Superhost: Mengiktiraf yang terbaik dalam hospitaliti

Program Superhost meraikan dan memberi ganjaran kepada hos Airbnb yang mendapat penarafan tinggi dan paling berpengalaman.

Program Superhost meraikan dan memberi ganjaran kepada hos Airbnb yang mendapat penarafan tinggi dan paling berpengalaman.

Manfaat Superhost

Sebagai Superhost, anda akan lebih menyerlah, lebih berpotensi untuk menjana pendapatan dan ganjaran eksklusif. Ini merupakan cara kami mengucapkan terima kasih atas layanan anda yang luar biasa.

Sebagai Superhost, anda akan lebih menyerlah, lebih berpotensi untuk menjana pendapatan dan ganjaran eksklusif. Ini merupakan cara kami mengucapkan terima kasih atas layanan anda yang luar biasa.

Menyambut lebih ramai tetamu

Perhatian daripada tetamu boleh menghasilkan lebih banyak tempahan untuk Superhost — dan menjana pendapatan yang lebih tinggi.

Dapatkan pengiktirafan istimewa

Tetamu percaya bahawa Superhost adalah yang terbaik daripada yang terbaik dan mencari mereka menggunakan penapis carian Superhost. E-mel promosi dan lencana Superhost kami membantu mereka lebih menonjol.

Akses kepada ganjaran eksklusif

Superhost mendapat kupon Airbnb $100 bagi setiap tahun mereka berjaya mengekalkan status mereka. Dan apabila mereka merujuk hos baharu untuk mendaftar, Superhost mendapat tambahan 20% selain daripada bonus rujukan biasa.

Cara untuk menjadi Superhost

Setiap 3 bulan, kami akan membuat semakan untuk menentukan sama ada anda masih memenuhi kriteria berikut bagi tahun lalu.* Jika ya, anda akan memperoleh atau mengekalkan status Superhost anda.

Setiap 3 bulan, kami akan membuat semakan untuk menentukan sama ada anda masih memenuhi kriteria berikut bagi tahun lalu.* Jika ya, anda akan memperoleh atau mengekalkan status Superhost anda.

Penarafan keseluruhan 4.8+

Superhost mendapat purata penarafan keseluruhan 4.8 atau lebih tinggi berdasarkan ulasan daripada tetamu Airbnb mereka dalam tahun lepas. Tetamu tahu mereka boleh mengharapkan hospitaliti yang luar biasa daripada hos-hos ini.

10+ penginapan

Superhost telah melengkapkan sekurang-kurangnya 10 penginapan sepanjang tahun lepas atau 100 malam untuk sekurang-kurangnya 3 penginapan yang telah selesai. Tetamu anda boleh berasa yakin untuk menginap dengan hos yang berpengalaman.

Kadar pembatalan <1%

Superhost membuat pembatalan tidak sampai 1% daripada semua tempahannya tidak termasuk keadaan peringan. Ini bermakna 0 pembatalan untuk hos yang ada kurang daripada 100 tempahan dalam setahun. Pembatalan yang jarang berlaku memberi ketenangan kepada tetamu.

Kadar jawapan 90%

Superhost menjawab 90% daripada mesej baharu dalam tempoh 24 jam. Apabila tetamu bertanya soalan, mereka tahu bahawa jawapan pantas boleh diperoleh hanya dengan menghantar mesej.

*Semasa pandemik COVID-19 sekarang, kami mengetepikan beberapa syarat ini untuk Superhost sedia ada. Ketahui lebih lanjut

Soalan anda telah dijawab

Bagaimana jika saya perlu membuat pembatalan disebabkan oleh kecemasan?

Jika anda terpaksa membatalkan tempahan disebabkan oleh kecemasan atau sebab yang tidak dapat dielakkan, periksa sama ada alasan tersebut dilindungi sebagai keadaan peringan. Jika ya, anda boleh mengetepikan sebarang penalti dan pembatalan anda tidak akan diambil kira terhadap kelayakan Superhost anda.

Pastikan anda menghubungi Airbnb untuk memfailkan tuntutan dalam masa 14 hari selepas anda membatalkan tempahan (atau sebelum tetamu anda yang seterusnya tiba). Anda mungkin perlu menyerahkan dokumentasi untuk disemak oleh Airbnb.

Ketahui tentang polisi keadaan peringan Airbnb

Adakah saya perlu menjadi hos selama sekurang-kurangnya setahun untuk menjadi Superhost?

Tiada tempoh minimum untuk menjadi Superhost. Selagi anda memenuhi semua kriteria selewat-lewatnya pada tempoh penilaian (setiap 3 bulan), anda boleh mendapat status Superhost.

Setiap kali kami membuat pemeriksaan untuk memastikan anda telah memenuhi kriteria Superhost, kami akan melihat kembali sepanjang tahun terakhir anda menjadi hos untuk menyemak prestasi anda.

Apakah perbezaan antara Airbnb Plus dan Superhost?

Airbnb Plus ialah program untuk kediaman yang memenuhi standard tinggi untuk kualiti dan reka bentuk.

Selain daripada syarat untuk penginapan itu sendiri, hos dalam program Plus dikehendaki untuk mengekalkan standard hospitaliti tahap Superhost:

  • purata penarafan keseluruhan 4.8+ sepanjang tahun lepas
  • 0 pembatalan dalam tahun lepas (melainkan terdapat keadaan peringan)

Ketahui lebih lanjut tentang Airbnb Plus

Sebagai Superhost, bagaimana saya boleh menjadi hos Plus?

Program Airbnb Plus mempunyai syarat-syarat kelayakan untuk hos dan penginapan yang mereka tawarkan. Superhost memenuhi syarat hos secara automatik:

  • purata penarafan keseluruhan 4.8+ sepanjang tahun lepas
  • 0 pembatalan dalam tahun lepas (melainkan terdapat keadaan peringan).

Setiap penginapan Plus juga perlu memenuhi standard program kerana direka bentuk dengan teliti, serba lengkap, dan diselenggara dengan baik. Bilik persendirian dan seluruh kediaman layak.

Jika anda seorang Superhost dan Airbnb Plus tersedia di bandar anda, Airbnb mungkin menghantar kepada anda jemputan ke program ini. Penginapan hos yang menerima jemputan akan dilawati secara peribadi untuk meninjau senarai semak syarat dan menerima sumber tambahan, termasuk fotografi profesional.

Ketahui lebih lanjut tentang menyertai Airbnb Plus

Dapatkan nasihat daripada Superhost