Anjurkan pengalaman secara online
Sertai komuniti hos yang menyatukan dunia dengan cara yang serba baharu.
Sertai komuniti hos yang menyatukan dunia dengan cara yang serba baharu.
Pengalaman Airbnb merupakan aktiviti mengasyikkan yang dirancang oleh warga tempatan dan bukan sekadar lawatan atau kelas biasa. Dan kini anda boleh menjadi hos untuk sesiapa sahaja, dari mana-mana sahaja.

Menjadi hos dari rumah
Kongsi kepakaran anda dan mengajak tetamu mengenali dunia anda.
Temui tetamu global
Buat dunia terasa lebih kecil dan lebih ramah.
Bina sebuah perniagaan
Jana pendapatan dengan melakukan sesuatu yang anda suka dengan sokongan daripada Airbnb.
Cara ia beroperasi
Cara ia beroperasi
Jika anda sudah menjadi hos pengalaman, selamat kembali! Untuk mula menjadi hos dalam talian, anda perlu mencipta pengalaman baru sepenuhnya dan menghantarnya untuk disemak mengikuti proses di bawah.
Jika anda sudah menjadi hos pengalaman, selamat kembali! Untuk mula menjadi hos dalam talian, anda perlu mencipta pengalaman baru sepenuhnya dan menghantarnya untuk disemak mengikuti proses di bawah.
Reka pengalaman anda
Semua pengalaman bermula dengan standard kualiti kami—kepakaran, akses, dan sambungan. Tetapi fikirkan juga cara melibatkan diri dengan tetamu dalam talian, dan meminimumkan kelengkapan yang mungkin mereka perlukan untuk mengambil bahagian. Apabila anda ada idea, mulakan proses penyerahan.

Kongsi idea anda
Seterusnya, anda perlu menerangkan aktiviti anda untuk aplikasi dan halaman pengalaman akan datang anda. Kami syorkan anda berkongsi nilai perkara yang anda tawarkan secara terperinci, bermula dengan harga yang lebih rendah sehingga anda mendapat beberapa ulasan, dan menetapkan tempoh kepada 90 minit atau kurang.

Hantar pengalaman anda
Anda hampir siap! Apabila anda sampai ke langkah Lokasi, tandakan kotak Ya, ini pengalaman online. Selepas semuanya selesai, anda sudah bersedia untuk menghantar. Pasukan kami akan membacanya dan memaklumkan anda sama ada pengalaman diluluskan dalam masa 2–4 minggu.

Buat persiapan dan mula menganjurkan pengalaman
Sementara anda menunggu, anda boleh memilih lokasi yang mewakili diri anda dan aktiviti anda dan mula merancang persediaan kamera, pencahayaan dan bunyi anda. Anda juga boleh mula mengenali platform persidangan Zoom. Jangan risau, sebelum anda mula menjadi hos, kami akan berkongsi banyak sumber untuk mempersiapkan diri anda menuju kejayaan.

Cara hos berkongsi dunia mereka
Cara hos berkongsi dunia mereka
Hos-hos ini membawa semangat pengalaman ke skrin dengan aktiviti kumpulan kecil yang unik untuk dilakukan bersama-sama semasa berjauhan.
Kami menyokong anda
Kami menyokong anda
Anda tidak bersendirian—anda akan mendapat akses kepada alat pendidikan dan peluang untuk membantu anda berkembang sebagai hos dan usahawan.
Sumber
Garis panduan, tip dan helah untuk menganjurkan pengalaman online yang berjaya.
Acara dalam talian
Ketahui cara menguasai seni pengehosan, dalam talian dan sebaliknya.
Sokongan komuniti
Berhubung dengan hos lain melalui kumpulan Facebook dan perjumpaan.
Soalan lazim
Soalan lazim
Anda akan menggunakan borang penyerahan yang sama seperti semua pengalaman lain. Apabila anda sampai ke langkah Lokasi, tandakan kotak Ya, ini adalah pengalaman online. Kemudian pasukan kami akan menyemak penyerahan anda secepat mungkin dan memaklumkan anda sama ada pengalaman anda diluluskan dalam masa 2–4 minggu.
Pengalaman online yang paling menarik dan inklusif hanya memerlukan masa 1-2 jam dan kelengkapan minimum untuk menyertainya. Perbelanjaan untuk pengalaman online umumnya juga lebih rendah berbanding kos menganjurkan pengalaman secara bersemuka, jadi harga anda juga perlu mencerminkan hal ini. Pengalaman online juga memerlukan kamera dan sambungan internet yang mantap supaya anda boleh menstrim audio dan video semasa pengalaman anda.
Anda akan menggunakan platform yang dipanggil Zoom yang membolehkan semua tetamu anda menyertai pengalaman sekaligus, mendayakan audio dan video supaya semua orang boleh berinteraksi, dan menawarkan alat lain untuk membantu anda menjadi hos. Setelah pengalaman online anda diluluskan, anda akan menerima jemputan untuk mendaftar untuk akaun Zoom percuma. Selepas anda mendaftar, uji sambungan internet anda dengan menyertai mesyuarat ujian dan fahami ciri-cirinya.
Sama seperti pengalaman secara bersemuka, Pengalaman Online memperkenalkan tetamu kepada hos pakar, menyediakan cara untuk bertemu dan berinteraksi dengan orang baharu, dengan format yang sesuai untuk hubungan jarak jauh untuk semua orang yang dalam kuarantin dan berada di rumah. Orang ramai boleh menyertai pengalaman online daripada rumah atau di mana-mana sahaja di dunia — mereka hanya perlu ada sambungan internet. Mereka tidak perlu berada di lokasi tertentu atau perlu membawa banyak kelengkapan bersama untuk menyertainya.