KISAH HOS

Bagaimana Tessa menjadi hos

Tessa menjadi hos di London untuk mendapatkan wang tambahan.

Apakah motivasi anda untuk mula menjadi hos?

Saya ada impian kecil semasa saya mula menjadi hos untuk Olimpik. Saya fikir, "Mungkin saya boleh dapat duit cukup untuk pergi bercuti atau memasang pemanas di rumah saya."

Apa yang membuatkan anda setia menjadi hos sejak bertahun-tahun?

Apa yang saya dapati selepas mula menerima tetamu ialah dunia saya tiba-tiba menjadi lebih luas. Saya sukakannya. Saya seperti seorang duta untuk London kerana saya cukup kenal dengan bandar ini, dan saya boleh tunjukkan perkara yang mereka takkan baca dalam buku panduan. Saya dapat menyumbang semula kepada dunia. Saya penting kepada orang lain.

Ada petua atau nasihat untuk seseorang yang sedang mempertimbangkan untuk menjadi hos?

Bersikap tenang dan santai mengenai rumah anda, dan nikmatinya.

Adakah Jaminan Host merupakan perkara penting bagi anda?

Ini sangat penting. Saya gembira saya ada ini sebagai sandaran dan untuk membantu saya. Saya tak pernah perlu menggunakannya pun. Saya menerima tetamu yang hebat, dan saya berikan mereka kepercayaan, mereka juga beri kepercayaan kepada saya. Tetapi kepercayaan itu datangnya dengan keyakinan daripada Jaminan Hos.

Adakah gaya hidup anda berubah selepas menjadi hos?

Ya, perubahan yang besar. Saya berupaya mempelajari bidang tekstil di Motley Art College selama tiga tahun. Apa saja yang saya boleh jahit dan cipta menggunakan tangan saya, saya buat. Saya juga dapat mengembara. Menjadi hos telah membantu saya membiayai sebuah dapur baru dan penaiktarafan lain.

Bagaimana menjadi hos telah mengubah cara anda menjaga rumah anda?

Saya belajar untuk tidak terlalu sayang dengan barang-barang saya.

Kisah hos lain

Mula mencipta penyenaraian anda