Langkau ke kandungan
Kemudi ke hadapan untuk mengakses hasil yang dicadangkan

    Cleveland, OH

    Apabila membuat keputusan untuk menjadi hos Airbnb, adalah penting anda faham undang-undang di bandar atau daerah anda. Sebagai sebuah platform dan kemudahan pemasaran, kami tidak dapat memberi nasihat undang-undang, tetapi kami ingin memberikan beberapa pautan berguna yang boleh membantu anda memahami undang-undang dan peraturan di Cleveland dengan lebih baik. Senarai ini tidak menyeluruh, tetapi ia boleh membantu anda mula memahami undang-undang tempatan anda. Jika anda ada soalan, sila hubungi Suruhanjaya Perancangan Bandar, Jabatan Bangunan dan Perumahan atau berunding dengan peguam atau ahli cukai profesional tempatan.

    • Di manakah anda tinggal? Laman menjadi hos secara bertanggungjawab ini adalah khusus untuk bandar Cleveland. Peraturan yang berbeza mungkin terpakai kepada bandar-bandar lain berhampiran Cleveland, di Cuyahoga County tidak diperbadankan, dan lain-lain. Jika anda tinggal di bandar lain tetapi di luar sempadan bandar Cleveland, sila hubungi pentadbir bandar atau jabatan perancangan tempatan anda untuk maklumat lanjut.
    • Kod Zon Cleveland. Bahagian IIIB Kod Ordinan Cleveland, Kod Zon Cleveland, menetapkan kegunaan dibenarkan dan sekatan di bandar. Anda hendaklah merujuk kepada Kod Zon untuk melihat jika penyenaraian anda selaras dengan keperluan pengezonan atau takrif penggunaan. Syarat-syarat penting termasuk rumah apartmen, rumah bilik, rumah pelancongan, hotel, rumah kediaman, dan unit kediaman.
    • Lesen Perniagaan. Semua perniagaan di Ohio dikehendaki mendaftar dengan Setiausaha negeri Ohio dan mempunyai lesen perniagaan yang sah. Untuk maklumat lanjut mengenai proses pendaftaran, Ohio meringkaskan proses-proses untuk memulakan perniagaan di sini.
    • Cukai. Bandaraya Cleveland mengenakan Cukai Penginapan Sementara (TOT) sebanyak 3% terhadap pengusaha hotel yang menyediakan penginapan untuk tetamu bagi tempoh kurang daripada tiga puluh hari berturut-turut. Anda perlu mengkaji bahagian Cukai Penginapan Sementara Kod Perbandaran Cleveland untuk menentukan sama ada cukai ini terpakai kepada penyenaraian anda. Cuyahoga County mengenakan cukai katil yang berasingan sebanyak 5.5%. Airbnb memungut dan membayar cukai katil Cuyahoga County; maklumat lanjut mengenai proses ini boleh didapati di Pusat Bantuan kami di sini dan di sini.
    • Bangunan dan Piawaian Perumahan. Cleveland juga menguatkuasakan undang-undang dan peraturan-peraturan yang menyatakan piawaian minimum pembinaan, reka bentuk, dan penyenggaraan untuk bangunan, termasuk peraturan-peraturan kesesuaian untuk didiami, kesihatan, dan keselamatan. Peraturan-peraturan tertentu berkenaan kegunaan kediaman dan bukan kediaman mungkin ada kaitan dengan penyenaraian anda. Sila lihat Bahagian IIIC, D, dan E Kod Ordinan Cleveland, tersedia di sini.
    • Peraturan-peraturan Lain. Adalah penting untuk memahami dan mengikut kontrak atau kaedah-kaedah lain yang mungkin terpakai kepada anda, seperti pajakan, peraturan pemilikan kongsi masa, peraturan lembaga kondominium atau ko-op, peraturan HOA, atau peraturan yang ditetapkan oleh persatuan-persatuan penyewa. Sila baca perjanjian pajakan anda dan semak dengan hos anda jika perlu.

    Kami komited untuk bekerjasama dengan pegawai-pegawai tempatan untuk menjelaskan makna peraturan-peraturan ini dalam konteks ekonomi perkongsian, dan membantu mereka memahami cara Airbnb memberi manfaat kepada komuniti kami. Apabila perlu, kami akan terus memperjuangkan perubahan yang akan membolehkan orang-orang biasa menyewakan rumah mereka.

    Kemas kini Terakhir:16 Mei 2016

    Adakah anda mendapat bantuan yang anda perlukan?