Kemajmukan komuniti global kita menjadikan Airbnb satu kenyataan

Membina platform yang bersifat menerima bagi semua hos dan tetamu adalah sasaran utama kami, dan kami sentiasa berusaha menambah baiknya. 




Memahami prasangka dan kekitaan

Salah satu cara kami menentang diskriminasi adalah menerusi latihan prasangka luar sedar. Bagi membantu ahli kami memahami diskriminasi dan prasangka yang menjadi penyebabnya, kami mencipta alat ini yang meneroka prasangka dan faktor-faktor lain yang mempengaruhi keputusan manusia, walau tanpa pengetahuan mereka.

Bertindak bersama-sama

Warga Airbnb mendukung progres dengan bekerjasama dengan komuniti global kami. Di sinilah kami berkongsi alat untuk belajar dan mendukung idea daripada pemikir utama, berita mengenai status perkongsian penginapan, dan cara untuk bertindak.

Membantu hos kami mencipta semangat kekitaan

Persefahaman yang dikongsi bersama adalah penting untuk mewujudkan pengalaman Airbnb yang mesra dan inklusif. Pusat Bantuan kami yang telah diperluaskan ada jawapan kepada banyak soalan realistik tentang dasar tanpa diskriminasi kami.

Kami inginkan pendapat anda

Kami berasa kagum dengan kerancakan Pusat Komuniti kami, tempat hos kami berkongsi kisah dan idea sesama mereka, yang menggembirakan kami dan mendorong kami untuk membina platform yang lebih baik. Kongsi pengalaman hubungan sesama manusia anda dan cetuskan perbincangan.