PERLINDUNGAN HOS

Insurans Perlindungan Hos

Sekiranya ada orang tercedera atau harta bendanya rosak semasa penginapan yang dilindungi di tempat anda, anda mungkin dilindungi dengan insurans liabiliti utama hingga USD1,000,000.

Sekiranya ada orang tercedera atau harta bendanya rosak semasa penginapan yang dilindungi di tempat anda, anda mungkin dilindungi dengan insurans liabiliti utama hingga USD1,000,000.

*Tidak terpakai kepada hos yang menawarkan penginapan melalui Airbnb Travel, LLC, hos di tanah besar China, hos di Jepun, atau hos pengalaman.

Apa yang dilindungi?

Insurans Perlindungan Hos boleh melindungi:

  • Tanggungjawab undang-undang anda untuk kecederaan anggota badan tetamu atau orang lain
  • Tanggungjawab undang-undang anda untuk kerosakan harta benda milik tetamu atau orang lain
  • Tanggungjawab undang-undang anda untuk kerosakan kepada kawasan umum, seperti lobi bangunan dan harta benda jiran, yang disebabkan oleh tetamu atau orang lain

Insurans Perlindungan Hos tidak melindungi:

  • Kerosakan atau kecederaan yang disebabkan oleh sesuatu yang dilakukan secara sengaja (bukan kemalangan)
  • Kehilangan pendapatan
  • Kerosakan kepada kediaman atau harta benda anda (ia boleh dilindungi oleh Jaminan Hos Airbnb*)

*Jaminan Hos Airbnb tidak berkaitan dengan Insurans Perlindungan Hos atau Airbnb UK Services Limited.

Kami komited untuk membangunkan komuniti yang selamat dan dipercayai di seluruh dunia.

Kami komited untuk membangunkan komuniti yang selamat dan dipercayai di seluruh dunia.

Saya pernah menjadi tetamu sebelum ini,
banyak perkara yang membimbangkan saya telah dikurangkan. Saya tahu penginapan saya akan diinsuranskan ... dan 
saya tahu tetamu akan menghormati tempat saya.”
Saya pernah menjadi tetamu sebelum ini,
banyak perkara yang membimbangkan saya telah dikurangkan. Saya tahu penginapan saya akan diinsuranskan ... dan 
saya tahu tetamu akan menghormati tempat saya.”

Uslan, hos di London

Proses tuntutan

1. Borang pengambilan telah dilengkapkan

Apabila hos, tetamu atau pihak ketiga menghubungi Sokongan Komuniti, Airbnb akan memberikan maklumat mengenai proses memfailkan tuntutan.

2. Pihak insurans melantik pelaras, yang akan menyemak tuntutan

Selepas borang pengambilan selesai, pelaras bagi pihak syarikat insurans akan menghubungi anda untuk membincangkan tuntutan dan mengumpul maklumat.

3. Tuntutan disiasat

Pelaras tuntutan pihak ketiga menyelesaikan tuntutan menurut terma polisi Insurans Perlindungan Hos dan undang-undang dan peraturan yang berkenaan dalam bidang kuasa yang berkenaan.

Insurans Perlindungan Hos tertakluk pada terma, syarat dan pengecualian tertentu. 
Untuk mengetahui lebih lanjut, muat turun ringkasan program menyeluruh.

Soalan anda telah dijawab

Adakah saya perlu melakukan apa-apa untuk dilindungi di bawah Insurans Perlindungan Pengalaman?

Tidak. Dengan bersetuju untuk menyenaraikan penginapan di Airbnb, atau dengan terus menyenaraikan penginapan di Airbnb, hos* bersetuju untuk dilindungi di bawah Insurans Perlindungan Hos untuk kejadian yang berlaku semasa penginapan Airbnb berlangsung. Harap maklum bahawa Insurans Perlindungan Hos tertakluk pada terma, syarat dan pengecualian polisi.

Hos yang ingin keluar daripada program Insurans Perlindungan Hos mesti melakukan perkara berikut: - E-mel kepada kami daripada alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun hos anda

  • Sertakan nama penuh dan nombor telefon anda yang dikaitkan dengan akaun hos anda
  • Sertakan tajuk sebenar penyenaraian anda

Harap maklum bahawa alamat e-mel untuk memilih keluar tidak akan dipantau selain untuk memproses permohonan keluar.

*Tidak terpakai kepada hos yang menawarkan penginapan melalui Airbnb Travel, LLC, hos di tanah besar China, hos di Jepun, dan hos pengalaman.

Sedia untuk mula menjadi hos?

Sedia untuk mula menjadi hos?

Tersedia untuk hos di seluruh dunia*
Melindungi hos dari daftar masuk hingga daftar keluar