PENGINAPAN BERDEKATAN

Kembali mengembara dengan lebih selamat

Ikuti perkembangan terkini dengan tip terkini untuk merancang perjalanan semasa COVID-19 dan seterusnya.

Ikuti perkembangan terkini dengan tip terkini untuk merancang perjalanan semasa COVID-19 dan seterusnya.

PENGINAPAN BERDEKATAN

Keselamatan adalah tanggungjawab bersama

Kami meminta komuniti Airbnb memberi komitmen kepada amalan kesihatan dan keselamatan COVID-19 kami yang dikemas kini.

Kami meminta komuniti Airbnb memberi komitmen kepada amalan kesihatan dan keselamatan COVID-19 kami yang dikemas kini.

Memakai pelitup muka
Tetamu dan hos mesti mematuhi undang-undang dan garis panduan tempatan yang berkaitan dengan pemakaian pelitup muka semasa berinteraksi.
Penjarakan sosial
Jika dikehendaki oleh undang-undang atau garis panduan tempatan, hos dan tetamu perlu bersetuju untuk mengekalkan jarak 6 kaki (2 meter) antara satu sama lain.
Pembersihan yang dipertingkatkan
Hos di seluruh dunia komited terhadap proses pembersihan lima langkah kami yang dipertingkatkan berdasarkan saranan pakar.

PENGINAPAN BERDEKATAN

Standard yang ditingkatkan untuk setiap penginapan

Proses pembersihan lima langkah yang dipertingkatkan berdasarkan saranan pakar kami lebih daripada sekadar pembersihan asas dan merupakan langkah penting dalam membantu memastikan keselamatan komuniti kami.

Proses pembersihan lima langkah yang dipertingkatkan berdasarkan saranan pakar kami lebih daripada sekadar pembersihan asas dan merupakan langkah penting dalam membantu memastikan keselamatan komuniti kami.

PENGINAPAN BERDEKATAN

Ruang persendirian, jauh daripada orang ramai

Rumah persendirian. Daftar masuk tanpa sentuhan. Ruang luaran terbuka yang luas. Ruang untuk bernafas. Cari tempat penginapan dengan kemudahan yang paling penting kepada anda.

Rumah persendirian. Daftar masuk tanpa sentuhan. Ruang luaran terbuka yang luas. Ruang untuk bernafas. Cari tempat penginapan dengan kemudahan yang paling penting kepada anda.

PENGINAPAN BERDEKATAN

Soalan anda telah dijawab

Bagaimana saya boleh tahu sama ada sesuatu penyenaraian mematuhi garis panduan keselamatan dan pembersihan baharu?

Mulai 20 November 2020, semua hos (kecuali di China) dikehendaki memberi komitmen terhadap amalan keselamatan dan pembersihan COVID-19, atau menghadapi risiko akaun mereka dikenakan amaran, digantung dan, dalam sesetengah kes, disingkirkan daripada platform Airbnb. Anda sentiasa boleh tahu sama ada hos komited untuk mematuhi proses pembersihan lima langkah yang dipertingkatkan - hanya cari “Komited untuk mematuhi proses pembersihan dipertingkatkan Airbnb” di bawah bahagian Kesihatan & keselamatan halaman penyenaraian hos. Ketahui lebih lanjut mengenai Pembersihan Airbnb Yang Dipertingkatkan.

Jika dikehendaki oleh undang-undang atau garis panduan tempatan, semua hos dan tetamu perlu bersetuju untuk memakai pelitup muka atau pelindung muka semasa berinteraksi secara bersemuka dan mengekalkan jarak 6 kaki (2 meter) antara satu sama lain. Dan, sudah tentu, kami mengesyorkan anda tidak menerima tetamu atau mengembara jika anda pernah terdedah atau menunjukkan gejala COVID-19. Semak syarat Kesihatan dan keselamatan untuk penginapan kami.

Anda boleh menghubungi hos pada bila-bila masa untuk bertanya soalan khusus mengenai amalan kesihatan dan keselamatan mereka melalui aplikasi Airbnb.

Bagaimana caranya untuk mengubah atau membatalkan tempahan sedia ada?

Jika anda perlu mengubah atau membatalkan tempahan anda, layari bahagian Perjalanan laman web atau aplikasi Airbnb untuk butiran lanjut tentang pilihan pembatalan semasa anda. Kami telah mencipta sumber maklumat ini untuk membantu tetamu memahami proses dan polisi pembatalan. Tetamu yang tidak boleh mengembara akibat COVID-19 dengan tempahan yang dibuat pada atau sebelum 14 Mac 2020 mungkin layak untuk pembatalan tanpa caj. Ketahui lebih lanjut tentang polisi keadaan peringan kami.

Apakah polisi COVID-19 yang telah dicipta untuk Pengalaman Airbnb?

Pengalaman Airbnb dibuka semula di negara-negara yang peraturan kerajaannya yang berkaitan membenarkannya. Tetamu dan hos dikehendaki mematuhi amalan keselamatan khusus untuk pengalaman bersemuka, termasuk penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka apabila dikehendaki oleh undang-undang atau garis panduan tempatan. Dan, sudah tentu, kekal di rumah jika anda pernah terdedah kepada COVID-19 atau berasa tidak sihat. Ketahui lebih lanjut mengenai garis panduan kesihatan dan keselamatan Pengalaman kami.

Jika anda lebih suka mengikuti pengalaman hanya dengan kumpulan anda, anda boleh membuat tempahan persendirian. Jika anda berasa tidak selesa berkumpul dalam kumpulan atau jika pengalaman bersemuka belum dibuka semula di pasaran anda, lihat pengalaman online kami.

Apakah jenis pilihan tempahan fleksibel yang tersedia di Airbnb?

Polisi pembatalan ditetapkan oleh hos, dan berbeza-beza antara fleksibel, sederhana dan ketat, bergantung pada penyenaraian. Anda boleh mendapatkan butiran mengenai polisi pembatalan bagi setiap tempat penginapan pada halaman utama setiap penyenaraian. Kami telah menambah penapis carian baharu untuk memudahkan anda mencari penginapan yang menawarkan polisi pembatalan fleksibel. Ketahui lebih lanjut tentang penapis baharu.

PENGINAPAN BERDEKATAN

Sumber lain

Polisi Keadaan Peringan

Polisi pembatalan