkenaan. Anda boleh mempertimbangkan untuk menambahkan rider pada kontrak anda yang menangani perkara yang membimbangkan pihak-pihak ini dan menggariskan tanggungjawab dan liabiliti semua pihak.
Rakan serumah
Sekiranya anda mempunyai rakan serumah, anda mungkin perlukan perjanjian rakan serumah secara bertulis yang menggariskan beberapa perkara seperti kekerapan anda bercadang untuk menjadi hos, cara anda memastikan tetamu mematuhi Peraturan Penginapan, dan sama ada anda akan berkongsi pendapatan.
Jiran
Pertimbangkan sama ada anda harus memberitahu jiran tentang rancangan anda untuk menjadi hos, serta rancangan anda untuk memastikan tetamu anda tidak mengganggu.
Perumahan bersubsidi
Sekiranya anda tinggal di perumahan awam atau bersubsidi mungkin ada peraturan khusus yang berkaitan dengan anda. Pengurus harta tanah mungkin boleh menjawab soalan mengenai perkara ini.
Peraturan umum
Apakah peraturan tempatan yang berkaitan dengan saya?
Cukai
Pastikan anda meneliti syarat-syarat cukai tempatan atau lesen perniagaan yang mungkin terpakai. Ini mungkin merangkumi cukai hotel/penghunian sementara, jualan, cukai perolehan lain seperti Cukai Tambah Nilai (VAT) atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), atau cukai pendapatan.
Permit atau pendaftaran
Pastikan anda meneliti mana-mana peraturan tentang permit, zon, keselamatan dan kesihatan yang mungkin dikenakan. Pihak berkuasa yang mengawal penggunaan dan pembangunan harta tanah di kawasan anda mungkin mempunyai maklumat berguna mengenai peraturan-peraturan tersebut.
Kawalan sewa/penstabilan sewa
Jika anda tinggal di kediaman terkawal atau distabilkan, mungkin ada peraturan khusus yang terpakai kepada anda. Hubungi lembaga Sewa tempatan anda untuk bertanya soalan mengenai topik ini.
Peraturan tempatan
Pilih lokasi di bawah untuk membaca maklumat khusus bandar, daerah, atau rantau. Jika kawasan anda tidak disenaraikan, anda boleh membaca maklumat umum mengenai peraturan tempatan.
Perkara penting untuk diperiksa
Cukai
Cukai boleh menjadi rumit, dan anda perlu meluangkan masa untuk memahami peraturan yang terpakai kepada anda dan situasi khusus anda.
Ernst and Young telah menyediakan gambaran keseluruhan pertimbangan cukai untuk hos Airbnb yang berkaitan dengan cukai pendapatan sewaan AS: "Panduan am mengenai cukai pendapatan sewaan" Amerika Syarikat (Bahasa Inggeris) Ernst and Young. Maklumat ini memberikan gambaran keseluruhan tentang cara melengkapkan penyata cukai anda serta beberapa tanggungjawab cukai anda mengenai pendapatan yang anda peroleh daripada aktiviti hos anda di Airbnb dan platform hos lain. Maklumat yang disediakan oleh Ernst and Young berkaitan dengan cukai pendapatan AS secara eksklusif dan tidak termasuk sebarang panduan yang berkaitan dengan cukai penghunian, cukai hotel, cukai nilai tambah, atau cukai lain.
Penafian: Penyampaian Ernst and Young di Airbnb bukan satu pengendorsan. Nasihat percukaian adalah rumit, dan anda perlu melakukan usaha wajar anda sendiri apabila menerima nasihat. Airbnb tidak bertanggungjawab atas sebarang nasihat cukai atau nasihat lain yang diberikan oleh mana-mana entiti luar.
Insurans
Apakah insurans yang perlu saya dapatkan untuk melindungi kediaman saya?
Jaminan Hos
Airbnb menawarkan anda Jaminan Hos kami, tetapi harap maklum bahawa ini tidak menggantikan insurans pemilik rumah atau penyewa.
Perlindungan Asas
Semak polisi penyewa atau pemilik rumah anda dengan syarikat insurans anda untuk memastikan anda mempunyai perlindungan yang mencukupi.
Liabiliti
Pastikan anda mempunyai perlindungan liabiliti yang mencukupi serta perlindungan harta tanah.
Untuk maklumat lanjut mengenai cara Airbnb berfungsi, lawati Pusat Bantuan kami.
* Harap maklum bahawa Airbnb tiada kawalan terhadap tingkah laku Hos dan menafikan semua liabiliti. Kegagalan Hos untuk memenuhi tanggungjawab mereka boleh menyebabkan penggantungan aktiviti atau dibuang daripada laman web Airbnb.