Superhost: Terbaik dalam hospitaliti

Superhost Airbnb ialah hos yang mendapat penarafan paling tinggi, hos paling berpengalaman di Airbnb dan komited untuk memberikan layanan yang luar biasa kepada anda.

Apa yang menjadikan Superhost super?

Setiap 3 bulan, hospitaliti setiap hos dinilai. Superhost memenuhi semua kriteria—mereka mendapat penarafan yang tinggi, berpengalaman, boleh dipercayai dan responsif.

Penarafan keseluruhan 4.8+

Setiap Superhost mempunyai rekod prestasi penginapan yang mendapat penarafan tinggi, yang bermaksud anda boleh mengharapkan layanan yang luar biasa.

10+ penginapan

Superhost adalah hos yang berpengalaman, dengan rekod prestasi yang kukuh dalam menjadi hos kepada tetamu Airbnb.

Kadar pembatalan <1%

Buat perancangan dengan fikiran yang tenang—Superhost jarang membatalkan tempahan.

Kadar jawapan 90%

Dapatkan jawapan pantas apabila anda menghubungi kami. Bantuan dan jawapan daripada Superhost boleh diperoleh hanya dengan menghantar mesej.

Cari penginapan yang ada lencana Superhost

Lencana Superhost merupakan simbol yang terbaik dalam hospitaliti dan dipaparkan pada semua penyenaraian dan profil Superhost. Anda juga boleh menapis carian anda untuk melayari hanya penginapan dengan Superhost.

Cari penginapan yang ada lencana Superhost

Lencana Superhost merupakan simbol yang terbaik dalam hospitaliti dan dipaparkan pada semua penyenaraian dan profil Superhost. Anda juga boleh menapis carian anda untuk melayari hanya penginapan dengan Superhost.

Superhost untuk setiap perjalanan

Sama ada anda menginap dengan mereka atau mendapat seluruh kediaman untuk menginap, Superhost komited untuk memberikan layanan yang luar biasa kepada anda. Walaupun Superhost boleh memberikan tip tempatan dan berbual dengan anda, terpulang kepada anda setakat mana anda mahu berinteraksi dengan hos anda.

Superhost untuk setiap perjalanan

Sama ada anda menginap dengan mereka atau mendapat seluruh kediaman untuk menginap, Superhost komited untuk memberikan layanan yang luar biasa kepada anda. Walaupun Superhost boleh memberikan tip tempatan dan berbual dengan anda, terpulang kepada anda setakat mana anda mahu berinteraksi dengan hos anda.

Soalan anda telah dijawab

Apakah perbezaan antara Airbnb Plus dan Superhost?

Airbnb Plus ialah program untuk penginapan yang mencapai standard tinggi dari segi kualiti dan reka bentuk. Selain daripada syarat untuk penginapan, hos dalam program Plus dikehendaki untuk mengekalkan standard layanan baik bertaraf Superhost: - purata penilaian keseluruhan +4.8 sepanjang tahun lepas - 0 pembatalan dalam setahun (melainkan terdapat keadaan peringan) Ketahui lebih lanjut tentang Airbnb Plus

Adakah Superhost sentiasa berinteraksi dengan tetamu semasa penginapan mereka?

Terpulang kepada anda setakat mana anda mahu berinteraksi dengan hos anda. Superhost boleh berbual dengan anda dan memberikan tip tempatan, tetapi mereka juga faham apabila tetamu mahukan privasi. Tempahan dengan Superhost juga tidak bermakna anda perlu menginap dengan mereka—anda mungkin mendapat seluruh kediaman untuk diri sendiri. Menjadi Superhost bermaksud memberikan layanan yang luar biasa.

Bagaimanakah caranya untuk mencari Superhost?

Semasa anda melayari penginapan di Airbnb, anda boleh mengecilkan carian anda untuk menunjukkan hanya penginapan dengan Superhost. Di bahagian atas skrin anda, hanya togol pilihan “Superhost” di bawah sama ada “Lebih banyak penapis” (di laman web) atau “Penapis” (pada aplikasi mudah alih). Anda boleh bertanya Superhost pada bila-bila masa jika anda mahu tip tempatan atau ada sebarang soalan yang mendesak—perkhidmatan pantas boleh diperoleh hanya dengan menghantar mesej.

Apakah yang disediakan oleh Superhost?

Menjadi Superhost Airbnb adalah tentang memberikan layanan yang luar biasa, yang bermaksud mendapat penarafan yang tinggi, berpengalaman, boleh dipercayai dan responsif. Dan walaupun setiap Superhost mempunyai gaya unik yang tersendiri, mereka telah memperoleh status mereka dengan memenuhi dan sering kali melangkaui jangkaan tetamu.

Bersedia untuk menempah dengan Superhost?