Cadangan akan ditunjukkan selepas menaip dalam input carian. Gunakan anak panah atas dan bawah untuk menyemak. Gunakan enter untuk memilih. Jika pemilihan adalah frasa, frasa itu akan dimasukkan ke carian. Jika cadangan adalah pautan, penyemak imbas akan menavigasi ke halaman tersebut.
Cara

Ulasan hos dan tetamu untuk penginapan

Ulasan adalah penting untuk membantu membina kepercayaan di Airbnb—ia adalah cara penting untuk hos dan tetamu memberikan maklum balas kepada satu sama lain, membantu komuniti kami membuat keputusan yang bermaklumat, dan memahami apa yang boleh dijangkakan apabila membuat rancangan. Berikut ialah cara ulasan berfungsi untuk penginapan. 

Bila anda boleh memberi ulasan untuk penginapan

Hos dan tetamu ada masa 14 hari selepas daftar keluar untuk menghantar ulasan mereka. Tetamu dan hos juga boleh meninggalkan ulasan untuk tempahan tertentu yang dibatalkan pada atau selepas hari daftar masuk (12:00 pagi dalam zon waktu penyenaraian).

Ulasan disiarkan selepas kedua-dua pihak menghantar ulasan mereka, atau apabila tempoh 14 hari telah berakhir—yang mana lebih awal.

Jika hos membatalkan tempahan sebelum hari daftar masuk, hos atau tetamu tidak akan dapat meninggalkan ulasan untuk penginapan. Ketahui lebih lanjut mengenai jangka masa untuk meninggalkan ulasan.

Meninggalkan ulasan untuk penginapan

Selepas penginapan anda, Airbnb akan menghantar e-mel yang meminta anda meninggalkan ulasan untuk hos atau tetamu terkini anda. Di dalam e-mel, akan ada pautan ke halaman Ulasan supaya anda boleh berkongsi pengalaman penginapan anda dengan ahli komuniti lain. Jika anda tidak dapat mencari pautan dalam e-mel anda, anda juga boleh menulis ulasan terus di Airbnb:

Cari maklumat mengenai mengedit ulasan yang anda tulis, atau ketahui tentang membuang atau menjawab ulasan

Perhatian: Airbnb boleh mengumpul beberapa maklumat anda (cth: bandar dan negara anda, tarikh penginapan, jenis perjalanan, dan tempoh penginapan) untuk menunjukkan tetamu lain di halaman Ulasan penyenaraian. Untuk menyembunyikan jenis maklumat ini, hubungi kami.

Butiran pemberi ulasan dan perjalanan

Untuk membantu anda mengetahui lebih lanjut tentang tetamu yang menginap di penginapan dan menggunakan maklumat ini untuk menyemak sama ada penginapan memenuhi keperluan anda, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang pengulas, seperti:

  • Bandar, negara, benua atau rantau
  • Tarikh penginapan (contoh: Jun 2023, 3 minggu yang lalu, hari ini, dll.)
  • Jenis perjalanan (contoh: menginap dengan kanak-kanak, kumpulan, atau haiwan peliharaan)
  • Tempoh penginapan (contoh: menginap satu malam, beberapa malam, kira-kira seminggu atau lebih seminggu)

Perhatian: Maklumat ini akan berdasarkan maklumat umum di halaman profil pemberi ulasan atau maklumat lain yang dihantar oleh penulis ulasan untuk mendaftar di Airbnb atau menyelesaikan tempahan mereka. Untuk menyembunyikan maklumat anda, hubungi kami.

Penarafan ulasan

Untuk setiap ulasan, anda akan mendapat penarafan bintang keseluruhan yang diberikan oleh tetamu, pada skala dari 1 hingga 5. Bahagian penarafan keseluruhan akan menunjukkan taburan relatif penarafan bintang. Kami juga menunjukkan penarafan purata bagi setiap subkategori ini: Kebersihan, Ketepatan, Daftar masuk, Komunikasi, Lokasi dan Nilai. Ini adalah untuk membantu tetamu memahami apa yang boleh dijangkakan dan memaklumkan hos mengenai perkara yang boleh ditambah baik.

Semak paparan, carian dan pengisihan

Secara lalai, ulasan dipaparkan mengikut urutan kronologi, dengan ulasan terkini ditunjukkan terlebih dahulu. Pengguna juga disediakan alat untuk mencari dan mengisih ulasan. Menerusi halaman ulasan baharu yang lebih baik, terdapat alat untuk anda mengisih ulasan mengikut kekinian, penarafan tertinggi atau penarafan terendah, dan mencari menggunakan kata kunci (contoh: kebersihan, kelajuan internet, lokasi, dll.).

Penginapan Airbnb.org

Ulasan untuk penginapan Airbnb.org berfungsi dengan cara yang berbeza—ketahui lebih lanjut tentang cara ulasan berfungsi untuk penginapan Airbnb.org.

Adakah artikel ini membantu?

Artikel berkaitan

  • Tetamu

    Menulis ulasan

    Ingin memberi pujian tinggi melangit tentang tetamu atau perjalanan terkini anda? Kami sangat alukan. Pergi ke Ulasan pada pelayar web untuk…
  • Tetamu

    Mengedit ulasan yang anda tulis

    Anda boleh mengedit ulasan yang anda telah draf sehingga ulasan anda disiarkan.
  • Bagaimana ulasan berfungsi

    Ulasan ialah cara yang baik untuk hos dan tetamu memberikan maklum balas kepada satu sama lain. Berikut adalah maklumat mengenai cara dan pe…
Dapatkan bantuan dengan tempahan anda, akaun dan banyak lagi.
Log masuk atau daftar